03/01/2026
KENYATAAN PENAFIAN
Pihak kami ingin menjelaskan bahawa Klinik Al Fateh TIDAK mempunyai sebarang kaitan, urusan perniagaan, pemilikan atau hubungan dengan mana-mana entiti, individu atau syarikat lain yang menggunakan nama hampir sama, termasuk yang tular dalam kenyataan atau poster di media sosial.
Sebarang dakwaan, isu penipuan atau permasalahan yang melibatkan pihak lain bukan di bawah tanggungjawab kami dan tidak melibatkan operasi Klinik Al Fateh.
Kami menasihatkan orang ramai agar membuat semakan teliti sebelum berurusan dan hanya menghubungi saluran rasmi Klinik Al Fateh bagi sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan kesihatan.
Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda.
—
Pengurusan Klinik Al Fateh