12/12/2022
KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS BURU PEMANDU KERETA PLAT SINGAPURA HALANG AMBULANS
Johor Bahru, 12 Disember 2022 – Polis memburu pemandu sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura yang disyaki bertindak menghalang ambulans yang berlaku di laluan dari bandar raya ini, petang kelmarin.
Kejadian itu didakwa berlaku pada pukul 4.37 petang ketika kereta jenis Mercedes Benz A180 itu dipandu menuju ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.
“Setakat ini belum ada laporan lagi, kami turut memohon agar individu yang mempunyai maklumat boleh tampil supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu, ACP Raub menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan termasuk memberi laluan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas kecemasan seperti ambulans, bomba dan polis.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.