Anak Permata Dunia

Anak Permata Dunia Tips Berkesan Mengajar Anak

07/07/2022
07/07/2022
Assalamualaikum..
25/04/2022

Assalamualaikum..

27/02/2020

Tips Keselamatan Penting Sebelum Balik Kampung

1.SIMPAN BARANG BERHARGA DI TEMPAT YANG SELAMAT
Pastikan anda simpan barangan berharga di tempat selamat. Kalau tak ada, boleh la bawa sekali balik kampung. Bukan apa, mana tahu pencuri buat onar pecah masuk rumah.

2.BUKAK KEPALA TONG GAS
Sebelum bercuti panjang, seeloknya buka kepala tong gas. Hal ini dapat mengelakkan dari berlakunya kebakaran yang tidak diingini. Paling penting, jangan biarkan injap gas terbuka. Jangan lupa yer!

3.KOSONGKAN AIR KOLAH
Kita tak mahu nyamuk ‘berpesta’ di dalam kolah yang berisi air dengan bertelur. Jadi kosongkan air kolah supaya kita tidak menjadi sebab tempat pembiakan nyamuk aedes.

4.TUTUP PUNCA KUASA ELEKTRIK
Pastikan sebelum balik kampung kita sudahpun memeriksa semua plug dan pastikan cabut plug dari soketnya. Ambil langkah berjaga-jaga kerana malang selalunya tidak berbau.

5.MAKLUMKAN KEPADA JIRAN
Sekiranya jiran tidak balik kampung, seeloknya memaklumkan kepada mereka. Mungkin jiran kita dapat menjenguk rumah kita sepanjang ketiadaan kita.

6.KUNCI SEMUA PINTU DAN TINGKAP
Pastikan kita mengunci pintu dan tingkap sebelum balik kampung. Check betul-betul kerana pencuri mempunyai banyak cara untuk memasuki rumah.

7.MEMBACA DOA
Allah adalah sebaik-baik penjaga. Setelah kita berusaha, kita bertawakal kepada Allah, mintak kepada Allah agar menjaga rumah kita. InshaAllah.

12/02/2020
10/02/2020

ADAB MELAWAT ORANG SAKIT

Jangan duduk terlalu lama di sisinya kerana duduk terlalu lama itu membawa kepada jemu si pesakit itu.

Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana dia merasakannya.

Doakan untuknya seperti dikatakan, “Ya Tuhanku, sihatkanlah sahabatku ini”, atau dikatakan baginya, “Semoga Allah menyembuhkan saudara dengan segera.”

Nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai dugaan semata-mata.

Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.

23/01/2020

3 Tips Berkesan Mengajar Anak Kecil Solat Dengan Mudah
kaedah mengajar anak kecil solat

1. Selalu Solat Depan Anak
Ibu bapa adalah model terbaik dalam apa-apa jua perkara pada mata anak-anak.Solatlah di tempat yang sentiasa dapat dilihat oleh anak. Contohnya ruang tamu.

2. Ajak Anak Solat, Bukan Suruh

Anda perlu mengajak anak anda solat berjemaah bersama-sama anda, bukan menyuruhnya bersolat sendirian. Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun untuk mengajak mereka bersolat.

3. Dengarkan Bacaan Dalam Solat Dengan Jelas

Kuatkan bacaan dalam solat supaya anak kita boleh dengar. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia akan membuatkan anak ingat surah-surah lazim yang sering kita bacakan.

Address

Tepi Neo Supply Cake
Jerteh
22000

Telephone

+601139142770

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak Permata Dunia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share