16/10/2020
CARA CIPTA ASET SELAMAT DENGAN MUDAH DALAM MASA SINGKAT
Apabila kita sebut mengenai aset@harta, mesti terbayang dalam fikiran kita akan rumah, tanah, emas, wang dan pelaburan yang banyak. Aset yang kita kumpulkan ini tentunya untuk diri sendiri dan juga untuk diwariskan kepada keluarga tersayang. Masing-masing berlumba lumba untuk kumpul kekayaan sendiri. Islam juga memberi galakan kepada umatnya untuk mengumpul harta supaya waris yang ditinggal tidak meminta minta.
Namun tahukah anda bahawa apabila seseorang meninggal dunia, semua aset yang ditinggalkan akan dibekukan? Harta-harta ini termasuklah jumlah simpanan di bank, KWSP, Tabung Haji dan lain lain. Pengagihan harta harta ini akan melaui proses faraid. Jika si mati ada membuat penulisan wasiat, proses pengagihan akan menjadi lebih mudah.
Saya nak kongsikan dengan anda disini suatu aset yang anda boleh cipta dengan cara yang mudah, murah dan cepat. Apabila seseorang individu meninggal dunia, aset ini akan terus diberikan kepada penerima tanpa melalui proses faraid dan prosesnya adalah mudah dan sangat cepat. Pernahkah anda dengar mengenai hibah takaful? Mungkin anda sering mendengar mnegenai hibah, namun adakah anda faham? Hibah merupakan hadiah yang dibuat daripada individu ketika masih hidup kepada penerima hibah apabila beliau meninggal dunia kelak.
Secara asasnya, polisi hibah takaful ni memberi pampasan jika berlaku kematian atau pun cacat kekal. Jadi jika individu yang membeli polisi hibah ditimpa musibah hilang upaya menyeluruh kekal dan tiada upaya untuk bekerja, maka syarikat takaful akan membayar sejumlah wang pampasan yang dipersetujui kepada individu tersebut. Tidak semestinya anda meninggal dahulu baru waris akan dapat ye. Jadi polisi hibah ini juga dikatakan sebagai plan penggantian pendapatan untuk anda. Selain itu, anda juga boleh menambah satu lagi pilihan ke dalam polisi hibah ini iaitu perlindungan penyakit kritikal. Secara asasnya, terdapat 39 jenis penyakit kritikal yang akan dilindungi oleh syarikat takaful. Jika kita terkena salah satu daripada penyakit kritikal tersebut, sejumlah wang pampasan akan dibayar oleh syarikat takaful kepada kita.
Hah, bagus ke bagus sangat plan hibah takaful ni? Premium bulanan pun rendah. Serendah RM28 sahaja, yang mana ia bergantung kepada umur dan status merokok.
Minimum jumlah yang dilindungi adalah RM50 ribu. Ini adalah jumlah minimum, berapa jumlah yang sepatutnya anda ambil sebagai jumlah pampasan bergantung kepada keperluan dan bajet anda.
Saya juga nak kongsikan sedikit pengiraan untuk anda bandingkan dan nilaikan adakah plan hibah ini berbaloi untuk anda;
Simpan sendiri, RM30 tiap bulan:
RM30 x 12= RM360,
RM360 x 138.89 tahun =RM 50 ribu
Anda memerlukan 138 tahun untuk kumpulkan aset tunai berjumlah RM50 ribu.
Andai kata selepas setahun, berlaku musibah yang menyebabkan anda hilang upaya untuk bekerja, anda hanya ada RM360. Diandaikan anda tidak membuat simpanan ditempat lain kecuali hanya RM30 sebulan.
Simpan RM30 tiap bulan melalui plan hibah takaful:
RM30 x 12= RM360
Andai kata selepas setahun, berlaku musibah yang menyebabkan anda hilang upaya untuk bekerja, syarikat takaful akan membayar anda sejumlah RM50 ribu. Padahal anda baru mencarum sebanyak RM 360 setahun. Berbaloi ke berbaloi sangat..,!?
Kita tidak minta musibah melanda, namun anda mesti pernah dengar kan “ malang tidak berbau”. Dan, setiap hari ada saja kita dengar akan kemalangan yang berlaku sama ada di tempat kerja mahupun di jalan raya. Jadi tak salah kita ikhtiarkan dahulu sebelum kita letakkan tawakal kita kepada Allah s.w.t.
Jadi jangan bertangguh lagi untuk ini. Segera hubungi perunding takaful anda sebelum terlambat. Untuk sesiapa yang perlukan khidmat nasihat saya boleh hubungi saya.
Sekian,
MARIAM, AIA PUBLIC TAKAFUL BERHAD
0107797633