Hospital Besut - Rasmi

Hospital Besut - Rasmi Dirasmikan pada 17 Julai 1976 oleh KDMM Al Marhum Tuanku Ismail Nasaruddin Shah

Hospital ini telah dibina pada 1975 diatas tapak yang berkeluasan 7.8 hektar bagi mengantikan hospital lama yang beroperasi sebelum perang dunia kedua di Kampung Raja.

Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas mendedahkan realiti kesihatan yang...
21/04/2026

Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas mendedahkan realiti kesihatan yang membimbangkan dalam kalangan warga emas.

Hampir 30% (atau kira-kira 1️⃣ daripada 3️⃣) warga emas menghadapi beban tiga penyakit serentak:
1️⃣ Kencing Manis
2️⃣ Tekanan Darah Tinggi
3️⃣ Kolesterol Tinggi

Lebih membimbangkan, majoriti besar warga emas, iaitu 68%, didapati mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada penyakit NCD utama ini.

🇲🇾 KKM menyeru agar golongan warga emas dan penjaga lebih prihatin dalam memastikan kepatuhan rawatan serta melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Hayati kehidupan yang lebih panjang dengan mengawal penyakit tidak berjangkit.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas, seramai 2.4 juta warga emas d...
21/04/2026

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2025: Kesihatan Warga Emas, seramai 2.4 juta warga emas di Malaysia kini berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi untuk mengalami Frailti.

Selain itu, seramai 420,000 warga emas dilaporkan sedang mengalami keadaan Frailti yang memerlukan perhatian dan intervensi kesihatan khusus.

Tinjauan ini turut mendapati bahawa 45% daripada populasi warga emas mengalami Sarkopenia, iaitu keadaan klinikal yang melibatkan penyusutan j***m dan kekuatan otot seiring dengan peningkatan usia.

👴🏻🧓🏻Oleh itu, warga emas disarankan untuk menjalani saringan kesihatan secara berkala bagi membolehkan intervensi awal dilakukan terhadap sebarang tanda kemerosotan fungsi fizikal.

*SESI CELIK MINDA BIL 11/26*TAJUK : Urinary incontinensPENCERAMAH :Pn Zaiton Abd Kadir ( Pegawai Physiotherapi)TARIKH : ...
20/04/2026

*SESI CELIK MINDA BIL 11/26*
TAJUK : Urinary incontinens
PENCERAMAH :
Pn Zaiton Abd Kadir ( Pegawai Physiotherapi)

TARIKH : 16/4/2026
MASA : 8.16 pagi
TEMPAT : Dewan Sri Anjung
ANJURAN BERSAMA :
Unit Promosi Kesihatan
Unit Rehabilitasi
Kehadiran peserta seramai 40 orang terdiri dari pelbagai unit.

OBEKTIF :
1. Memberi pengetahuan mengenai anatomy otot lantai pelvik
2. Menerangkan faktor penyebab berlakunya inkontinen dikalangan wanita terutamanya
3. Pendedahan senaman otot lantai pelvik yang betul dan pelbagai posisi boleh digunakan

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)Lokasi: Laman Unit Pengu...
15/04/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐔 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔

Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
Lokasi: Laman Unit Pengurusan dan Dewan Seri Anjung Hospital Besut

Seramai 600 orang anggota hospital dan ahli keluarga telah hadir menyertai Program Hari Keluarga Raya peringkat hospital. Pelbagai sukaneka telah dimainkan dan dipertandingkan untuk meningkatkan ukhuwah sesama. Aneka juadah dinikmati bersama dengan riang dan riuh memenuhi suasana. Seramai 8 orang anggota hospital iaitu pesara dan bakal pesara telah diraikan. Pihak pengurusan hospital juga berterima kasih dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) bersama suami.

Semoga bermanfaat dan berjumpa lagi kita di tahun hadapan.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)Lokasi: Halaman Unit Pengurusan Hospital BesutAng...
14/04/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓

Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)

Lokasi: Halaman Unit Pengurusan Hospital Besut

Anggota hospital bersama anak-anak mereka telah menyertai pelbagai permainan yang telah dianjurkan oleh urusetia program dan AJK sukaneka daripada Unit Farmasi hospital.

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)Lok...
13/04/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐒𝐔𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋

Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)

Lokasi: Dewan Seri Anjung dan halaman Unit Pengurusan Hospital Besut

Jasa dikenang, bakti disanjung.Terima Kasih atas khidmat yang cemerlang.

PROGRAM HARI KELUARGA HOSPITAL BESUT DAN MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN ANGGOTA Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)Lokasi: Laman U...
12/04/2026

PROGRAM HARI KELUARGA HOSPITAL BESUT DAN MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN ANGGOTA

Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
Lokasi: Laman Unit Pengurusan Hospital Besut

Seramai 600 orang anggota hospital dan ahli keluarga telah hadir menyertai Program Hari Keluarga Raya peringkat hospital. Pelbagai sukaneka telah dimainkan dan pertandingan disediakan untuk meningkatkan ukhuwah sesama. Aneka juadah dinikmati bersama dengan riang dan riuh memenuhi suasana.

Seramai 8 orang anggota hospital iaitu pesara dan bakal pesara tahun 2025 dan 2026 telah diraikan dengan haru namun kembali meriah dengan berbalas pantun pengacara majlis, pengarah hospital serta anggota. Pihak pengurusan hospital juga berterima kasih dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) bersama suami.

Semoga bermanfaat dan berjumpa lagi kita di tahun hadapan.

09/04/2026
🏃‍♂️ *PROGRAM 10,000 LANGKAH BERSAMA HOSPITAL BESUT* Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2026 Tema : bersama untuk kesihatan,...
09/04/2026

🏃‍♂️ *PROGRAM 10,000 LANGKAH BERSAMA HOSPITAL BESUT*
Sempena Hari Kesihatan Sedunia 2026

Tema : bersama untuk kesihatan, Berdiri bersama sains

Tema warna biru

Tarikh : 9 April 2026 (Khamis)

Masa : 7.30 pagi hingga 10.00 pagi

Tempat : Kawasan Hospital Besut

Anjuran Unit Promosi Kesihatan Hospital Besut @ KOSPEN WOW

Peserta 40 anggota dari pelbagai unit

*OBJEKTIF PROGRAM*
1. Meningkatkan kesedaran kepentingan gaya hidup sihat dan aktif
2. Menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan warga hospital
3. Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti & diabetes
4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja

SESI CELIK MINDA Bil 10/26Tajuk : PRE HOSPITAL CARE (SAFE TRANSFER SAVE LIVES)Tarikh : 2 April 2026Masa : 8.15 pagiTempa...
02/04/2026

SESI CELIK MINDA Bil 10/26
Tajuk : PRE HOSPITAL CARE (SAFE TRANSFER SAVE LIVES)

Tarikh : 2 April 2026
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Dewan Sri anjung Hospital Besut
Penceramah : Dr Irfan b Mohd Ghazal (Pakar Perubatan Kecemasan)
Anjuran bersama :
Unit Kecemasan
Unit Promosi Kesihatan
Hospital Besut
Peserta secara :
Fizikal : 76 anggota
Maya : 48 anggota

Topik tentang :
kepentingan penghantaran pesakit secara selamat melalui persediaan rapi sebelum pemindahan, penstabilan pesakit mengikut prinsip ABC, serta komunikasi berkesan sepanjang proses transfer.
Turut ditekankan penggunaan. Pendekatan DOPE bagi pengurusan kecemasan semasa pemindahan serta kepentingan memastikan peralatan dan pasukan sentiasa bersedia bagi mengelakkan kejadian kritikal.
Semoga sesi ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan penjagaan pra-hospital serta memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kesihatan.

Team Celik Minda
Unit Promosi Kesihatan

Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain. 🦠💧Amalan membasuh tanga...
30/03/2026

Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain. 🦠

💧Amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya. Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.

🩺 Warga Kerja Hospital Besut mengucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia.Terima kasi...
30/03/2026

🩺 Warga Kerja Hospital Besut mengucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia.

Terima kasih atas jasa dan bakti anda dalam meberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

🩺 KKM mengucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia.

Terima kasih atas jasa dan bakti anda dalam meberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

Address

Jalan Pasir Akar
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Besut - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Besut - Rasmi:

Share