24/09/2022
Semalam saya didatangi seorang bekas eksekutif kelulusan oversea berusia 47 tahun. Sekilas pandang hati berkata nampak macam sarat saja penderitaan wanita ini. Walaupun dia tersenyum tetapi getaran kedukaan dia sampai ke lubuk hati.
Malas hendak buang masa, sesi terapi bermula dengan lukisan. Saya nak baca apa dalam minda dia. Selepas itu dia pun mulakan bicara untuk minta bantuan kenapa dia jadi macam ni? Dulu dia wanita yang sangat hebat tetapi sekarang....
1. Mengidap kanser selama 10 tahun dan baru-baru ini hospital sahkan sudah masuk stage 4. Tinggi semangat wanita ini, bisik hati saya.
2. Selama 10 tahun juga tidak disentuh oleh sang suami
3. Sakit dan deritanya suami hanya memandang dan menghina. Tiada pujukan dan belaian mesra malah berkata saya tunggu awak mati je ni supaya orang tak salahkan saya.
4. Tiada kekuatan untuk minta cerai. Hari-hari dijerkah oleh sang suami.
5. Sekarang suaminya dibuang kerja dan habis simpanan untuk survive kehidupan.
Ya negatif akan tarik negatif. Kalau tidak takkan ada peribahasa SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.
Hampir 3 jam, sesi dia dengan saya semalam. Air mata? Jangan cakaplah berapa banyak yang tumpah walau pada awal datang nampak macam dia sembunyikan perasaannya, pura-pura kuat.
Saya katakan pada dia jangan putus asa dan percaya Allah yang Maha Hidup dan Menghidupkan. Serahkan penyakit itu pada Allah, redha atas yang pernah berlaku supaya awak move on. Pasti awak ini orang yang hebat sebab hebatnya dugaan awak.
Sebenarnya banyak yang dirungkaikan dan biarlah ia menjadi rahsia saya dengannya.
Sebelum berpisah sempat dia berkata, 'puan, sebenarnya tak puas bila bercakap dengan puan tadi. Rasa nak lagi sebab banyaknya ilmu saya tak tahu dan hari ini banyak persoalan saya terjawap. Mana puan tahu semua ni eh? Saya katakan BACA, BELAJAR dan BERGURU. Setiap ilmu yang datang ambil yang baik dan tinggalkan yang tidak baik.
Doakan customer saya pulih dari cancernya ya. Manatau keajaiban Allah nak beri.