NR Therapy Centre

NR Therapy Centre NR Therapy Centre memberi tumpuan kepada kesejahteraan mental, emosi dan fizikal secara menyeluruh.
(1)

Kami menawarkan pelbagai rawatan komplementari seperti Terapi NR, urutan terapeutik, akupuntur, bekam, serta terapi khas untuk kanak-kanak.

Hai semuaa.. ! Center kami beroperasi seperti biasa pada setiap hari , dari jam 9pagi - 6 petang.Kami ada terapi bunyi N...
17/04/2026

Hai semuaa.. !

Center kami beroperasi seperti biasa pada setiap hari , dari jam 9pagi - 6 petang.

Kami ada terapi bunyi NR, urutan badan, urut saraf, akupunktur dan juga bekam.

Pusat rawatan kami berada di tingkat 1 , betul² di atas restoran Mohd Chan, Bandar Saujana Putra.

Watsapp kami untuk tempah slot rawatan
www.wasap.my/+601116134357/rawatan

Pagi kelmarin, kami terima seorang klien wanita  menghidap sc**zophrenia hampir 3 tahun. On ubat. Otak selalu rasa serab...
16/04/2026

Pagi kelmarin, kami terima seorang klien wanita menghidap sc**zophrenia hampir 3 tahun. On ubat.

Otak selalu rasa serabut, bising, dan macam biasa sc**zo datang dengan delusi ataupun halusinasi yg berat.

Ujian hebat utk klien ni, ubat p**a selalu bertukar sebab tak serasi. Kesian dia struggle dengan perubahan diri bertahun lamanya.

Punca skizo yg biasa kami attend kat sini selalunya disebabkan genetic, trauma teruk dan kesan pengunaan dadah yg menyebabkan berlakunya perubahan kimia pd otaknya.
Sebab tu mudah halusinasi/delusi.

Dalam sesi terapi, alunan muzik yang kami dah set khusus ni membantu menstabilkan gelombang otak yang tak teratur, dimana ianya sangat membantu klien untuk mencapai tahap relaksasi yg mendalam. Fasa ni sebenarnya mengurangkan insomnia dan menurunkan paras kortisol klien.
Sebab tu klien rasa lebih rileks, tenang, kurang bisikan dan emosi lebih stabil lepas terapi.

Kefahaman tentang ilmu tauhid juga kita akan beri untuk mereka yg mengalami skizo sbb bisikan² yg datang biasanya berbentuk negatif dan memudaratkan.
Contohnya command hallucination yg mengarah dan memaksa diri utk bertindak di luar kawalan, mengkritik diri/org lain,pertikai Tuhan, dll lagi. Semua bisikan tu nonstop dan dominan.
Bila ada kefahaman asas tentang ilmu tauhid , sekurangnya akal yg terisi dgn ilmu dapat menangkis bisikan walaupun masih struggle dan perlukan sokongan berterusan selain daripada terapi.

Semoga cepat baik !

Watsapp kami untuk sesi terapi bunyi NR
www.wasap.my/+601116134357/TNR

**zophreniarecovery

Apa itu Deep Sleep?Deep sleep adalah fasa tidur paling dalam (peringkat ketiga tidur NREM) di mana gelombang otak menjad...
13/04/2026

Apa itu Deep Sleep?

Deep sleep adalah fasa tidur paling dalam (peringkat ketiga tidur NREM) di mana gelombang otak menjadi sangat perlahan. Waktu ini adalah fasa kritikal untuk pemulihan fizikal, pengukuhan memori, dan pembersihan toksin dalam otak.

• Tanda Tak Cukup Deep Sleep:
Walaupun tidur 8 jam, anda tetap rasa letih melampau (fatigue) semasa bangun, sukar fokus, emosi tidak stabil (cepat marah), dan daya ingatan menjadi lemah atau "blur."

• Punca Kekurangan (Gaya Hidup):
Pengambilan kafein atau alkohol sebelum tidur, serta pendedahan kepada blue light (skrin telefon/laptop) yang mengganggu pengeluaran hormon melatonin yang diperlukan untuk masuk ke fasa nyenyak.

•Terapi bunyi bantu untuk menstabilkan kerangsangan otak yang aktif pada waktu rehat (deep sleep) yang sebenarnya.

Watsapp kami untuk slot terapi bunyi
www.wasap.my/+601116134357

Nak Betul² Sembuh? Jom Mulakan diri dengan 3 formula ini. Ramai yang ingat jaga kesihatan cukup dengan jaga makan, berse...
08/04/2026

Nak Betul² Sembuh?
Jom Mulakan diri dengan 3 formula ini.

Ramai yang ingat jaga kesihatan cukup dengan jaga makan, bersenam, rehat. Hakikatnya kita hanya menjaga sebahagian saja dari unsur tubuh kita.
Sedangkan tubuh kita ni ada 4 unsur diri dan saling berkait !
Fizikal, emosi, mental dan paling utama adalah spirutual . Satu lemah, yang lain akan turut terkesan. ❤️

Sebab tu ramai yang datang ke sini , dah jaga makan dsb, tapi masih rasa panik, overthinking, brain fog dll lagi.
Sebab, emosi tak diurus dengan baik.
Akal tak dijaga dengan sihat.
Dan hati masih belum betul berserah dan meminta kepadaNya.

Apa itu 3 Formula Penyembuhan Diri berasaskan 3 Kota suci ini ?

1) Kota Mekah
- Hidupkan Kota Mekah dalam diri dengan pulihkan hati. Pulihkan semula keyakinan, kepercayaan dan penyerahan total kepada Allah.
Bila kita benar berserah, segala kesakitan dapat dilalui dengan tenang, dan dalam penyerahan akan lahirnya kekuatan bila adanya tempat utk kita bergantung.

2) Kota Madinah
- Hidupkan kota Madinah dalam diri dengan pulihkan emosi. Bukan semua sakit dan luka nampak. Ada yg kita simpan sampai jadi beban. Di sini kita belajar berkasih syg, bersabar, redha, memaafkan dan bersyukur dengan sakit yg kita lalui. Nanti kita akan rasa kesakitan emosi semakin baik dan kurang terbeban serta trauma semakin ringan.

3) Kota Baitulmaqdis
- Hidupkan kota baitulmaqdis dalam diri dengan mengubah pola fikir yang salah kepada pemikiran yang berasaskan panduan agama. Pola fikir yang salah menghasilkan tindakan yg salah , dan menyebabkan sakit sukar baik, dan seluruh kehidupan rasa terbeban.

Inilah panduan 3 formula yang banyak membantu klien kami sebelum ini utk pulih, bina keyakinan diri dan lebih positif ❤️

Wasap kami untuk pertanyaan sesi rawatan
www.wasap.my/+601116134357/Rawatan

3 Kesan Insomnia Pada Tubuh  ❗__________________Pernah tak anda rasa seolah-olah otak "beku", emosi cepat meledak, dan b...
07/04/2026

3 Kesan Insomnia Pada Tubuh ❗
__________________

Pernah tak anda rasa seolah-olah otak "beku", emosi cepat meledak, dan badan sentiasa rasa lemau walaupun hari baru bermula? Jangan ambil mudah. Itu bukan sekadar penat biasa—itu adalah isyarat kecemasan daripada badan akibat kekurangan tidur & insomnia

Apabila kita abaikan waktu tidur, badan kita tak sempat "repair" kerosakan dalaman. Akibatnya:

1)Otak Berasap (Brain Fog):
Daya ingatan merosot tajam. Anda sukar fokus dan otak berfungsi dalam "mod perlahan" seolah-olah tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

2)Benteng Pertahanan Runtuh
Sistem imun gagal hasilkan protein cytokines. Tanpa pelindung ini, badan menjadi magnet penyakit dan luka lambat sembuh.

3)Bom Jangka Kesihatan:
Tekanan darah meningkat dan paras gula gagal dikawal. Risiko strok, sakit jantung, dan diabetes kini sedang menghampiri secara senyap.

Jangan biarkan malam ini berlalu tanpa rehat yang berkualiti.
Tetapkan Jam Tidur:
Pastikan anda mendapat 7-9 jam tidur malam ini.
Tutup Gajet & berhenti skrol telefon 30 minit sebelum tidur.
Jika insomnia anda berlarutan, segera berjumpa pakar sebelum terlambat.

Wasap kami untuk terapi atasi insomnia dan dapatkan tidur berkualiti !
www.wasap.my/+601116134357/tNR

Hari ke-4 sesi intervensi kajian terapi bunyi di NRTC. Alhamdulillah,sesi pertama minggu ini berjalan dengan lancar deng...
06/04/2026

Hari ke-4 sesi intervensi kajian terapi bunyi di NRTC.

Alhamdulillah,sesi pertama minggu ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran dan komitmen peserta yang konsisten sepanjang tempoh intervensi.

Sepanjang sesi dijalankan, semua prosedur dan protokol kajian diikuti dengan teliti bagi memastikan proses intervensi serta pengump**an data berjalan dengan baik dan teratur.
Peserta juga memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi berlangsung. 😍

Intervensi akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan sehinggalah tamat tempoh kajian.

Terima kasih tak terhingga kepada semua peserta yang terlibat atas komitmen dan kepercayaan yang diberikan sepanjang sesi ini !

Watsapp kami untuk sebarang pertanyaan tentang rawatan
www.wasap.my/+601116134357

Sebulan puasa… perut dah “terjaga”.Makan pun teratur, gula pun terkawal.Tapi masuk je Raya…lemang, rendang, kuih manis +...
26/03/2026

Sebulan puasa… perut dah “terjaga”.
Makan pun teratur, gula pun terkawal.

Tapi masuk je Raya…
lemang, rendang, kuih manis + air manis nonstop. Open house p**ak memanggil manggil 😂

Tiba-tiba badan mula bagi signal:
– perut kembung & tak selesa
– cepat penat, mengantuk, brain fog.
– sakit kepala
– jantung berdebar
– emosi tak stabil
- cirit birit,
- muntah²

Siapa ada tanda-tanda ni? 🙋🏻‍♀️

Ini bukan sebab “tak jaga diri”…
tapi badan tengah terkejut dengan perubahan mendadak
(dari puasa → makan heavy & manis).

✨ Kesian kat perut. Stomach upset dia. Sebulan terjaga , tiba² bagi kejutan. Semua sistem penghadaman merajuk, terkejut, meragam dan gula juga naik mendadak.

Jomm amalkan Tip² pergi open house & sepanjang Syawal ni !

❤️Amalkan lemak sihat (minyak zaitun, minyak kelaa dara)sebelum makan pagi/pergi open house
❤️ Makan protein dulu kemudian baru lah ambil serat dan karbo. Protein bagi kenyang lama. Dan elakkan craving manis. Guna portion suku suku separuh.
❤️Banyakkan minum air putih. Bawak bekal dari rumah lebih mudah nak sukat.
❤️ Berjalan dalam 15-20minit lepas makan. Bantu sensitiviti insulin.
❤️ Amalkan Puasa 6. Dan ganti puasa bagi mereka yg perlu !
❤️ Makan terakhir pada pukul 7pm ! Baru lah perut senang hati, pankreas gembira, liver tak merajuk lagi.

Jom budayakan amalan pemakanan sihat sepanjang masa tanpa stress !

Di NRTC kami ada rawatan
🩷 Terapi Bunyi NR - Untuk stress, lesu, banyak fikir dll
🩷Bekam - untuk detox, lemau badan,
🩷 Akupunktur - untuk kembung perut, dan semua gejala badan yg tak sihat selepas raya!
🩷 Urutan- untuk legakan sakit,lenguh² badan selepas kepenatan travel dan persiapan raya.

Tak perlu tunggu sampai jatuh sakit.
Kadang, satu sesi rawatan pun dah cukup buat badan rasa lega.

Wasap kami untuk slot rawatan
www.wasap.my/+601116134357/Rawatan

Sempena syawal yang bakal menjelma, kami bercuti dari 19 Mac 2026 hingga 26 Mac 2026. Selamat menyambut hari raya buat s...
18/03/2026

Sempena syawal yang bakal menjelma, kami bercuti dari 19 Mac 2026 hingga 26 Mac 2026.

Selamat menyambut hari raya buat semua.
Maaf zahir dan batin daripada kami.
Semoga syawal kali ini mengeratkan silaturrahim, menambah keberkatan dan menguatkan kasih syg di antara kita. ❤️

Ikhlas dari kami,
Wargakerja NR Therapy Centre

Berita baik dari NR Therapy Centre! Kami jemput 18 wanita untuk mengambil bahagian dalam satu program percuma yang kami ...
05/03/2026

Berita baik dari NR Therapy Centre!
Kami jemput 18 wanita untuk mengambil bahagian dalam satu program percuma yang kami anjurkan.

Kriteria peserta:

✅ Berkahwin
✅ Berusia 20–50 tahun
❌ Tidak hamil
❌ Tidak mengambil ubat psikiatri atau terapi hormon
❌ Tiada penyakit kronik (contoh: kanser, sakit jantung)
❌ Tiada sejarah penyakit neurologi atau kecederaan otak

Anda perlu *komited* untuk 6 sesi percuma selama 3 bulan – iaitu 2x sebulan.
Anda akan mendapat penilaian kesihatan ringkas secara percuma 🎶✨

Jika berminat, isi borang saringan di sini:
👉🏻 https://forms.gle/xYmXwEtY9sLFRSUN8
👉🏻 https://www.wassap.my/60194234302/RespondentSoundTherapy

Terima kasih! 🌹
_NR Therapy Centre_

Feedback urutan kepada klien² kami untuk sakit sciatica dan juga otot tegang , sakit kepala dan leher. Skala sakit turun...
03/03/2026

Feedback urutan kepada klien² kami untuk sakit sciatica dan juga otot tegang , sakit kepala dan leher.

Skala sakit turun 100% dan 90% untuk masalah sciatica.

Ada klien yang mengadu sakit sciatica dah banyak berkurang. Tapi tiba² rasa sakit dekat belakang. Itu petanda otot belakang yg selama ni 'tidur' dah bangun kembali lepas diurut. Seperti kesan senaman lepas dah lama tubuh tak bersenam.

Dan lain² sebab, postur jalan dah berubah lepas sciatica lega. Maka tekanan mula menyeluruh pada seluruh badan apabila bergerak. Sebelum ni tekanan pada bahagian tertentu sahaja.

Ini hanyalah kesan sementara. Dalam beberapa hari , akan pulih.

Semoga klien kami cepat baik, cepat sembuh ! ❤️

Wasap kami untuk sesi urutan. Bulan ni kita ada promo Syawal !
www.wasap.my/+601116134357/PromoSyawal

Asyik Letih & Mengantuk Waktu Puasa?Puasa sepatutnya buat badan jadi lebih ringan.Tapi kenapa makin lesu, makin brain fo...
02/03/2026

Asyik Letih & Mengantuk Waktu Puasa?

Puasa sepatutnya buat badan jadi lebih ringan.
Tapi kenapa makin lesu, makin brain fog, makin cranky?

Cuba amalkan 3 tip ni 👇

1️⃣ Jangan terus tidur lepas sahur

Bila terus baring, proses penghadaman jadi perlahan.
Insulin naik, gula turun mendadak → badan jadi lemau & mengantuk.
✔ Lepas sahur, duduk tegak 20–30 minit
✔ Buat zikir ringan atau kemas dapur dulu
✔ Elakkan terus baring atas katil

2️⃣ Sahur jangan terlalu manis

Air manis, frappe, kuih-muih manis waktu malam boleh buat:
– Gula naik mendadak
– Tengah hari rasa lemah
– Kepala berat & nak tidur je
Boleh :
✔ Fokus protein (telur, ayam, ikan)
✔ Lemak sihat (EVOO, kekacang)
✔ Kurma 1–3 biji dah cukup

3️⃣ Jaga sistem saraf, bukan perut je

Ramai ingat puasa cuma tahan lapar.
Sebenarnya puasa juga ujian emosi.

Kurang tidur + gula tak stabil + kerja banyak
→ badan masuk mode stress.

Bila sistem saraf overdrive:
– Cepat marah
– Rasa kosong
– Badan lesu walaupun tak buat apa

Ambil 5 minit setiap hari:
🌿 Tarik nafas perlahan
🌿 Rehatkan mata
🌿 Kurangkan overstim (scroll phone tanpa henti)
🌿 Ibadah sunat seperti terawih, baca quran sangat membantu kerehatan fizikal,mental,emosi dan bagi impak yg kuat pada spirutual kita! Sebab tu cantik dah Allah letakkan ibadah sunat pada bulan yg kita harus berpuasa ! Lihat kesannya nanti pada seluruh kesihatan kita❤️

🌙 Puasa bukan untuk seksa badan.
Ia untuk reset — fizikal & emosi.

Kalau setiap tahun puasa jadi makin penat, mungkin badan perlukan panduan yang betul untuk seimbangkan tenaga & saraf.

Bulan ni kami ada promosi untuk segar, sihat, ceria dan bertenaga sepanjang puasa ! Jom booking.

Wasap kami
www.wasap.my/+601116134357/PromoSyawal

Address

NR THERAPY CENTRE, No 29-1, Jalan SP 1/1, Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601116134357

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NR Therapy Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to NR Therapy Centre:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram