20/11/2025
PUSPEN Besut dengan sukacitanya mengumumkan kehadiran pegawai-pegawai baharu yang telah melapor diri dan rasmi menjadi sebahagian daripada warga kerja kami. Kehadiran pegawai baharu ini diharap dapat memperkukuhkan kekuatan organisasi serta menyumbang kepada kelancaran operasi dan pencapaian matlamat pusat secara keseluruhan.
Pegawai yang mula melapor diri adalah seperti berikut:
Puan Nik Nurnadia Faziera Binti Che Ngah (S10) β Penolong Pengarah Pemulihan
Encik Mohd Ezanie Bin Yaasin (S1) β Pembantu Antidadah
Encik Rahimi Bin Ramya (S1) β Pembantu Antidadah
Encik Muhammad Nazri Bin Aziz (KP1) β Pembantu Keselamatan
Pihak pengurusan dan seluruh warga PUSPEN Besut merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada semua pegawai baharu ini. Semoga kehadiran anda dapat menyemarakkan budaya kerja yang berintegriti, profesional dan bersemangat tinggi dalam mendukung visi serta misi organisasi. Kami percaya bahawa kemasukan pegawai-pegawai baharu ini akan membawa suntikan motivasi serta kekuatan tambahan dalam usaha berterusan memperkukuh perkhidmatan dan kecemerlangan PUSPEN Besut.