Pusat Rawatan Islam Al Munajat

Pusat Rawatan Islam Al Munajat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Rawatan Islam Al Munajat, Medical and health, Jitra.

05/09/2024
25/01/2024

PESAKIT BUAH PINGGANG ELAKKAN AMBIL MAKANAN INI

1. Labu
Kandungan potassium dalam isi labu adalah tinggi (340mg/100g) manakala biji labu/kuaci adalah yang tertinggi (919mg/100g). Jadi, ia perlu dihadkan pengambilannya oleh pesakit buah pinggang
2. Aprikot
Aprikot tinggi potassium tinggi yang harus dihadkan pengambilannya oleh pesakit. buah pinggang. Contohnya 40g aprikot (5-6 buah aprikot kering) mengandungi 460mg potassium

3. Kentang dan keledek
Kentang dan keledek tinggi potassium. Walau bagaimanapun merebus kentang sebanyak 2 kali boleh mengurangkan potassium sehingga 50%.
4. Tomato, bayam dan lobak bit
Tomato, bayam dan lobak bit tinggi kandungan potassium dan tidak sesuai atau perlu dihadkan pengambilannya oleh pesakit buah pinggang

5. Kurma, prun dan kismis
Kandungan potassium dalam kurma, prun dan kismis adalah tinggi dan perlu dikurangkan oleh pesakit buah pinggang. Contohnya 40g kismis kering mengandungi 299mg potassium manakala 40g prun mengandungi 292 mg potassium
6. Durian
Kandungan potassium dalam durian juga tinggi (426 mg dlm 100g isi durian) justeru perlu hadkan penggambilannya.

7. Makanan dalam tin
Makanan dalam tin seperti kekacang dan buah sering dibeli kerana harganya lebih murah. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan ini mengandungi jumlah natrium yang tinggi di mana garam ditambah sebagai pengawet untuk meningkatkan jangka hayatnya.
Oleh kerana jumlah natrium yang terdapat dalam barangan dalam tin, selalunya disyorkan bahawa orang yang mempunyai penyakit buah pinggang mengelakkan atau mengehadkan penggunaan mereka.
8. Beras perang
Seperti roti gandum, beras perang juga adalah bijirin penuh yang mengandungi kalium dan fosforus lebih tinggi daripada beras putih.
Setiap cawan (155 g) beras perang yang dimasak mengandungi 149 mg fosforus dan 95 mg kalium, manakala 1 cawan (186 g) nasi putih yang dimasak mengandungi hanya 69 mg fosforus dan 54 mg kalium.
9. Semua jenis jeruk
Makanan yang diawet biasanya mempunyai jumlah garam yang tinggi. Bagi pesakit buah pinggang, anda tidak digalakkan untuk makan jeruk secara berlebihan kerana akan menyebabkan risiko yang tidak diingini.

SAYUR YANG TINGGI POTSDIUM

Seperti bayam, kailan, brokoli, sa"i hijau, petai dan ubi keledek, anggur, nangka, ciku, durian, pisang, mangga, oren dan kurma.

walaubagaimanapun, pesakit masih boleh mengambil sayuran dan buah-buah tersebut dalam jumlah yang sedikit, ataupun mengambil sayuran dan buah-buahan yang rendah kandungan kaliumnya seperti kangkung, kobis, petola, taugeh,epal, jambu batu, pir atau nenas.

Kalium yang tinggi jika diambil boleh menyebabkan pesakit buah pinggang boleh mengalami degupan jantung yang luar biasa atau berhenti dengan tiba-tiba.

Saranan kalium bagi pesakit buah pinggang adalah kira-kira ) 1500-2000 mg sahaja sehari. Lagi yang mengambil kurma, dicadangkan mengambil kurang daripada 5 bijikerana 5 biji kurma mengandungi jumlah kalium yang melebihi 200mg

ELAKAN GARAM

Agak mustahil untuk mengelak dari mengambil garam memandangkangaram terdapat secara semulajadi di dalam kebanyakan makanan. walaubagaimanapun, jumlah penambahan garam ke dalam masakan atau makanan perlulah dikawal.

makanan yang tinggi garam perlulah dielakkan. Garam juga tersembunyi sebagai bahan pengawet di dalam makanan terproses termasuklah dalam burger, keju, telur masin, ikan kering, dan bilis.

Oleh itu, pesakit digalakkan untuk membaca label dan memeriksa kandungan garam sebelum memilih makanan yang siap dibungkus atau makanan dalam tin

ELAKAN MAKANAN TINGGI PROTEIN

Pesakit buah pinggang juga tidak dibenarkan mengambil makanan yang tinggi protein

Seperti soya, kekacang, produk tenusu dan daging
merah seperti daging lembu. Walau bagaimana pun, pesakit masih dibenarkan untuk makan daging ayam.

Ini kerana, makanan yang tinggi protein boleh
membebankan buahpinggang kerana kegagalan
buah pinggang menyebabkan protein yang diambil tidak dapat ditapis oleh buah pinggang yang bermasalah. Pesakit disarankan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan rendah protein.

29/09/2022
10/09/2022

Selalu budak menangis bila gunting rambut ini gelak pulak...

Address

Jitra

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam Al Munajat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share