26/10/2024
Selamat Hari Terapi Cara Kerja Sedunia 2024!
Majlis sambutan Hari Terapi Cara Kerja Sedunia peringkat negeri Johor telah berjaya berlangsung dengan penuh meriah hari ini di Kompleks Sukan Hospital Permai, dirasmikan oleh Dr. Fathi Zaki. Acara ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai permainan tradisional yang menghiburkan, termasuk bowling kelapa, bola beracun, pancing botol, dan tarik tali. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyatukan kita semua, tetapi juga memperkukuh kesedaran tentang kepentingan Terapi Cara Kerja dalam masyarakat.
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur dari Hospital Sultan Ismail, Hospital Kota Tinggi, dan Hospital Mersing yang telah bekerja keras menjayakan acara ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada para pelatih Diploma Jurupulih Cara Kerja daripada ILKKM Johor Bahru yang turut serta membantu melancarkan program ini. Tema tahun ini, “Occupational Therapy for All”, mengingatkan kita semua tentang peranan Terapi Cara Kerja dalam membantu setiap individu menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dan hadir bagi menjayakan ! 🎉