
24/11/2021
Perkataan ‘diet’ atau pemakanan ni merujuk kepada beberapa maksud.
Pertama, ia merujuk kepada apa yang kita makan.
Kedua, perkataan diet juga dirujuk sebagai menghadkan jenis makanan. Contohnya;
“Mah, kau tak nak makan nasi ke?”
“Tak nak lah, aku diet. Makan nasi gemuklah“
Ketiga, diet juga dirujuk sebagai menghadkan kuantiti pemakanan. Contohnya;
“Jah, nak ais krim?”
“Bolehlah, tapi aku nak satu sudu je”.
Gabungkan ketiga-tiga istilah tadi dengan ‘sihat’, maka dapatlah kita maksud diet sihat, iaitu:
“Jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan untuk mendapatkan badan yang sihat serta panduan kuantiti makanan tersebut”.
Konsep asasnya adalah mudah:
1) Jenis makanan
2) Kuantiti makanan
Jenis makanan yang dipilih menjamin sumber nutrisi berkualiti yang menjamin fungsi badan yang efisyen.
Kuantiti makanan yang tidak berlebihan mengelakkan badan terlebih menyimpan lebihan sumber tenaga itu dalam bentuk lemak.
Ini membantu mengelakkan kegemukan dan penyakit.
Mudah kan?
Nak content mcm ni lagi? Tekan LIKE PAGE utk ketahui lebih info kesihatan pada masa akan datang 😘