22/01/2026
KENAPA PERLU DIELAKKAN MAKANAN BERASASKAN CILI
Makanan pedas, khususnya yang berasaskan cili, mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai capsaicin. Bahan ini merangsang saraf di sepanjang saluran penghadaman, termasuk saraf pada usus.
Apabila saraf usus terangsang, pergerakan otot usus boleh menjadi tidak sekata. Ada ketika pergerakan terlalu laju, dan ada masanya berlaku kekejangan (spasm). Keadaan inilah yang menyebabkan sesetengah individu mengalami cirit-birit selepas makan pedas, manakala sebahagian yang lain mengalami kesukaran membuang air besar kerana pergerakan najis menjadi tidak lancar.
Bagi individu yang sedang mengalami sembelit, keadaan ini lebih mudah menjadi bertambah teruk. Najis yang berada terlalu lama di dalam usus besar akan kehilangan lebih banyak air, menjadikannya kering dan keras. Akibatnya, proses pembuangan menjadi sukar dan memerlukan peneranan yang kuat, sedangkan meneran merupakan salah satu faktor utama terjadinya buasir.
Bagi mereka yang sudah mempunyai buasir, makanan pedas p**a boleh bertindak sebagai pencetus rasa sakit. Capsaicin boleh menyebabkan rasa pedih dan panas ketika pembuangan. Ini membuatkan sesetengah individu mula menangguhkan ke tandas. Apabila pembuangan ditangguhkan, najis menjadi semakin keras, kesakitan bertambah, dan buasir menjadi lebih sensitif serta mudah meradang.
Atas sebab itu, bagi individu yang sedang mengalami masalah penghadaman, sembelit atau buasir, makanan pedas disarankan untuk dielakkan sementara waktu. Bukan kerana pedas adalah punca utama, tetapi kerana ia boleh memburukkan keadaan sedia ada. Apabila sistem penghadaman kembali stabil dan pembuangan menjadi lancar, pengambilan makanan pedas boleh dipertimbangkan semula secara berpada-pada.
Terima kasih kerana sentiasa mengikuti perkongsian kesihatan daripada
Admin – Kapsul D’Hemo