Integration Therapy & Complimentary Academy

Integration Therapy & Complimentary Academy Perkongsian & Coaching Mengenai Khazanah Ilmu Terapi

14/07/2022

Urut kaki ni hanya perlu 10 minit sahaja untuk belajar asasnya. Tak perlu keluar modal pun. Mulakan dengan picit-picit kaki ibu, ayah, mertua dan isteri.

14/07/2022

Buat yang nak mulakan bisnes urut tapi tiada modal besar.. Mulakan urut kaki dahulu.. Nak belajar senang, nak mula urut orang pun senang..

BLUEPRINT BISNES URUT (part 2)Secara keseluruhan BLUEPRINT BISNES URUT ini Hamba Musafir rumuskan didalam 13 Tiang Solus...
14/07/2022

BLUEPRINT BISNES URUT (part 2)

Secara keseluruhan BLUEPRINT BISNES URUT ini Hamba Musafir rumuskan didalam 13 Tiang Solusi (13 Solution Pillars). 13 Tiang Solusi ini ialah hasil dari tiga belas tiang cabaran halangan terbesar yang perlu ditempuh oleh seorang peniaga urut hingga hindung mancung pun boleh jadi kemek. Jadi janganlah hairan jika hidung Hamba Musafir nampak sedikit pesek. Agak banyak juga tiang yang sudah Hamba Musafir lenyek.

1) SKILL VS TECHNIQUE (SVT)
Cerita tentang kemahiran dalam urutan. Juga cerita tentang fakta vs petua.

2) LARAS HARGA DAN KEWANGAN
Perihal cara menetapkan harga urut dan masalah kewangan tukang urut yang tiris kepada diri sendiri.

3- KITARAN PELANGGAN
Cerita tentang corong pelanggan dan sumber alirannya.

4- CABARAN PEMASARAN
Ianya tentang nama dan jenama. Bukan semua benda boleh dipasarkan dalam bisnes urutan. Salah buat makan badan.

5- PRODUK DAN CABANG PENDAPATAN
Huraian tentang membina produk dalam kitaran bisnes urut. Bab ni memang mencabar. Salah solusi tak capai destinasi.

6- CABARAN MEMBINA PELUANG
Cerita tentang ruang dan peluang. Bukan semua peluang itu menghasilkan wang. Kadangkala ianya seperti peluang, tetapi jika diambil hasilnya kecundang.

7- SENI BERKOLABURASI
Bab seni mahal dalam bisnes urut.

8- PEKERJA URUT VS PENIAGA URUT
Ini p**a cerita tentang pasukan. Dua pertembungan cara BERFIKIR membuatkan seorang peniaga urut perlu banyak BERZIKIR.

9- SENI DIPLOMASI
Ini cerita tentang solusi hubungan dalam perniagaan urutan.

10- TANGGA BISNES URUT
Ini perihal sejauh mana bisnes urut boleh pergi. Berapa dapatan dan perolehan serta solusi membina rangkaian pusat rawatan.

11- KEY PARTNER VS KILL PARTNER
Ini cerita tentang siapa sebenarnya yang MEMBANTU dan siapa sebenarnya yang MEMBATU dalam perjalanan bisnes urutan.

12- MANUAL VS TEKNOLOGI
Bab p**a tentang cabaran perkembangan teknologi.

13- PSIKOLOGI BISNES URUT
Hal berkaitan tingkat laku dan cara berfikir dalam bisnes urut

Bersambung.. (Huraian)





Credit to HM Shahdan Shamsudin

Start Up (SVT- Technically)1- 5 Jenis urutan cepat mahir (speed study).Semasa membangun bisnes urut awal 2003 dahulu Ham...
12/07/2022

Start Up (SVT- Technically)

1- 5 Jenis urutan cepat mahir (speed study).

Semasa membangun bisnes urut awal 2003 dahulu Hamba Musafir tak pandai urut langsung. Bisnes urut ni p**a kurang saingan sebab tak banyak yang minat ketika itu. Jadi kurang jugalah minat Hamba Musafir. Yalah, bila tiada saingan kita akan anggap benda tu seperti tiada perkembangan. Namun abang serta Allahyarham ayah Hamba Musafir banyak beri dorongan. Satu persatu jalan dibuka supaya Hamba Musafir nampak bahawa bisnes urut ini juga punya masa depan.

Jadi untuk pemula seperti Hamba Musafir ini, Allahyarham ayah beri Hamba Musafir satu tugasan. Bantu abang Hamba Musafir bangunkan perniagaan urutan. Sebab Allahyarham ayah banyak turunkan ilmu urutan kepada abang Hamba Musafir ketika itu. Maka perkara pertama yang Hamba Musafir belajar ialah Urutan Kaki. Rupanya besar hikmah urut kaki ni.

Bersambung... (Startup-Urut Kaki)

*Gambar kenangan. Hamba Musafir mula bangunkan pusat rawatan dengan kayu-kayu dan barangan terbuang.

Credit to : HM Shahdan Shamsudin

BLUEPRINT BISNES URUTLama dah tak kongsi perihal kesihatan dan rawatan. Ada juga mesej yang minta Hamba Musafir kongsika...
12/07/2022

BLUEPRINT BISNES URUT

Lama dah tak kongsi perihal kesihatan dan rawatan. Ada juga mesej yang minta Hamba Musafir kongsikan ilmu membangun kerjaya bisnes urut. Kemudian guru pesan p**a supaya sediakan apa yang boleh ditinggalkan sebagai bekalan. Terutama berkaitan ilmu dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan.

Maka terdetik untuk Hamba Musafir untuk menulis kembali perihal membangun bisnes urutan yang sememangnya sebati dengan diri Hamba Musafir. Bermula dari tepi jalan, rumah ke rumah dan kemudian membangun pusat rawatan. Hamba Musafir akui bahawa besar cabaran menulis ini lebih-lebih lagi Hamba Musafir juga terlibat dalam beberapa kajian rawatan secara saintifik.

Jadi, untuk sahabat-sahabat yang nak mulakan perniagaan urutan atau rawatan. Bolehlah gunakan sedikit sebanyak nota pengalaman Hamba Musafir ini sebagai pimpinan didalam perjalanan. Jika terjumpa lopak yang Hamba Musafir sudah teriak, janganlah p**a ianya dipijak.

Secara keseluruhan BLUEPRINT BISNES URUT ini Hamba Musafir rumuskan didalam 13 Tiang Solusi (13 Solution Pillars). 13 Tiang Solusi ini ialah hasil dari tiga belas dinding cabaran terbesar yang perlu ditempuh oleh seorang peniaga urut hingga hindung mancung boleh jadi kemek. Jadi janganlah hairan jika hidung Hamba Musafir nampak sedikit pesek. Agak banyak juga dinding yang sudah Hamba Musafir lenyek.

1-Skill Vs Technique (SVT)

Bab ni memang seronok. Dekat 3 tahun juga Hamba Musafir nak memahami rentak dua benda yang berbeza ni. Terkadang tu kerana dua benda ini jugalah buat ramai tukang urut bergaduh sesama sendiri. Bergaduh mempertahankan teknik dan skil mana paling betul. Jadi dah boleh bayangkan kenapa hidung Hamba Musafir sedikit pesek bukan.

Sebelum pergi jauh, kita fahami dulu beza teknik dan skil. Teknik ni ibarat keupayaan memandu kenderaan, manakala skil ialah keupayaan menuju destinasi. Ada orang pandai bawa kereta, tapi tak tahu nak pergi mana. Ada orang tahu nak pergi mana tapi tak tahu bawa kereta. Mudah fahamnya, keduanya penting belaka. Namun kena ingat, orang yang tahu bagaimana untuk menuju ke destinasi tidak semestinya perlu tahu memandu kenderaan. Jika tahu ianya satu bonus tambahan. Kalau tak faham, ulang semula bacaan. Nanti ada masa Hamba Musafir huraikan lagi bab ni. Memang seronok cerita dia. Cuma nak tulis kat sini panjang sangat.

Dalam Tiang SVT ni Hamba Musafir pecahkan kepada tiga tingkatan iaitu start up, biginer dan master. Setiap peringkat ni solusinya berbeza berdasarkan cabaran pada peringkat itu sendiri.

Bersambung... (Start Up)

Credit to : HM Shahdan Shamsudin

Address

39 Jalan Sentral 2 Taman Nusa Sentral
Johor Bahru
79100

Telephone

+60137171217

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Integration Therapy & Complimentary Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share