![[TIPS RINGKAS HINDARI & MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN BUASIR]❤️ Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari (1.2...](https://img4.findhealthclinics.com/869/217/109715218692174.jpg)
25/01/2023
[TIPS RINGKAS HINDARI & MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN BUASIR]
❤️ Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari (1.2 hingga 2 liter).
❤️ Elakkan makanan (pedas atau beralkohol) yang mengganggu system pencernaan dan usus.
❤️Sentiasa bersenam seperti berjalan kaki dan berenang. Elakkan sukan berkuda atau berbasikal.
❤️ Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia boleh melancarkan pengeluaran najis. Jangan sesekali makan atau minum nenas atau tebu.
❤️ Gunakan tandas pada satu jangka masa yang sama seperti apabila bangun pagi dan selepas meminum segelas besar air.
❤️Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan merendam dubur dalam air garam yang suam selama 10 minit satu atau dua kali sehari apabila ada tisu bengkak di dubur. Garam yang digunakan adalah garam masak yang biasa. Proses ini dipanggil sitz bath. Air garam mempunyai dua fungsi iaitu mengecutkan tisu yang bengkak dan meredakan kesakitan.
Semoga bermanfaat ya