Poliklinik An-Nisa' BSP

Poliklinik An-Nisa' BSP KLINIK PERUBATAN BESERTA KLINIK KESIHATAN IBU MENGANDUNG.
2D, 3D DAN 4D SCAN.

Cuti sekolah sudah menghampiri...apa agaknya aktiviti paling digemari anak2 waktu cuti sekolah? Sebelum itu apa kata kit...
20/11/2025

Cuti sekolah sudah menghampiri...apa agaknya aktiviti paling digemari anak2 waktu cuti sekolah? Sebelum itu apa kata kita sunatkan dulu mereka yang belum bersunat... supaya mereka boleh menjadi HERO anda...

Bila lah giliran ku untuk dipanggil menjadi tetamu Allah ya...?Bakal 2 Haji yang betul2 ingin ke tanah suci untuk menuna...
19/11/2025

Bila lah giliran ku untuk dipanggil menjadi tetamu Allah ya...?

Bakal 2 Haji yang betul2 ingin ke tanah suci untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5, harus sihat kerana kesihatan adalah pra syarat untuk kelulusan haji. Jadi, walaupun belum "sampai seru" bakal haji adalah amat digalakkan untuk sentiasa kekal sihat dengan menjalankan saringan kesihatan.

Jika didapati ada masalah kesihatan, intervensi awal dapatlah dilakukan supaya tidak tertolak lagi tawaran Haji....

datang ke Poliklinik An Nisa untuk saringan kesihatan dan pemeriksaan Haji

Apa sinusitis tu?Radang sinus, samada disebabkan oleh jangkitan atau hanya radang disebabkan oleh alahan lapisan dalam s...
19/09/2025

Apa sinusitis tu?

Radang sinus, samada disebabkan oleh jangkitan atau hanya radang disebabkan oleh alahan lapisan dalam sinus2.

Jap3..
Sinus tu apa? Sinus adalah ruang2 yang terbentuk dalam tulang tengkorak smasa kita bayi, cuma kecil dan makin lama makin membesar sehingga maksimum sekitar remaja atau sehingga 20 -30 tahun umur kita. Fungsinya adalah
1)meringankan tulang tengkorak kita.
2)Bahagian dalam sinus ini dilapisi tisu yang mengeluarkan lendiran yang sentiasa mengalir dan keluar ke ruang hidung seterusnya ditelan, lendiran ini melembapkan udara dalam pernafasan kita. 3)Sinus juga bertindak sebagai beg udara untuk mengurangkan impak jika berlaku kecederaan di muka.
4) bantu beri resonan kepada suara kita...MasyaAllah!

Ha nk tahu mengenai sinus dan sinusitis seterusnya, like n share dulu👋

Salam MaulidurrasulKenang,Kenal,Faham,Hayati penjuangan,Amal SunnahBaginda Rasulullah s.a.w
05/09/2025

Salam Maulidurrasul
Kenang,
Kenal,
Faham,
Hayati penjuangan,
Amal Sunnah
Baginda Rasulullah s.a.w

Ini antara sebab mengapa pengendali makanan wajib mengambil suntikan typhoid...Hubungi kami untuk vaksinasi Typhoid di:0...
04/09/2025

Ini antara sebab mengapa pengendali makanan wajib mengambil suntikan typhoid...

Hubungi kami untuk vaksinasi Typhoid di:
0163570776/03-38502070

Mary Mallon, seorang gadis Ireland sederhana, merantau ke Amerika pada usia remaja. Dia ditempatkan sebagai tukang masak di rumah-rumah berada New York. Masakannya sedap, reputasinya melonjak tetapi sayangnya, ia datang bersama penyakit tersembunyi.

Mary kelihatan sihat pipinya merah, langkahnya laju, tidak pernah rebah dengan demam. Tetapi di dalam tubuhnya, tersembunyi rahsia yang lebih dahsyat daripada senjata mana-mana penjahat.

Pundi hempedu Mary ibarat sebuah dapur kecil untuk kuman. Di situlah Salmonella typhi bersembunyi, beranak-pinak dalam senyap.

Mary tidak merasa apa-apa tiada sakit kepala, tiada cirit-birit. Sistem imunnya menahan gejala, tetapi tidak pernah berjaya menghapuskan musuh itu.

Setiap kali Mary ke tandas, bakteria itu keluar bersama najisnya. Dan kerana dia jarang mencuci tangan, kuman itu berpindah diam-diam ke senduk, ke adunan, ke salad segar dan aiskrim buatan tangan yang disajikan di meja makan.


Jejak Kematian Rumah-Rumah yang Dihantui Penyakit

Tahun 1906, Dr. George Soper menjejaki satu wabak pelik. Tifoid biasanya menyerang orang miskin, tetapi kali ini menular di kalangan orang berada.

Dr. George Soper mengesan corak menakutkan: di antara 8 keluarga yang diupah Mary bekerja, 7 mengalami wabak tifoid tidak lama selepas kehadirannya, dan sekurang-kurangnya 3 kematian disahkan akibat tifoid

Di Mamaroneck, hanya dua minggu selepas Mary mula memasak, seisi rumah jatuh demam. Di Manhattan, seorang pembantu rumah meninggal. Di Oyster Bay, enam daripada sebelas orang terbaring sakit. Corak aneh berulang: Mary datang, keluarga jatuh sakit, ada yang mati


Penyiasatan Dr. Soper

Doktor George Soper, seperti detektif tanpa pistol, mengesan Mary. Peta kes tifoid di New York menunjukkan namanya berulang di alamat-alamat berbeza.

Dr. Soper: “Mary, saya perlukan sampel najis awak untuk ujian.”

Mary: “Apa?! Saya sihat! Awak tuduh saya bawa penyakit?!”

Dr. Soper: “Ini penting. Nyawa ramai orang terancam.”

Mary: (menghunus pisau daging) “Berambus! Saya takkan bagi apa-apa!”

Namun Mary berkeras.

Mary: “Saya bukan pembawa penyakit! Ini semua fitnah kerajaan!”

Beberapa hari kemudian, dengan bantuan polis dan jururawat, sampel Mary diambil. Ujian makmal mengesahkan pundi hempedunya dipenuhi Salmonella typhi.

Di sinilah rahsia Mary terbongkar.

Mary ialah pembawa sihat (asymptomatic carrier). Sistem imunnya cukup kuat untuk menahan demam dan sawan, tetapi tidak mampu memusnahkan bakteria. Kuman itu memilih bersembunyi di pundi hempedu, membiak dalam senyap, keluar bersama najis setiap hari.

Kerana Mary jarang membasuh tangan, bakteria itu berpindah ke senduk, ke salad segar, ke aiskrim buatan tangan. Mary tidak pernah sakit, tetapi masakannya menjadi racun.


Penjara Tanpa Jeruji Pengasingan dan “Pelepasan” yang Berbahaya

Setelah dijadikan tertuduh utama, Mary dipenjara di North Brother Island. Namun, pada 1910, dia dilepaskan dengan syarat: jangan lagi memasak dan patuhi kebersihan. Tapi cinta terhadap dapur lebih kuat dia tukar nama,
kembali memasak

Hospital Wanita Sloane, 1915: Mary memasak di sana secara sembunyi.

Akibatnya, 25 pesakit dijangkiti, dan jelas: 1 kematian disahkan secara langsung daripadanya . Setelah dijumpai, dia dikurung semula selama 23 tahun hingga akhir hayat.

Akhirnya, Mary dikurung seumur hidup di sebuah p**au.

Sendirian. Terasing.

Tahun 1938, dia meninggal akibat radang paru-paru.

Bedah siasat mendedahkan rahsia terakhir: bakteria masih hidup segar dalam tubuhnya.
Mary tidak pernah benar-benar bebas.

Typhoid Mary.
Wanita yang sihat di mata manusia, tetapi membawa maut dalam diam.
Kisahnya jadi amaran: kadang kala, bahaya datang dari mereka yang kelihatan paling sihat.

Hari ini kita ada pilihan.
👉 Suntikan tifoid untuk pengendali makanan.
👉 Basuh tangan sebelum menyentuh makanan.
👉 Jaga kebersihan dapur.

Kerana sekali kita lalai, bukan hanya pelanggan yang sakit. Mungkin anak kecil yang menanti kita di rumah, suami atau isteri yang percaya pada kita, ibu ayah yang sudah tua.

Setitis kuman boleh meragut nyawa,
tapi secalit usaha menjaga kebersihan mampu menyelamatkan banyak jiwa.

Ambillah suntikan tifoid. Basuhlah tangan. Jagalah dapur.
Kerana kasih sayang kita pada keluarga bermula dari makanan yang selamat.

31/08/2025

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-68

Apa itu jangkitan typhoid atau demam kepialu?Ia adalah demam yang disebabkan oleh kuman bakteria Salmonella Typhi. ia ke...
08/08/2025

Apa itu jangkitan typhoid atau demam kepialu?

Ia adalah demam yang disebabkan oleh kuman bakteria Salmonella Typhi. ia kerap menjangkiti dari makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman itu, dari najis dan air kencing orang yang dijangkiti atau pembawa.

Antara tanda2 atau gejala demam kepialu adalah :
Demam yang tinggi
sakit kepala
bermula dengan sembelit dan diikuti dengan cirit birit
sakit perut
kelesuan
hilang selera

Demam kepialu boleh dicegah dengan :
*Amalan basuh tangan yang betul
*penyediaan makanan dan minuman yang baik dan bersih
*pengambilan vaksin typhoid oleh pengendali makanan
*penggunaan air minum dan ais yang tidak tercemar seperti air botol dan air yang dimasak.

*dapatkan vaksin typhoid yang sah dari klinik kami
Hubungi: 0338502070/0163570776

21/07/2025

HARAP MAAF.
KLINIK PERLU DITUTUP SEHINGGA KERJA2 PENYELENGGARAAN TNB SELESAI
21/7/25

KeputihanKaum wanita biasanya ada masalah ini, kan?Kadang2 sepanjang masaKadang2 cuma sebelum atau selepas datang haid.K...
16/07/2025

Keputihan

Kaum wanita biasanya ada masalah ini, kan?
Kadang2 sepanjang masa
Kadang2 cuma sebelum atau selepas datang haid.
Kadang2 banyak
Kadang2 sedikit sahaja
Kadang2 berbau dan gatal
Kadang berdarah

Bila anda sepatutnya berjumpa Dr?

Bila semakin banyak,
Bila ada gatal dan berbau
Bila bertukar warna atau berdarah

Jom, jika Cikpuan ada masalah begini jangan tunggu lama lama.

Mungkin perlu pemeriksaan lanjut. Hubungi kami
Di Poliklinik An nisa'
0338502070/ 0163570776

5 SEBAB MATA BOLEH RABUN atau BUTA bila ADA KENCING MANIS.1. YANG PALING KERAP adalah kemasukan air ke dalam kanta bila ...
11/07/2025

5 SEBAB MATA BOLEH RABUN atau BUTA bila ADA KENCING MANIS.

1. YANG PALING KERAP adalah kemasukan air ke dalam kanta bila gula dalam darah meninggi dan menyebabkan kanta lebih kembung. Kekembungan kanta boleh boleh menyebabkan penglihatan kabur!

2. Katarak atau ' selaput' dalam bahasa biasa kita. Katarak berlaku bila kanta mata kita semakin lama bertukar dari lutsinar -> lutcahaya (rabun)-> legap (buta).
Bila gula tinggi di dalam darah , ada enzim akan menukarkan gula yang tinggi kepada sorbitol di dalam kanta. sorbitol ini akan meresapkan air ke dalam kanta dan menyebabkan kanta kembung dari biasa seterusnya merosakkan protein susunan protein di dalam kanta yang akhirnya menjadi lutcahaya dan lama kelamaan menjadi putih.

3. Salur darah di lapisan belakang retina (dan di merata tempat di dalam tubuh juga) boleh rosak dan tersumbat dan menyebabkan kawasan tersebut kurang oksigen. Keadaan ini menyebabkan salur2 darah baru akan terbentuk untuk menampung kekurangan oksigen. Namun salur darah baru ini tidak sihat, mudah pecah dan menyebabkan perdarahan. Darah ini akan meresap masuk ke jelly bola mata dan menyebabkan jelly menjadi merah dan lama kelamaan akan menggelapkan pandangan.

4. Jika perdarahan atau bengkak berlaku di titik penglihatan tepat iaitu di Macular, penglihatan boleh menjadi kabur seterusnya BUTA.

5. Perdarahan ke dalam jelly bola mata p**a lama kelamaan boleh menghasilkan parut di dalam jelly bola mata , menjadi tisu firbous yang keras dan berpotensi menarik lapisan retina sehingga lekang dari dinding perlekatannya.

Salur2 darah baru yang lemah ini, bukan saja terhenti di dinding belakang mata, malah ia boleh menjalar sehingga ke bahagian hadapan mata. Perdarahan yang berlaku di bahagian hadapan boleh menyumbat pergerakan bendalir dalam mata , meninggikan tekanan dalam mata dan menyebabkan "glaucoma".

Semua ini boleh dicegah jika kita dapat mengawal paras gula di dalam darah kita di bawah paras yang dibenarkan.
JAGALAH PARAS GULA ANDA

Poliklinik An nisa
Bandar Saujana Putra

27/06/2025

Salam Maal Hijrah
Klinik akan dibuka semula pada Isnin 30/6/25
Harap maklum

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga BSP
06/06/2025

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga BSP

Address

21, JALAN SP4/29 BANDAR SAUJANA PUTRA
Jenjarom
42610

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 13:00
17:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 13:00
17:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik An-Nisa' BSP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik An-Nisa' BSP:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category