05/04/2023
BE AWARE
Ini panduan untuk ibubapa yang belum bawa anak jumpa doktor disebabkan kekangan masa, terlalu lama tunggu untuk appointment dengan doktor atau ragu2 tentang masalah anak.Yang penting jangan DENIAL.
1. Stimming: Tingkah laku secara berulang dan selalu dalam tempoh yang lama dalam sehari. Contohnya susun kereta atau objek, flapping hand,goyang badan atau kepala Dan lain2..Apa2 je anak buat dengan selalu cara yang SAMA setiap hari itulah stimming. Vocal stimming p**a adalah menyebut perkataan sama setiap hari seperti Dari tgk gajet/TV tapi bila diajak BERCAKAP dia tak boleh atau buat bunyi pelik2 macam bunyi burung dan sebagainya.
2. Tantrum : marah,sedih,tak puasa hati dalam tempoh yang lama setiap hari. BE AWARE: Tantrum anak boleh datang secara tiba2. Semalam OK je tapi esok tiba2 dia tantrum.
3. Tiada eye contact dan apabila dipanggil tidak respon secara spontan.
4. Tidak tahu tunjuk guna jari.
4. Tiada facial expression.
5. Speech delay Dan language delay. Speech delay tu dia tiada atau kurang perkataan dari mulut dia.Language delay p**a dia tak faham apa kita cakap.
6. Susah atau tak pandai mengurus diri.Ini yang parents selalu lepas pandang sama ada sengaja atau tak sengaja.
7. Hyperactive (ADHD)... Dulu dipanggil ADD...Semakin besar anak semakin active.Kalau tak di beri terapi sekarang anak menjadi susah untuk dilatih.
8. Obses dengan sesuatu sama ada dengan objek atau makanan..So anak akan menjadi picky eater.Anak akan minat objek seperti patung mainan,kereta,pemadam Dan lain2.
9. Sensitive terhadap sesuatu iaitu pada sentuhan, pendengaran,penglihatan,bau Dan etc..Dengan kata lain anak ada masalah sensori
10. Sangat demanding pada sesuatu.Kalau tak dipenuhi hajatnya dia akan mengamok dan tantrum.
11. Tidak gemar pada 3M( membaca,menulis,mengira).
12. Tidak tahu bahaya
13. S**a dipeluk atau tidak s**a dipeluk
14. Mudah marah,gementar dan tak sabar
15. Tidak tahu atau pandai atau s**a bersosial. Pendek cerita s**a main sendiri.
16.Echolalia..anak ikut apa kita kata word by word walaupun kita menanya.
Ada banyak lagi dan list saya tuliskan adalah cukup untuk mengetahui anak ada masalah atau tidak.Boleh google untuk maklumat lanjut.
BE AWARE: Ciri2 autisme akan bertambah apabila anak semakin membesar kalau kita tak TACKLE masalah anak SEKARANG.
That is why anak kita perlu diberi terapi dengan SEGERA dan melatih anak di RUMAH supaya ciri2 autisme tidak akan menjadi lebih teruk. Anak kita mungkin mild autisme sekarang tapi boleh menjadi lebih teruk kalau kita tak bertindak dengan SEGERA walaupun anak masih dalam kategori mild autisme
Tindakan bermula daripada kita sebagai parents. Takkan cikgu atau terapis atau doktor datang ke rumah jumpa kita untuk melatih atau memberitahu anak kita ada ciri2 AUTISME. Betul tak?
Kalau nak sedih tak pe..Boleh sedih atau risau tapi JANGANLAH biarkan anak begitu sehingga bertahun tahun. Nanti bila anak masuk sekolah baru nak BERTINDAK. Baru nak risau bila cikgu call.Ini kadang2 marah pada cikgu anak tak OK walhal kita tahu anak tak OK.
Kesilapan common dan sentiasa akan berlaku adalah anak masih pakai diaper dan belum faham kegunaan tandas di usia 7 tahun.