11/11/2024
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah sesi rawatan beberapa hari lepas. Ada juga pesakit datang dari jauh di Felda Air Tawar 3. Kes anak ni di ganggu dapat melihat 2 makhluk berwana putih dan merah.Di sekolah pun beliau di ganggu dengan penampakkan makhluk tersebut sehingga beliau takut dan tidak dapat fokus pada pelajaran,kadang cikgu suruh beliau duduk di bilik guru. Beliau mengadu dekat rumah, dekat mana2 ada makhluk tu megekori beliau.
Tiba di rumah saya,pesakit menceritakan makhluk tu ada di pokok rumah sebelah rumah saya, makhluk tu dalam keadaan marah.Selepas sesi diagnos pesakit,saya mulakan rawatan serta menutup hijab pesakit. Selesai rawatan saya buatkan air minuman serta mandian syifa untuk rawatan susulan di rumah.
Alhamdulillah dapat berita dari emak pesakit yang anaknya dah tak nampak makhluk tersebut.. cuma ada gangguan kecil yang berlaku pada pesakit, biasa dalam proses pemulihan akan ada gangguan sepanjang pemulihan.. in shaa Allah saya sarankan untuk membuat rawatan susulan serta pembersihan dan pemagaran rumahnya.
Moga pesakit- pesakit ini serta keluarganya diberikan kesihatan rohani jasmani Dan dilindungi dari segala gangguan serangan jin Dan sihir Amin 🤲🏻
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Cukuplah Allah sebagai penolong kami"