Pusat Terapi Perubatan Islam Dan Tradisional Melayu Jempol

Pusat Terapi Perubatan Islam Dan Tradisional Melayu Jempol IKHTIAR TERAPI PEMULIHAN BERSAMA ABANGCHIK DENGAN TERAPI RUQYAH, URUTAN, SERTA BEKAM.

04/08/2024
Salam Awal Muharam Buat Semua Masyarakat Jempol. Semoga kehidupan kita penuh dengan penghayatan diri sebagai hamba kepad...
06/07/2024

Salam Awal Muharam Buat Semua Masyarakat Jempol.

Semoga kehidupan kita penuh dengan penghayatan diri sebagai hamba kepada DIA sang pencipta. Untuk hari ini hingga mendatang. Sehingga penentu dihari akhir sebagai seorang hamba.

Terus melangkah!

Tarikh Sunnah Berbekam bulan Jun 2024.  Isnin (24/6/2024)Rabu (26/6/2024)Jumaat (28/6/2024)Insyallah Ustaz Bangcik ada d...
24/06/2024

Tarikh Sunnah Berbekam bulan Jun 2024.

Isnin (24/6/2024)
Rabu (26/6/2024)
Jumaat (28/6/2024)

Insyallah Ustaz Bangcik ada di pusat terapi sepanjang minggu ini. Boleh buat temujanji anda sekarang.

Raya Haji ini, insyallah pusat terapi beroperasi seperti biasa. Bangchik ada di Pusat Terapi. Boleh buat temujanji awal ...
16/06/2024

Raya Haji ini, insyallah pusat terapi beroperasi seperti biasa. Bangchik ada di Pusat Terapi. Boleh buat temujanji awal insyallah.

Semalam Kita berbekam atas Katil Khusus Pembetulan Tulang Belakang. Kondisi agak sedikit sempit. Kalau yang berbadan bes...
23/05/2024

Semalam Kita berbekam atas Katil Khusus Pembetulan Tulang Belakang. Kondisi agak sedikit sempit. Kalau yang berbadan besar akan rasa kurang selesa, tambah-tambah apabila nak beralih posisi badan.

Alhamdulillah, Hari ini kita usaha supaya katil baru ni sampai juga ke Pusat Terapi kita. Demi keselesaan semua tetamu kami.

Insyallah temujanji malam ini sudah ada. Along Jempol akan rasmi Katil Terapi baru kami malam ini.

Waktu operasi :

9.00a.m - 4.30p.m (walk in diterima)
8.00p.m - 11.00p.m (dengan temujanji)

16/05/2024

Assalamualaikum.
Makluman :
Pusat terapi ditutup bermula hari ini sehingga 22/5/2024.
Ustaz berada Kuala Terenganu untuk kursus dan rawatan disana.

Sambil2 beraya hari tu, Ustaz diminta bantu untuk masalah stiff neck. Ape tu? Alah masalah sakit tengkok atau bahasa kam...
15/05/2024

Sambil2 beraya hari tu, Ustaz diminta bantu untuk masalah stiff neck. Ape tu? Alah masalah sakit tengkok atau bahasa kampungnya lagi adalah salah bantal.

Kita khidmat lah sikit2 apa yang termampu. Pakcik Ustaz ini adalah Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia.

Untuk asal muasal sakit tengkok ni pelbagai. Boleh disemak melalui kondisi dan posisi tidur, kesesuaian tilam serta bantal, tahap tekanan darah dan juga tahap tekanan(stress) atau emosi yang memuncak ataupun tidak.

Bagi seorang juruterapi, pelbagai jenis terapi yang sesuai dilakukan untuk membantu masalah ini. Kalau ustaz, ustaz akan bantu melalui kaedah urutan serta bekam. Beberapa otot akan diberi tumpuan dalam urutan, ada beberapa titik point yang akan dibekam malah terkadang ada posisi tulang dan otot yang perlu diregang dan diriposisikan kembali.

Insyallah ilmunya ada, cuma kesembuhan milik mutlak Allah Taala. Untuk ikhtiar insyallah kita boleh ikhtiarkan.

14/05/2024

JIN TERKANTOI.

Malam ni mengurut abg polis. Kita buat Urut Lapik tujuh untuk masalah angin medunya. Sekali hantu melompat keluar.
Aje handei kome setan.

09/05/2024

Kemarin Ustaz Bangchik bersama dengan sahabat-sahabat Darussyifa Negeri Sembilan membantu dengan memberi khidmat ruqyah disalah sebuah sekolah vokasional. (Ustaz Bangchik adalah merupakan ahli darussyifa).

Ada beberapa pesanan yang Ustaz rasa perlu diketengahkan bila masalah histeria ini kerap berlaku.

Perkara biasa yang disebut ialah berkenaan soal kebersihan diri dan tempat. Hentikan amalan yang memanggil atau khurafat, malah pelaku harus bertaubat walau pun perbuatan itu asalnya adalah “main-main”. Dan sebagainya.

Cuma tolong ambil satu point penting lagi. Iaitu muzik. Tolong pesan, anak-anak kita tu harus berhenti daripada mendengar muzik2 yang melalaikan dan menghanyutkan. Muzik sangat memberi pengaruh kepada jiwa. Apabila jiwa lalai dan hanyut. Bagaimana dalaman diri nak kuat. Akhirnya masalah berulang2. Jadi boleh chek point ini juga ya.

Wallahua’lam. Moga Allah pelihara dan pulihkan kembali semua yang ditimpa musibah.

IKHTIAR TERAPI PEMULIHAN BERSAMA ABANGCHIK DENGAN TERAPI RUQYAH, URUTAN, SERTA BEKAM.

Address

RC-2 ARKED MARA BANDAR SERI JEMPOL
Jempol
72120

Telephone

+60135318937

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Perubatan Islam Dan Tradisional Melayu Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share