ViewPoint Optometry

ViewPoint Optometry Pemeriksaan mata PERCUMA

Kami dari Viewpoint Optometry, mengucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini. Semoga semua ibadah...
03/04/2022

Kami dari Viewpoint Optometry, mengucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini.

Semoga semua ibadah kita diterima Allah SWT. Aminn..

"Saya tak pernah pakai kanta lekap, tapi saya tak akan beli produk kanta lekap pasar malam sebab tu datang sini..."Cik K...
01/04/2022

"Saya tak pernah pakai kanta lekap, tapi saya tak akan beli produk kanta lekap pasar malam sebab tu datang sini..."
Cik Kamala seorang pelajar universiti jurusan sains kesihatan datang untuk mempelajari penggunaan kanta lekap dengan cara yang betul. Kami gembira bahawa Cik Kamala menyedari kebaikan produk berdaftar berbanding produk pasar malam atau atas talian.
Kanta lekap yang dipilih adalah untuk kegunaan 8 jam sehari bersama dengan botol cairan antibakteria & pembersih. Selain daripada mempelajari cara penggunaan kanta lekap, Cik Kamala juga mengetahui risiko kanta lekap melalui konsultasi daripada optometris kami.
"Saya sangat berterima kasih atas penjelasan yang jelas berkenaan penggunaan kanta lekap." - katanya sambil tersenyum.
Kami menjemput anda semua untuk hadir ke Viewpoint Optometry bagi menjalani pemeriksaan mata serta konsultasi secara PERCUMA. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
VIEWPOINT OPTOMETRY
No. 46, Jalan SPU 1,
42610, Bandar Saujana Putra,
Jenjarom, Selangor

Waktu beroperasi,
11 pagi - 9 malam (Dibuka setiap hari)

Whatsapp/call : 010 503 1988
Waze : https://www.waze.com/live-map/directions?from=place.ChIJPddZ-TexzTERKhuElmPCzSQ

Hubungi kami :
https://api.whatsapp.com/send?phone=60105031988&text=Dimana%20lokasi%20kedai?

"Dah lama sangat tak buat pemeriksaan mata, pandangan rasa kurang jelas, sebelum ni okay je, kali ni rasa terganggu sedi...
25/03/2022

"Dah lama sangat tak buat pemeriksaan mata, pandangan rasa kurang jelas, sebelum ni okay je, kali ni rasa terganggu sedikit ?"
En Ahmad menyedari pandangan tidak sebaik seperti sebelumnya. Lalu datang ke Viewpoint Optometry untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan permasalahan ini.
Dengan itu, En Ahmad dapat mengetahui bahawa beliau juga mempunyai masalah mata kering selain daripada kehadiran rabun dekat. Oleh itu, beliau memutuskan untuk mendapatkan cermin mata multifokal (kegunaan rabun jauh dekat).
"Terima kasih atas penjelasan tuan, baru saya tahu, tidak semestinya jika kita tidak mempunyai rabun selama ini, terkecuali daripada mengalami apa-apa rabun akan datang." - ujarnya.
VIEWPOINT OPTOMETRY
No. 46, Jalan SPU 1,
42610, Bandar Saujana Putra,
Jenjarom, Selangor

Waktu beroperasi,
11 pagi - 9 malam (Dibuka setiap hari)

Whatsapp/call : 010 503 1988
Waze : https://www.waze.com/live-map/directions?from=place.ChIJPddZ-TexzTERKhuElmPCzSQ

Hubungi kami :
https://api.whatsapp.com/send?phone=60105031988&text=Dimana%20lokasi%20kedai?

"Anak saya selalu mengadu pandangan kabur, sekarang p**a, mengadu sakit kepala tapi rajin p**a main handphone..."Mohd Ha...
20/03/2022

"Anak saya selalu mengadu pandangan kabur, sekarang p**a, mengadu sakit kepala tapi rajin p**a main handphone..."
Mohd Haikal berusia 12 tahun, merasakan pandangannya kabur apabila melihat jauh & mengakui masalah ini telah lama berlaku. Kini mengadu sakit kepala sehingga tidak boleh fokus terhadap tugasan sekolahnya.
"Mak, bawa Haikal untuk cek mata boleh tak ? Sakit kepala lah..."
"Baiklah, lagi pun awak nak masuk sekolah sekarang ni, dalam minggu depan" - jawab ibunya.
Kami menjemput anda semua untuk hadir ke Viewpoint Optometry bagi menjalani pemeriksaan mata serta konsultasi secara PERCUMA. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
VIEWPOINT OPTOMETRY
No. 46, Jalan SPU 1,
42610, Bandar Saujana Putra,
Jenjarom, Selangor

Waktu beroperasi,
11 pagi - 9 malam (Dibuka setiap hari)

Whatsapp/call : 010 503 1988
Waze : https://www.waze.com/live-map/directions?from=place.ChIJPddZ-TexzTERKhuElmPCzSQ

Hubungi kami :
https://api.whatsapp.com/send?phone=60105031988&text=Dimana%20lokasi%20kedai?

"Pandangan semakin kaburlah kebelakangan ini, mungkin sebab banyak buat kerja berkomputer, rasanya rabun semakin naik ni...
04/03/2022

"Pandangan semakin kaburlah kebelakangan ini, mungkin sebab banyak buat kerja berkomputer, rasanya rabun semakin naik ni!"
"Tenung telefon lama sikit, pandangan tulisan nampak berbayang"
"Saya merasakan terganggu dengan pandangan sekarang, mungkin mata dah tak berapa baik?"
Kesemua petanda ini menunjukkan tuan & puan, berisiko mempunyai masalah rabun dekat. Masalah ini selalu dihadapi oleh golongan dewasa yang telah mencecah umur 40an. Jika ditangguhkan penyelesaian permasalahan ini, prestasi pekerjaan pasti akan merosot kerana gangguan keselesaan memandang.
Oleh itu, kami di Viewpoint Optometry, mencadangkan penggunaan kanta multifokal (cermin jauh dekat), kerana ini adalah pilihan yang sebaiknya. Kami tidak menafikan bahawa penggunaan cermin multifokal ini memerlukan masa 1 hingga 2 minggu bagi tujuan mendapatkan keserasian dengan mata.
Selain itu, penggunaan sepenuh masa dengan cermin multifokal mampu memberikan keselesaan sepanjang hari. Alternatif seperti ini sangat bagus untuk kegunaan jangka masa panjang kerana rabun meningkat seiring dengan umur.
Jika anda ingin mengetahui lebih lagi, sila komen NAK LAGI. Kami akan kongsikan maklumat lanjut akan datang.
Kami menjemput anda untuk datang mendapatkan pemeriksaan mata PERCUMA.
*VIEWPOINT OPTOMETRY*
NO 46, Jalan SPU 1,
Bandar Saujana Putra, 42610,
Jenjarom, Selangor
Dibuka setiap hari
11 pagi - 9 malam
Waze / GoogleMap : Viewpoint Optometry
Klik link whatsapp dibawah:-
https://api.whatsapp.com/send?phone=60105031988&text=Dimana%20lokasi%20kedai%20%3F

"Sejak COVID-19, dah 2 tahun duduk di rumah, MATA terasa kabur melihat laptop, ada kalanya sakit kepala...""Pandangan se...
25/02/2022

"Sejak COVID-19, dah 2 tahun duduk di rumah, MATA terasa kabur melihat laptop, ada kalanya sakit kepala..."
"Pandangan semakin kabur melihat laptop/telefon dengan waktu yang panjang, malah lama-kelamaan, kepala p**ak yang sakit, makan panadol pun masih pening jugak."
Walaupun memakai cermin mata sedia ada, masalah kabur & pening, masih berlarutan. Oleh itu, mari kita fahami & kupas lebih lanjut perkaitan alatan elektronik dan mata:-
1) Apakah itu cahaya biru yang kerap disebut-sebut oleh media?
Lebih mudah difahami, pelangi mempunyai 7 spektrum warna iaitu Merah, Oren, Kuning, Hijau, Biru, Indigo, Ungu. 7 warna ini bergabung menghasilkan cahaya warna putih seperti yang anda lihat melalui pancaran matahari. Cahaya biru adalah mengilaukan seperti warna flouresin dan LED (cahaya kereta yang menggunakan lampu LED sangat terang hingga boleh mengganggu pengguna jalan yang berselisih). Setiap warna cahaya ini mempunyai panjang gelombang yang tersendiri, terutamanya cahaya biru mempunyai panjang gelombang pendek tetapi mempunyai tenaga yang lebih tinggi berbanding warna cahaya yang lain. Panjang gelombang cahaya biru adalah antara 415 - 455 nanometer. Ini adalah sama seperti cahaya yang dihasilkan daripada LEDs, telefon bimbit, TVs, tablet yang mempunyai gelombang antara 400 - 490 nanometer.
2) Pendedahan yang keterlaluan dengan cahaya biru meningkatkan risiko penyakit mata. Selain itu, menjadi punca kepada keletihan digital yang membawa kepada mata kering, gatal & pandangan kabur. Pendedahan berlebihan juga membawa kepada phototoksik kepada retina mata. Maka penggunaan penapis cahaya biru mampu mengurangkan risiko kepada mata pengguna.
Jika anda ingin mengetahui lebih lagi, sila komen NAK LAGI. Kami akan kongsikan maklumat lanjut akan datang.
Kami menjemput anda untuk datang mendapatkan pemeriksaan mata PERCUMA.
VIEWPOINT OPTOMETRY
NO 46, Jalan SPU 1,
Bandar Saujana Putra, 42610,
Jenjarom, Selangor

Dibuka setiap hari
11 pagi - 9 malam
Waze / GoogleMap : Viewpoint Optometry
Klik link whatsapp dibawah:-
https://api.whatsapp.com/send?phone=60105031988&text=Dimana%20lokasi%20kedai%20%3F


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Untuk makluman, premis kami beroperasi seperti biasa sepanjang perayaan Tahun Baru Ci...
31/01/2022

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Untuk makluman, premis kami beroperasi seperti biasa sepanjang perayaan Tahun Baru Cina.

Jemput datang & nikmati promosi Tahun Baru bersama kami. 😄

"Kepala terasa sakit bila saya buat kerja komputer berpanjangan, sekejap tengok dekat, kemudian tengok jauh balik""Tengk...
28/07/2021

"Kepala terasa sakit bila saya buat kerja komputer berpanjangan, sekejap tengok dekat, kemudian tengok jauh balik"
"Tengkuk leher terasa lesu & tegang selepas sejam duduk di hadapan laptop"
"Saya terpaksa meletakkan bahan bacaan agak jauh sedikit supaya nampak jelas, jika bahan bacaan diletakkan pada jarak normal, pandangan kabur"
Banyak isu yang kerap kita alami, namun adakah anda mengetahui cermin mata jauh dekat (multifokal) adalah 1 keperluan yang mampu menyelesaikan isu-isu yang disebut tadi ?
Cermin multifokal, mempunyai 3 bahagian, selain daripada keperluan pandangan jauh dan dekat, wujud juga bahagian tengah yang jarang sekali dikupas mengenainya.
Bahagian tengah daripada cermin multifokal, semestinya digunakan untuk pandangan berjarak sederhana, iaitu 1 meter. Jarak ini adalah jarak skrin komputer yang selalu digunakan oleh kebanyakan orang. Kesimp**annya, anda harus menggunakan ruangan tengah ini jika anda mahukan pandangan yang jelas pada jarak sederhana ini (1 meter).
Berapa ramai yang s**a dengan perkongsian kami di bawah ini. Komen di bawah “SAYA NAK LAGI” dan tunggu perkongsian kami seterusnya. Semoga penulisan ini bermanfaat untuk kita semua.
*Viewpoint Optometry BSP*
No. 46, Jalan SPU 1,
Bandar Saujana Putra,
Jenjarom, Selangor
*Waktu Operasi*
Isnin - Ahad (Dibuka setiap hari)
11.00am - 9.00pm
*Whatsapp/Call* : 012 337 5817 / 010 503 1988
Waze : https://goo.gl/maps/azYbMzMPGTgn1Gw48

Adakah anda mengetahui berkenaan cermin mata pejabat? Adakah cermin ini sama seperti cermin jauh dekat (multifokal)? 1. ...
24/06/2021

Adakah anda mengetahui berkenaan cermin mata pejabat? Adakah cermin ini sama seperti cermin jauh dekat (multifokal)?
1. Cermin mata 'pejabat' (bekerja) adalah cermin mata yang digunakan khusus untuk membaca, serupa dengan cermin baca biasa yang boleh didapati dengan harga Rm10-50 (murah), tetapi cermin ini mempunyai fungsi yang lebih luas berbanding cermin mata murah, anda boleh melihat dengan jelas bagi pandangan skrin komputer dan jarak yang lebih hampir seperti penggunaan telefon bimbit.

2. Cermin mata 'pejabat' tidak mempunyai gangguan pada sisi cermin, seperti yang anda alami pada cermin multifokal. Anda akan menikmati keselesaan maksima dalam melaksanakan kerja dekat yang memberikan kepuasan pandangan berjarak 35cm - 1 meter, tanpa rasa pening atau lenguh pada tengkuk anda.

3. Cermin mata 'pejabat' juga mempunyai perlindungan sinar berbahaya daripada peralatan elektronik yang meningkatkan risiko kerabunan tinggi atau kekeringan pada mata anda.
Anda mahukan maklumat terperinci berkenaan cermin mata 'pejabat'? Sila komen 'MENARIK' di bawah, dan kami akan kongsikan banyak lagi kebaikan untuk mata anda.
VIEWPOINT OPTOMETRY
No 46, Jalan SPU 1,
Bandar Saujana Putra, 42610,
Jenjarom, Selangor

Dibuka setiap hari
11 pagi - 8 malam (PKP 3.0)
Whatsapp/call : 012 337 5817 / 010 503 1988 / 014 673 5884
Waze / GoogleMap : Viewpoint Optometry

"Adakah anda pernah tertanya-tanya kepada rakan anda berkenaan harga cermin mata jauh dan dekat (multifokal)... dan harg...
20/06/2021

"Adakah anda pernah tertanya-tanya kepada rakan anda berkenaan harga cermin mata jauh dan dekat (multifokal)... dan harganya p**a berbeza daripada kita. Ada yang murah dan ada yang mahal?" Mari kita kupas isu ini..

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada wujudnya perbezaan harga sesama individu. Faktor tersebut adalah tahap rabun individu, rekaan (design cermin), tahap ketebalan cermin, jenis dan juga jenama. Oleh itu, harga cermin akan berbeza kerana kanta yang digunapakai oleh setiap individu adalah bersifat peribadi.
Hari ini kami kongsikan info berkenaan tahap rabun individu. Jika anda mempunyai rabun yang rendah (iaitu tidak melebihi bacaan 2.00), ketebalan cermin akan dikategorikan sebagai biasa (standard), berbanding dengan kerabunan melebihi 2.00 (contohnya, 5.00 atau pun 8.00), kanta biasa tidak dapat menampung ketinggian rabun tersebut, kecuali anda menggunakan cermin yang nipis (berindex tinggi). Dengan kata lain, lebih nipis cermin anda, maka semakin tinggi kos anda.
Perihal lain adalah perkara rekaan cermin (design kanta), mereka yang menggunakan cermin premium semestinya akan merasai keselesaan sepenuhnya dalam aktiviti seharian kerana bahagian sisi yang kabur lebih kecil dan secara automatik pandangan mata untuk jauh pertengahan dekat tampak luas. Sekiranya anda adalah pengguna sedia dengan kanta premium jauh dekat (multifokal), adalah kurang digalakkan untuk digantikan dengan cermin multifokal biasa kerana dikhuatiri tidak selesa akibat ruang pandangan tidak seluas seperti sebelumnya.
Adakah anda s**a dengan penerangan kali ini? Komen 'SAYA NAK LAGI' di ruangan komen dibawah untuk kami sambungkan episod seterusnya pada masa akan datang.
*Sepanjang PKP 3.0 Viewpoint Optometry beroperasi seperti biasa*
VIEWPOINT OPTOMETRY
NO 46, Jalan SPU 1,
Bandar Saujana Putra, 42610,
Jenjarom, Selangor

Dibuka setiap hari
11 pagi - 8 malam (PKP 3.0)
Whatsapp/call : 012 337 5817 / 014 673 5884
Waze / GoogleMap : Viewpoint Optometry



Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah menyokong perkhidmatan kami di Viewpoint Optometry. Matlamat...
16/06/2021

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang telah menyokong perkhidmatan kami di Viewpoint Optometry. Matlamat utama kami di Viewpoint Optometry adalah membantu dalam memberikan konsultasi dan servis keterangan yang sangat jelas mengenai cermin mata.
Cadangan kami adalah tertakhluk kepada keadaan individu, bersesuaian dengan produk agar setiap yang telah hadir ke Viewpoint Optometry tidak menerima konsep yang kurang tepat dalam penggunaan cermin mata berpreskripsi.
VIEWPOINT OPTOMETRY
No 46, Jalan SPU 1,
Bandar Saujana Putra, 42610,
Jenjarom, Selangor

Dibuka setiap haria
11 pagi - 8 malam (PKP 3.0)
Whatsapp/call : 012 337 5817 / 014 673 5884
Waze / GoogleMap : Viewpoint Optometry

15/06/2021
Sejauh manakah kefahaman anda berkenaan kanta jauh dekat ()? Kami berikan 3 tanggapan yang salah yang selalu menjadi pen...
13/06/2021

Sejauh manakah kefahaman anda berkenaan kanta jauh dekat ()? Kami berikan 3 tanggapan yang salah yang selalu menjadi penghalang kepada pengguna cermin mata rabun jauh sahaja atau dekat sahaja untuk tidak mencuba cermin mata multifokal ini.
1. Saya hanya mempunyai masalah rabun dekat, maka dengan itu saya tidak perlu menggunakan cermin cermin jauh dekat (multifokal), lagipun saya tidak mempunyai masalah rabun jauh. Ini adalah tanggapan yang kurang tepat berkenaan kebaikan daripada penggunaan cermin multifokal yang mampu mengelakkan isu buka pakai semula cermin mata untuk setiap kali anda perlu melakukan aktiviti harian.

2. Saya hanya mempunyai masalah rabun jauh dan tidak mempunyai masalah rabun dekat, maka dengan itu, saya tidak perlukan penggunaan cermin multifokal. Sekali lagi, ini adalah tanggapan yang kurang tepat berkenaan kebaikan penggunaan cermin multifokal. Kami percaya, setiap kali anda ingin membaca atau melakukan aktiviti dekat, anda mungkin sekali meletakkan bahan bacaan menjauhi daripada anda atau membuka cermin mata anda. Isu ini boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan cermin mata multifokal.

3. Saya tahu cermin mata multifokal ini sangat mahal, maka saya memilih untuk tidak menggunakannya. Sebenarnya, terdapat pelbagai pilihan cermin mata multifokal dan ini termasuklah perihal kualiti, jenama, jenis perlindungan pada cermin dan keluasan penglihatan dalam cermin. Ketahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan ciri-ciri cermin multifokal.
Berapa ramai yang s**a dengan perkongsian ini? Komen di bawah "MENARIK", dan nantikan perkongsian yang lebih ilmiah dalam penggunaan cermin multifokal ini. Semoga pengisian ini menjadi kefahaman yang lebih bermakna kepada anda.
VIEWPOINT OPTOMETRY
NO 46, Jalan SPU 1,
Bandar Saujana Putra, 42610,
Jenjarom, Selangor

Dibuka setiap haria
11 pagi - 8 malam (PKP 3.0)
Whatsapp/call : 012 337 5817 / 014 673 5884
Waze / GoogleMap : Viewpoint Optometry

11/06/2021

Address

No 46, Jalan SPU 1, Bandar Saujana Putra
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 11:00 - 21:00
Tuesday 11:00 - 21:00
Wednesday 11:00 - 21:00
Thursday 11:00 - 21:00
Friday 11:00 - 21:00
Saturday 11:00 - 21:00
Sunday 11:00 - 21:00

Telephone

+60105031988

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ViewPoint Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ViewPoint Optometry:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Cerita kami...

Kami di Viewpoint Optometry USJ 9, percaya dengan memberikan penglihatan yang baik dapat mengubah haluan kehidupan seseorang insan menjadi lebih bermakna. Kebolehan untuk melihat dengan jelas adalah salah satu pancaindera kurniaan tuhan yang tiada ganti.

Disini, kami menawarkan pemeriksaan mata & diognosis awal atas risiko katarak atau pun glaukoma. Saringan seperti ini, dapat membantu anda untuk membuat keputusan sebaiknya agar tidak membazir dengan hanya memakai cermin mata mengikut kes anda.

Sebarang info yang disampaikan dalam page ini, bukan rekaan semata-mata. Mohon rujuk kepada kami, jika anda mempunyai persoalan berkenaan kesihatan mata. Sebarang maklumat lanjut, hubungi kami ;

Viewpoint Optometry USJ 9, 03-8025 1988.