10/02/2023
Luka Kencing Manis
Cara penjagaan Luka Kencing Manis amat memerlukan pencucian yang rapi.
Secara umum :
✅ Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
✅Pemakanan yang sihat
✅Kawal paras gula
✅Pengawalan berat badan
✅Memastikan tubuh berada pada tahap kesihatan optimum
Secara khusus :
✅Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan dirawat dengan betul ( lakukan ‘dressing’ atau rawatan cuci luka
✅Pastikan bahagian luka cedera atau jahit sentiasa kering terutama 24 jam pertama
jika diberikan ubat sapuan ( krim) : cuci luka terlebih dahulu dengan air bersih atau saline, kemudian sapukan ubat (krim) antiseptik atau antibakteria dengan nipis ( bagi membolehkan pengudaraan di bahagian luka dan membantu luka kering)
✅Jangan usik bahagian luka yang mula mengering; misalnya cuba untuk mencungkil parut kering atas luka (‘scab’) kerana ini mungkin boleh menyebabkan luka atau jangkitan semula dan luka akan lambat sembuh
✅Luka jahit dan luka bedah perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka. Antara tanda-tanda jangkitan kuman adalah : terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka, kulit sekitar bahagian tersebut merah dan bengkak, luka seperti terbuka, bertambah sakit dan kemungkinan demam
✅Jika luka dibalut : tukar balutan setiap hari atau apabila menjadi basah/kotor
habiskan antibiotik jika diberi oleh doktor
Untuk sebarang pertayaan anda boleh mendapatkan perkhidmatan NurNursingService untuk Khidmat Cucian Luka di Rumah dan Penjagaan Luka yang betul.
*Office Hours*klik link dibawah
https://wa.link/zmo4uy