Klinik Kesihatan Taman Universiti

Klinik Kesihatan Taman Universiti Disclaimer:Sebarang pertanyaan sila rujuk ke kaunter pendaftaran di Klinik Kesihatan Taman Universiti

[PENGUMUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI & HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR] ๐ŸŒ™๐ŸฅAssalammualaiku...
16/03/2026

[PENGUMUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI & HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR] ๐ŸŒ™๐Ÿฅ

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera warga Taman Universiti.

Sila ambil maklum mengenai penutupan sementara operasi Klinik Kesihatan Taman Universiti bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor mengikut ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ TARIKH DITUTUP: 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 24 Mac 2026 (Selasa)
โœ… DIBUKA SEMULA: 25 Mac 2026 (Rabu) | Jam 8:00 Pagi

โš ๏ธ PESANAN MESRA:

Bagi kes KECEMASAN, sila terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) atau Hospital Sultan Ismail (HSI) atau CALL 999.

Pastikan STOK UBAT anda mencukupi sebelum 20 Mac.

Pesakit yang mempunyai TEMUJANJI pada tarikh cuti, sila hadir ke kaunter pendaftaran pada hari bekerja untuk penetapan tarikh baharu.

Pihak pengurusan dan seluruh warga KK Taman Universiti ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri! ๐Ÿ•Œโœจ

โœจ AHLA WA SAHLAN YA RAMADHAN โœจAssalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Taman Universiti.Alhamdulillah, kita dipertemuka...
18/02/2026

โœจ AHLA WA SAHLAN YA RAMADHAN โœจ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Taman Universiti.

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

Pihak Klinik Kesihatan Taman Universiti ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa bagi tahun 2026M / 1447H kepada seluruh umat Islam.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk kita menjadi insan yang lebih baik, lebih sihat, dan sentiasa dalam rahmat-Nya.

Selamat berpuasa! Jangan lupa bersahur ya! ๐ŸŒ™๐Ÿ›

Ikhlas daripada,
Kakitangan Klinik Kesihatan Taman Universiti

๐Ÿฎโœจ MERIAHNYA FEBRUARI! DUA PERAYAAN, SATU KOMUNITI โœจ๐ŸŒ™Salam Sejahtera Warga Taman Universiti! โค๏ธBulan ini cukup istimewa ...
14/02/2026

๐Ÿฎโœจ MERIAHNYA FEBRUARI! DUA PERAYAAN, SATU KOMUNITI โœจ๐ŸŒ™

Salam Sejahtera Warga Taman Universiti! โค๏ธ

Bulan ini cukup istimewa kerana kita bakal menyaksikan pertembungan dua peristiwa besar dalam kalendar Malaysia. Suasana "Kongsi Raya" kembali lagi apabila Tahun Baru Cina disambut beriringan dengan permulaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Inilah uniknya Malaysia, kemeriahan dikongsi bersama tanpa mengira bangsa dan agama! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ—“๏ธ PENGUMUMAN PENUTUPAN OPERASI KLINIK ๐Ÿ—“๏ธ

Sempena cuti umum berkembar ini, Klinik Kesihatan Taman Universiti akan DITUTUP pada tarikh berikut:

๐Ÿ”ด Tahun Baru Cina: : 17 & 18 Februari 2026 Selasa & Rabu
๐Ÿ”ด Awal Ramadhan: 19 Februari 2026 Khamis

Klinik akan beroperasi seperti biasa pada 16 Februari 2026 (Isnin) dan 20 Februari 2026 (Jumaat)

๐Ÿ’ก PESANAN KHAS DARI DOKTOR ANDA:

๐Ÿ’Š Stok Ubat: Kepada pesakit kronik (Darah Tinggi/Kencing Manis), sila pastikan bekalan ubat anda mencukupi sepanjang tempoh cuti panjang ini. Jangan tunggu ubat habis baru nak cari farmasi ya!

๐ŸŠ Makan Berhemah: Musim perayaan sinonim dengan limau dan kuih bakul. Bagi yang meraikan, nikmati juadah secara sederhana. Kurangkan gula, lebihkan senyuman.

๐Ÿ’ง Persediaan Puasa: Bagi yang bakal menyambut Ramadhan, mulakan hidrasi yang cukup (minum air kosong) dan persiapkan diri untuk bersahur.

๐Ÿš‘ Jika berlaku sebarang KECEMASAN semasa tempoh penutupan, sila terus ke Jabatan Kecemasan hospital yang berhampiran dengan segera.

Pihak klinik ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Tionghua dan Selamat Menyambut Awal Ramadhan kepada umat Islam. Semoga perayaan ini membawa kesejahteraan dan keberkatan buat semua.

Jaga diri, jaga kesihatan! ๐Ÿ’ช

Ikhlas, Klinik Kesihatan Taman Universiti

09/02/2026
08/02/2026

Darah Emas. Rh Null.

Hanya 43 orang dalam sejarah dunia pernah direkodkan memilikinya.

Bukan 43 ribu. 43 orang.

Ini bukan darah biasa. Ini satu keajaiban biologi.

Secara saintifik, sel darah merah mereka "bogel". Kosong. Tak ada satu pun daripada 61 jenis antigen dalam sistem Rh.

Darah mereka sangat "tulen" sampaikan ia boleh dipindahkan ke mana-mana manusia di muka bumi yang ada masalah darah rare, tanpa sebarang penolakan.

Badan mereka adalah "Kunci Universal".

Kalau saintis jumpa pemilik darah ni, mereka bukan dilayan macam pesakit. Mereka dilayan macam aset paling berharga. Setitik darah mereka bernilai ribuan dolar untuk kajian sains. Sampel darah mereka disimpan dalam peti besi beku di Paris dan Bristol.

Tapi ironinya kejam.

Pemilik Rh Null boleh selamatkan 8 bilion manusia.
Tapi 8 bilion manusia tak boleh selamatkan dia.

Sebab badan dia akan tolak semua jenis darah lain. Dia hanya boleh terima darah dari geng "Darah Emas" yang lain saja.

Penderma terhebat. Tapi penerima paling sunyi.

06/02/2026

Sambutan CNY di KK Taman Universiti :)

๐Ÿฎ Gong Xi Fa Cai dari KK Taman Universiti! ๐ŸฎMemang "onz" habis sambutan Chinese New Year di Klinik Kesihatan Taman Unive...
06/02/2026

๐Ÿฎ Gong Xi Fa Cai dari KK Taman Universiti! ๐Ÿฎ
Memang "onz" habis sambutan Chinese New Year di Klinik Kesihatan Taman Universiti hari ini! ๐Ÿงจโœจ Dari pagi tadi suasana dah mula ceria dengan hiasan tanglung merah dan lagu raya cina yang menceriakan suasana.

Bukan setakat pesakit yang datang, tapi warga kerja KK pun nampak bersemangat berpakaian serba merah dan tradisi. Inilah masanya kita eratkan silaturahim sambil beramah mesra dengan komuniti setempat. ๐ŸŠ

Apa yang menarik hari ini?
Dekorasi Meriah: Port bergambar yang cantik untuk kenang-kenangan. ๐Ÿ“ธ

Agihan Limau Mandarin: Simbol kemurahan rezeki dan tuah buat semua pengunjung.

Senyuman Ceria: Walaupun sibuk bertugas, semangat "Gong Xi" tetap di hati!

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan suasana.

Kami di KK Taman Universiti ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya. Semoga tahun Kuda ini membawa kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang melimpah-ruah buat kita semua! ๐ŸŽ๐Ÿ’ช

Cai

Program Santai Sihat bersama Komuniti Kariah Sri Pulai & Teratai, ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธSabtu ini, 24 Januari 2026Di Dataran Dalam, Masjid...
23/01/2026

Program Santai Sihat bersama Komuniti Kariah Sri Pulai & Teratai, ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ
Sabtu ini, 24 Januari 2026
Di Dataran Dalam, Masjid Taman Sri Pulai
Bermula 8:00 pagi - 1:00 Tengahari
Anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Taman Universiti, Masjid Taman Sri Pulai & Komuniti
Ada :
* Pemeriksaan Pergigian Percuma
* Saringan Kesihatan Percuma
* Saringan Kesihatan Wanita Percuma
* Ceramah Kesihatan & Permakanan Sihat Bulan Ramadhan
* Senamrobik & Sukaneka ๐Ÿ•บ๐Ÿป
* Pameran Kenali Ubat Anda
* Pelbagai Pameran Kesihatan & Permakanan
* Beramah mesra bersama Pegawai Perubatan dari KK Taman Universiti,
Jamuan insya Allah disediakan
Jom hadir,
Ketahui status kesihatan anda,
Tanyalah apa aje tentang kesihatan & Fasiliti kemudahan yang ada di KK Taman Universiti

Jaga kesihatan sedara,Kesihatan adalah amanah. Bila tubuh sihat, ibadah pun lebih sempurna,Program Santai Sihat bersama ...
20/01/2026

Jaga kesihatan sedara,
Kesihatan adalah amanah.
Bila tubuh sihat, ibadah pun lebih sempurna,

Program Santai Sihat bersama Komuniti Kariah Sri Pulai & Teratai, ๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ
Sabtu ini, 24 Januari 2026
Di Dataran Dalam, Masjid Taman Sri Pulai
Bermula 8:00 pagi - 1:00 Tengahari
Anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Taman Universiti, Masjid Taman Sri Pulai & Komuniti

Ada :
* Pemeriksaan Pergigian Percuma
* Saringan Kesihatan Percuma
* Saringan Kesihatan Wanita Percuma
* Ceramah Kesihatan & Permakanan Sihat Bulan Ramadhan
* Senamrobik & Sukaneka ๐Ÿ•บ๐Ÿป
* Pameran Kenali Ubat Anda
* Pelbagai Pameran Kesihatan & Permakanan
* Beramah mesra bersama Pegawai Perubatan dari KK Taman Universiti,

Jamuan insya Allah disediakan
Jom hadir,
Ketahui status kesihatan anda,
Tanyalah apa aje tentang kesihatan & Fasiliti kemudahan yang ada di KK Taman Universiti,

Semuanya percuma aje tau,
Badan sihat hidup sejahtera,
Penyakit jauh hati pun gembira ...
Terbuka kepada semua sekeluarga hadir,
Meriahkan program kesihatan ini,
Semua ini untuk anda.... ๐Ÿ’•

Dah tengok belum kenyataan media terbaru dari JPA? Memandangkan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam dua-dua jatu...
08/01/2026

Dah tengok belum kenyataan media terbaru dari JPA?

Memandangkan Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Thaipusam dua-dua jatuh pada hari Ahad (1 Februari 2026), maka kita akan dapat satu (1) hari sahaja cuti gantian iaitu pada hari Isnin, 2 Februari 2026.

Jadi, Isnin tu bolehlah kita berehat sekejap. Tapi jangan risau! Bagi anda yang dah plan nak buat saringan kesihatan , saringan minda sihat atau ada temu janji kesihatan, Klinik Kesihatan Taman Universiti masih beroperasi seperti biasa pada hari Selasa (3 Februari 2026). ๐Ÿฅโœจ

Tak perlu kalut, tak perlu stres. Cuti satu hari pun dah cukup untuk recharge tenaga sebelum kita sambung jaga kesihatan diri.

Jom kita manfaatkan cuti ni dengan sebaiknya! โค๏ธ

Address

Jalan Kebudayaan 28, Taman Universiti
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075216805

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Taman Universiti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram