Kebun Kelulut Chengal Rimbun

Kebun Kelulut Chengal Rimbun Madu kelulut (MK) yg asli dan MADU KELULUT RAW and RARE (MKRR) ialah satu produk natural yg unik dan

Kebun Kelulut Chengal Rimbun menyediakan MADU KELULUT RAW AND RARE (MKRR), madu yg dihasilkan dari pelbagai spesis kelulut original tanpa melalui proses “ post-harvest”. Di sedut dari kantung madu dan terus disimpan atau dibotolkan.

....
02/01/2021

....

02/07/2020

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, berita,am,ekonomi,

Bismillah.Stok baru masuk.
15/06/2020

Bismillah.

Stok baru masuk.

17/04/2020

Alhamdulillah

Lain yang diperangkap lain p**a yang masuk.

13/01/2020

Inilah Rahsia Rezekimu Saudaraku - Ustaz Khalid Basalamah

بِسْمِ اللَّهِIklan Daurah 2020Allah Taala berfirman:‎وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ ...
09/01/2020

بِسْمِ اللَّهِ

Iklan Daurah 2020

Allah Taala berfirman:

‎وَلَقَدْ يَسَّرْنَا ٱلْقُرْءَانَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”.
Al Qamar ayat 32.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sebaik-baik kalian atau seutama-utama kalian adalah yang belajar al Qur'an dan mengajarkannya."
Sahih. Tarmizi 2833

Marilah kita cuba mengetahui seluruh kandungan Al Quran lengkap 30 juz walaupun kita tidak tahu membaca secara bertajwid sekalipun kerana inilah tanggungjawab kita sebagai hambaNya untuk memahami tujuan kita manusia makhluk terbaik diwujudkan olehNya ke manakah pengakhiran kita nanti (samada di syurga atau neraka).

Pengajian daurah ini akan disampaikan sepenuhnya oleh Maulana Abdul Hadi Yaakub dalam bahasa Melayu standard. Beliau telah lama mempunyai sanad pengajian setelah menghadiri beberapa siri Daurah Tafsir Al Qur’an di Rahim Yar Khan, Pakistan. Guru beliau adalah M***i Muhammad bin Abdul Ghani Al Jajrawi, seorang Mudir dan juga Syeikhul Hadith di Jamiah Islamiyyah Badrul Uloom Hammadiyah, Rahim Yar Khan, Pakistan. Tafsiran Al Quran adalah berdasarkan kepada lebih daripada 50 kitab2 tafsir muktabar seperti Jalalain, Ibnu Kathir dll yang telah disusun oleh Maulana Husin Ali Alwani. Tiada kitab tafsir khusus cuma setiap peserta mesti ada mana2 kitab Al Quran terjemahan (kelulusan JAKIM) seperti pimpinan Ar Rahman (keluaran Jabatan Perdana Menteri) dan seumpamanya sebagai bahan kuliah. Usul tafsir, istilah2 tafsir dan faedah tafsir akan diajar secara ringkas melalui nota2 kuliah di peringkat awal daurah.

Jadual pengajian adalah seperti berikut:

*BULAN SYA'BAN:*
Pagi: 10.00 ~ 12.30 tengahari.
Zohor-Asar: Rehat.
Petang: Selepas solat asar ~ 6.30 petang.
Malam: Maghrib ~ Isya'.

*BULAN RAMADHAN:*
Pagi: 9.00 ~ 12.30 tghari
Zohor-Asar: Rehat
Petang: Selepas solat asar~ 6.30 petang
Malam: Tiada kelas.
*jadual tertakluk kepada perubahan.

Sehingga kini (2019) 11 kali daurah tafsir/terjemah Al Quran telah diadakan sejak tahun 2008 (termasuk sekali di Makkah pada tahun 2011). Sejumlah 965 sanad (yang memenuhi syarat) telah dikeluarkan kepada sekurang-kurangnya 2500 peserta yang telah berdaftar.
Peserta2 adalah datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan (agama atau akademik), profesion, peringkat umur, tempat dan fahaman. Malah ada yang bukan Islam tetapi memeluk Islam setelah beberapa hari mengikuti kuliah. Mereka semua datang dari berbagai negara seperti vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia dengan satu tujuan iaitu untuk memahami kitab Allah daripada guru yang bersanad.

Makan minum adalah di bawah tanggungan masing2 kecuali peserta yang tinggal di asrama pondok (giliran memasak mengikut kump**an). Setiap tahun prasarana dipertingkatkan untuk menampung dan memberi keselesaan kepada peserta yang semakin bertambah terutama pihak muslimah, warga emas dan orang kelainan upaya.

Sehingga kini pihak pondok hanya dapat menyediakan tempat penginapan kepada muslimin samada di asrama pelajar pondok atau di masjid. Kelengkapan penginapan seperti bantal, sleeping bag, selimut & mosquito net adalah perlu dibawa sendiri.
Manakala yang berkeluarga dan muslimah perlulah mencari homestay/rumah sewa berdekatan. Pihak pondok boleh membantu dalam hal ini tetapi perlulah dimaklumkan lebih awal.

Pendaftaran boleh dilakukan mulai sekarang secara online melalui https://darululoom.my/daftar atau whatsapp +60 13 989 9062 (Ustaz Ahmad Nordin)

Lokasi pondok Darul Uloom, Laklok, Jerteh, Terengganu berada di sempadan negeri Kelantan dan Terengganu. Peserta boleh datang dengan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti:
1. Kapal terbang: Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu adalah lebih dekat dan terletak lebih kurang 66km dari pondok
2. Bas: stesen bas bandar Jerteh adalah stesen yang terdekat terletak lebih kurang 6.4km dari pondok
Urusan pengambilan peserta dari lapangan terbang tersebut atau stesen bas bandar Jerteh boleh diuruskan oleh pihak pondok jika dimaklumkan lebih awal.

LATARBELAKANG AL FADHIL MAULANA HJ ABDUL HADI BIN HJ YA’AKUB, MUDIR PONDOK DARUL ULOOM, LAKLOK, JERTIH, TERENGGANU DAN PENGAJIAN TAFSIR YANG DIJALANKAN.

Al Fadhil Maulana Hj Abdul Hadi bin Hj Ya'akub beliau berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Dilahirkan di Kg Lembah, Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1965. Beliau boleh diumpamakan sebagai permata di dasar laut yang walaupun alim (berilmu) tetapi tidak dikenali ramai. Beliau sendiri tidak menonjolkan dirinya sebagai seorang yang alim dan menolak tawaran dan jawatan duniawi.

Beliau menginfaqkan dirinya untuk menyebarkan kalamullah kepada seluruh ummat. Menyeru kepada mentauhidkan Allah berdasarkan Al Qur’an dan Sunnah, menolak syirik dan bid’ah.

Semenjak Al Fadhil Maulana Hj Abdul Hadi memulakan pengajian agama menengah beliau di Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan lagi beliau telah menunjukkan kesungguhan mendalami ilmu agama sehingga ke peringkat yang tertinggi. Selepas tamat tingkatan lima di Maahad Muhammadi beliau telah bermusafir untuk meneruskan pengajian di Karachi, Pakistan dalam bidang tahfiz Al Qur’an di Jamiah Darul Uloom Karachi. Kemudian beliau meneruskan pengajian Uloom Syariah di Jamiatul Uloom Islamiyyah Allamah Yusof Binnori hingga tamat Dauratul Hadith. Di sini beliau pernah dinobatkan sebagai pelajar kedua terbaik syahadah aliah (wifaqul madaaris) bagi keseluruhan pengajian madrasah di Pakistan.

Kemudian beliau mendalami lagi ilmu hadis dengan Syeikh Allamah AbdurRashid Nu’mani (pengarang muqaddimah Ibnu Maajah) satu2nya muhaddis yang masih hidup masa itu. Pengajian talaqi mingguan selama 2 tahun. Beliau juga mendalami kitab2 ulamak tersohor bumi Hind, Imam Syah Waliyullah Ad Dehlawi atau nama sebenarnya Imam Al-Kabir Sheikh Ahmad Abdur Rahim Ibn As-Shahid Wajihuddin Ibn Mu'azzam Ibn Mansur Ibn Mahmud Dahlawi, di Syah Waliyullah Academy di Hyderabad, Sindh, Pakistan. Antara kitab utama & terakhir Syah Waliyullah adalah Kitab Hujjatullah al Balighah. Beliau memperolehi sanad kitab Hujjatullah al Baalighah dan lain-lain kitab Syah Waliyullah Ad Dehlawi melalui gurunya, Maulana Ghulam Mustoffa Al Qosimi As Sindhi, Pengarah Syah Waliyullah Academy pada ketika itu.

Beliau bertalaqi dengan lebih tujuh(7) orang guru Al Quran dan memiliki lima(5) Sanad Tafsir Al Quran yang berbeza. Salah satu antaranya adalah Tafsir Al Quran kaedah Maulana Husain Ali Al Wani yang berdasarkan lebih 50 kitab tafsir muktabar. Sanad ini beliau perolehi setelah menghadiri beberapa siri Daurah Tafsir Al Qur’an di Rahim Yar Khan, Pakistan. Guru beliau adalah M***i Muhammad bin Abdul Ghani Al Jajrawi, seorang Mudir dan juga Syeikhul Hadith di Jamiah Islamiyyah Badrul Uloom Hammadiyah, Rahim Yar Khan, Pakistan. M***i Muhammad adalah salasilah guru yang ketiga(3) selepas Husain Ali Al Wani.

Kaedah pengajian di Badrul Uloom inilah yang membuka minda beliau tentang kepentingan pengajian daurah tafsir kepada bukan sahaja pelajar agama malah kepada orang awam demi mengenali Allah Taala melalui Kitab Al Quran. Maka beliau berusaha mengadaptasikannya di Malaysia melalui Pengajian Daurah Tafsir di Pondok Darul Uloom, Laklok.

Setelah kembali dari Pakistan, sepanjang Ramadhan mulai tahun 1998 sehingga tahun 2003, Maulana Hj Abdul Hadi bersungguh2 secara khusus mempelajari Feqah Mazhab Asy Syafie, terutama Kitab Tahrir karangan Al Imam Zakaria Ansori berguru dengan Baba@Tuan Guru Hj Zakaria atau lebih dikenali dengan panggilan Pokcik Ya di Pondok Posan, Pattani, Thailand yang juga merupakan bekas salah seorang Ahli Majlis Fatwa Pattani. Ini untuk memantapkan lagi ilmu feqah beliau dalam mazhab yang beliau anuti di samping mazhab Hanafi yang beliau telah pelajari di Pakistan.

Al Fadhil Maulana Hj Abdul Hadi pernah berkhidmat mengajar selama kira-kira 4 tahun di Madrasah Markaz Yala, Selatan Thailand sebelum membuka madrasah@pondok sendiri di Jerteh, Terengganu.

Bermula di Surau Kg Tok Kundur, Bukit Kenak pada tahun 1999, beliau kemudian berpindah dan membuka Pondok Darul Uloom di Kg Laklok, Jerteh pada tahun 2001. Bermula dengan pelajar-pelajar tahfiz Al Qur’an, beliau telah berjaya melahirkan asatizah yang memahami dan menguasai ilmu tauhid berdasarkan Al Qur’an dan Sunnah serta berjaya membimbing pelajar-pelajar biasa menjadi murrabi ummah. Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti dakwah Jemaah Tabligh sebagaimana arwah ayahanda beliau lakukan sejak kecil lagi.

Pendorong utama kepada kejayaan pengajian dan pengajaran beliau adalah arwah ayahanda beliau sendiri dan Maulana Nik Mohamad Paya Purnama, Kota Bharu yang beliau anggap seperti abangnya sendiri.

01/01/2020

Bismillah Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyaat 51:56) Aku tidak seka...

01/01/2020

Jika tidak beringat ketika buka botol madu kelulut kemungkinan madu akan keluar akibat tekanan gas boleh terjadi. Untuk langkah berjaga2 boleh ikuti cara ini.

13/11/2019

Bangkitlah Kelateku.

Bismillah.Allahumma barik alaih.Log baru masuk.
30/10/2019

Bismillah.

Allahumma barik alaih.

Log baru masuk.

BismillahMadu kelulut black pearl fresh dihujung musim tahun ini.
25/10/2019

Bismillah

Madu kelulut black pearl fresh dihujung musim tahun ini.

BismillahMadu Kelulut Raw and Raw kami tak sekata warnanya. Sebab memang begitu kejadiannya sepertimana yang difirmankan...
04/05/2019

Bismillah

Madu Kelulut Raw and Raw kami tak sekata warnanya. Sebab memang begitu kejadiannya sepertimana yang difirmankan Allah swt dlm surah An Nahl ayat 69.

Selain warna rasanya juga unik. Ada yg manis, pahit, payau dan masam.

Setiap botol ada keistimewaannya sendiri. Anda mungkin tidak akan dapat rasa yang sama.

Sebab tu Raw and Rare

Madu kelulut untuk tambah tenaga. Stok tak berapa banyak ni. Boleh walk in atau pos.www.wasap.my/60135553789
30/04/2019

Madu kelulut untuk tambah tenaga. Stok tak berapa banyak ni. Boleh walk in atau pos.

www.wasap.my/60135553789

KHASIAT MADU KELULUT RAMAI YANG TIDAK TAHU.Madu mempunyai bermacam warna serta rasa, dari hitam hinggalah kejernihan, da...
23/04/2019

KHASIAT MADU KELULUT RAMAI YANG TIDAK TAHU.

Madu mempunyai bermacam warna serta rasa, dari hitam hinggalah kejernihan, dari manis sehinggalah masam. Walaupun begitu, ianya tetap mengandungi 1001 khasiat yang tersembunyi di dalam cairan yang dipanggil madu itu. Bila sebut madu lebah, pasti semua orang kenal. Tapi bila sebut pasal madu kelulut, mungkin ada diantara kita tak tahu apa itu kelulut.

Kelulut juga merupakan lebah, dimana ianya tidak mempunyai sengat. Pada masa yang sama ia juga turut menghasilkan madu seperti lebah madu. Menurut kajian yang dilakukan oleh agensi kerajaan seperti MARDI, madu kelulut mempunyai khasiat yang lebih banyak jika dibandingan dengan madu lebah seperti lebah tualang. Di dalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa madu boleh dijadikan penawar dan berbagai penyakit bagi manusia. Anda boleh merujuk Surah Al-Nahl ayat 68 hingga 69.

Untuk kita yang sihat ini, kita boleh mengamalkan madu kelulut sebagai
Menambah tenaga untuk mereka yang aktif sepanjang hari
•Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh
•Melambatkan proses penuaan
•Menambah tenaga batin
•Meningkatkan kesuburan
•Membantu organ seperti jantung, buah pinggang dan hati berfungsi dengan baik
•Mengawal berat badan
Turut mengandungi zat mineral dan vitamin yang diperlukan tubuh
•Melancarkan pengaliran darah
Bukan setakat itu saja, banyak lagi khasiat lain dalam madu kelulut. Dibawah merupakan penyakit yang dikatakan boleh dirawat dengan mengamalkan madu kelulut
•Penyakit kencing manis
•Mengawal kandungan gula dalam darah
•Masalah haid tidak teratur
•Batuk
•Demam
•Sakit perut
•Mencegah ketumbuhan
•Mencegah kanser
•Merawat luka dalaman bagi wanita baru bersalin
•Darah tinggi
Dan banyak lagi dengan izin Allah. Bagi saya sendiri paling berkesan bila digunakan untuk menyembuhkan luka dan ulser pada mulut. Kiranya seperti minyak gamat la juga. Bagi saya sendiri, saya pernah cuba mengunakan madu kelulut dari spesies T. Binghami, H. Itama dan T. Testaceitarsis. Hasilnya sama seperti mengunakan minyak gamat. Tapi jika dapat madu yang rasa masam tu, pedih sikit la bila sapu kat luka. Tapi pastikan yang asli, bukan madu kelulut yang campuran @ tiruan @ sintetik. Setakat luka tu memang berkesan. Namun yang lain-lain tu bergantung juga kepada sumber nektar yang diambil oleh kelulut tu sendiri. Sebagai contoh, kelulut ambil nektar dari pokok misai kucing, jadi khasiat yang terdapat pada madu tu sama seperti yang terdapat pada kandungan misai kucing tu sendiri.

Tapi jangan risau, kelulut ni bijak. Kalau tak bijak pasti takkan mereka boleh kenal mana satu sarang mereka. Kelulut ni mereka tak sapu semua bunga yang ada. Senang cerita cuma bunga-bunga dari tumbuhan terpilih saja mereka akan hinggap. Jikalau anda perasan, kelulut ni ambil nektar ataupun debunga daripada tumbuhan yang mengandungi khasiat tertentu. Bunga plastik, 101% mereka takkan layan. Bijak kan? Sebab tu kandungan dalam madu kelulut ni bermacam-macam khasiatnya. Rasa dan warna pun macam-macam.

Tak rugi pun sebenarnya beli madu kelulut mahal-mahal jika dibandingkan dengan kos rawatan. Mencegah lebih baik dari mengubati. Kalau boleh, setiap rumah bela satu log kelulut. Tak kisahlah samada spesies kecil ataupun besar. Yang kita mahukan cuma khasiat dalam madu tu.

Kaedah minum madu kelulut
•1 sudu pagi dan satu sudu sebelum tidur. Kalau boleh guna sudu plastik yaaa.
Kalau masam sangat tu, anda boleh campur 1 @ 2 sudu kat air suam kemudian minum
Boleh juga campur dengan perahan air limau.
Kalau dapat madu yang kira masam tu, biasa saya campur dengan air suam. Tapi sebelum minum tu, ingat niat minum madu tu untuk apa.
Sekian....

*Madu Kelulut – Khasiat Semulajadi Dan Kebaikan Yang Luar Biasa*Madu kelulut merupakan makanan sunnah dengan pelbagai kh...
23/04/2019

*Madu Kelulut – Khasiat Semulajadi Dan Kebaikan Yang Luar Biasa*

Madu kelulut merupakan makanan sunnah dengan pelbagai khasiat dan alternatif ubat yang mujarab berbanding dengan madu dari lebah lain (Apis mellifera - Lebah madu, Apis dorsata - Lebah Tualang dan Apis cerana - Lebah Keran).

Pengambilan madu dari sumber semulajadi merupakan amalan pemakanan yang sihat oleh pelbagai lapisan masyarakat seluruh dunia.

Madu kelulut merupakan sumber tenaga harian semula jadi dengan kandungan 80-85% karbohidrat dan nutrient (asid amino, protein, asid fenolik dan lain-lain) serta 15-20% air.

Kandungan karbohidrat dalam madu kelulut terdiri daripada gula penurun seperti fruktosa dan glukosa yang mudah untuk dicerna berbanding gula yang terdapat dalam buah-buahan. Kandungan fruktosa dan glukosa dalam madu kelulut merupakan penyumbang utama yang menjadikan madu sebagai salah satu sumber tenaga dalam pemakanan.

Cadangan pengambilan madu kelulut dalam pemakanan seharian dapat membantu dalam penyerapan kalsium dan magnesium yang boleh menyumbang kepada tulang dan gigi yang lebih kuat.

Kandungan polifenol dan flavonoid dalam madu kelulut turut menyumbang kepada pelbagai khasiat perubatan seperti anti-oksida, anti-kanser, anti-bakteria, anti-virus, anti-radang dan lain-lain. Asid fenolik dalam madu kelulut mempunyai keupayaan untuk menangkap radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit kanser, Alzheimer dan juga penuaan. Hasil kajian kami di UNIMAS merekodkan aktiviti anti-oksida madu kelulut adalah 4-5 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan madu tualang.

Banyak kajian lain melaporkan keunikan amalan pemakanan madu kelulut yang mempunyai sifat anti-diabetes dan dapat menurunkan kadar glukosa darah.

Madu kelulut juga mengandungi quercetin dan protein yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh serta meningkatkan fungsi sel darah merah yang berkaitan dengan sifat anti-kanser, anti-radang, anti-bakteria, penyembuhan luka dan banyak lagi.

Madu kelulut mempunyai nilai-nilai nutrient dan manfaat yang tinggi serta sesuai untuk amalan makanan harian terutamanya sepanjang bulan Ramadan ini.

*Regards,*
*Prof Dr Zainab Ngaini* *(AMIC: M 2428/5045/07)*
- *Chemist & Professor* *(Organic Chemistry)*
- *Konsultant Bayu Kelulut*
- *Member of Malaysian Institute of Chemistry (AMIC)*

Address

L0T 3308 WISMA R&R
Jertih
22000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kebun Kelulut Chengal Rimbun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kebun Kelulut Chengal Rimbun:

Share