Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan

Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Jalan denai 1 kempas baru, Johor Bahru.

13/01/2025
Pemantauan PSK Johor Tahun 2025Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.Tarikh :7 Januari 2025 (Selasa)Masa :12.30 Ten...
13/01/2025

Pemantauan PSK Johor Tahun 2025
Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.

Tarikh :
7 Januari 2025 (Selasa)
Masa :
12.30 Tengahari
Tempat :
Jagaan Warga Emas Nur Ehsan

Pemantauan Inspektorat telah dilaksanakan oleh Unit Komuniti JKM Negeri Johor - JKMNJ yang bertujuan menyemak dan memeriksa dokumentasi pentadbiran dan laporan kewangan Bantuan Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

05.01.2025Lawatan pembuka tirai tahun baru 2025 daripada ARBC Bikers..🥰      Seramai 70 orang ahli ARBC Bikers yang hadi...
06/01/2025

05.01.2025
Lawatan pembuka tirai tahun baru 2025 daripada ARBC Bikers..🥰

Seramai 70 orang ahli ARBC Bikers yang hadir bagi menyantuni warga emas yang tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas.
Pihak Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ARBC Bikers diatas kesudian menganjurkan Program bersama warga emas di Nur Ehsan ini serta sumbangan-sumbangan yang diberikan..😊
--------------------------------------------------------------------------
📌Sebarang pertanyaan untuk urusan pendaftaran warga emas atau berhajat untuk membuat program di pusat jagaan ini, boleh hubungi petugas di talian:

http://www.wassap.my/0137940350 (En. Saiful)
http://www.wassap.my/0107641379 (Pn. Umi)
http://www.wassap.my/0104591379 (Pejabat)

🌸Perkhidmatan Penyayang🌸

SELAMAT TAHUN BARU 2025 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA..🤗🥳
03/01/2025

SELAMAT TAHUN BARU 2025 KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA..🤗🥳

17/11/2024

JAWATAN KOSONG..!!
JURURAWAT TERLATIH/PESARA JURURAWAT DIPERLUKAN SEGERA..!!
👉 Di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan cawangan Ledang.
Lot 3279, Jalan Hj. Bahar, Batu 3 1/2, Parit Bunga, 84000 Ledang Johor
👉 Khas kepada Jururawat Terlatih/Pesara Jururawat
👉 Gaji Basic Rm2,000.00
👉 keutamaan kpd yg boleh memandu & mempunyai lesen memandu.
👉 Kemudahan Tempat tinggal, makan/minum disediakan.
👉 potongan KWSP/SOCSO/SIP selepas tamat PERCUBAAN 3 Bulan
👉 Uniform Nur ehsan disediakan..selepas tamat PERCUBAAN 3 Bulan
👉 Seminggu 1 Hari off /PH ikut giliran
👉 Sila hantar resume anda email : nurehsan2007@gmail.com
👉 Atau hubungi pejabat di talian 010-4591379

Pada 26 Oktober 2024 yang lalu, telah diadakan Program Kesihatan Tanggungjawab sosial korporat di Pusat Jagaan Warga Ema...
08/11/2024

Pada 26 Oktober 2024 yang lalu, telah diadakan Program Kesihatan Tanggungjawab sosial korporat di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan anjuran Affin Bank Southern Region Group melibatkan seramai 100 orang peserta dan 60 orang penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

Aktiviti yang dijalankan adalah Gotong-Royong seluruh kawasan pusat jagaan serta mengecat tembok luar pusat jagaan yang mana warnanya sudah lusuh.

Pihak Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Affin Bank diatas kesudian menganjurkan Program bersama warga emas di Nur Ehsan ini serta sumbangan-sumbangan yang diberikan..😊

--------------------------------------------------------------------------

📌Sebarang pertanyaan untuk urusan pendaftaran warga emas atau berhajat untuk membuat program di pusat jagaan ini, boleh hubungi petugas di talian:
http://www.wassap.my/0137940350 (En. Saiful)
http://www.wassap.my/0107641379 (Pn. Umi)
http://www.wassap.my/0104591379 (Pejabat)
🌸Perkhidmatan Penyayang🌸

26 Oktober 2024Lawatan kerja sosial serta sumbangan barang keperluan daripada YB Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat, Ahli Parl...
08/11/2024

26 Oktober 2024

Lawatan kerja sosial serta sumbangan barang keperluan daripada YB Tuan Haji Suhaizan bin Kaiat, Ahli Parlimen Pulai ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan cawangan Kempas.

Yb mengambil kesempatan beramah mesra bersama penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat jagaan warga eams nur ehsan ini. selain itu, YB juga turut berkesempatan meraikan penghuni-penghuni yang lahir pada bulan Oktober di sini. 😊

Terima kasih diucapkan kepada YB kerana sudi melapangkan masa berkunjung ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan ini serta meyerahkan sumbangan barangan keperluan kepada pihak kami. 😊

Aktiviti harian penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Johor Baru bersama pelajar praktikal . Objektif utama aktiviti harian i...
21/10/2024

Aktiviti harian penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Johor Baru bersama pelajar praktikal .

Objektif utama aktiviti harian ini diadakan bagi bertujuan penghuni meningkatkan interaksi sosial antara satu sama lain,dapat membantu mengurangkan perasaan kesunyian dan meningkatkan kesejahteraan emosi setiap penghuni . Selain itu,penghuni dapat melatih diri sendiri kemahiran motor halus bagi menggalakkan penghuni untuk menggunakan tangan dan jari mereka dalam melakukan pelbagai jenis aktivit yang halus , seperti memegang dan menyerahkan objek yang dapat membantu dalam mengekalkan koordinasi motorik .

Oleh itu,perlu ada sifat keyakinan diri bagi menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya . Dapat memberi rasa pencapaian dan meningkatkan keyakinan diri setiap penghuni .

Sebarang pertanyaan untuk urusan pendaftaran atau berhajat untuk membuat sumbangan, boleh hubungi petugas di talian:

http://www.wassap.my/0137940350 (En. Saiful)
http://www.wassap.my/0127780741 (Pn Umi)
http://www.wassap.my/0104591379 (pejabat)

🌸Perkhidmatan Penyayang🌸

"Healthy Bone, Healthy Life"      Pada 14 Oktober 2024 yang lalu, telah diadakan Program Kesihatan "Healthy Bone, Helath...
18/10/2024

"Healthy Bone, Healthy Life"

Pada 14 Oktober 2024 yang lalu, telah diadakan Program Kesihatan "Healthy Bone, Helathy Life" di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan anjuran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pelajar Kursus Diploma Lanjutan Penjagaan Ortopedik sesi Mac 2024 melibatkan seramai 35 orang pelajar dan 60 orang penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan

Obtektif utama penganjuran program adalah untuk memberi pendedahan awal tentang penjagaan kesihatan tulang bagi mengurangkan risiko penyakit tulang dan trauma.

Pihak Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ILKKM diatas kesudian menganjurkan Program bersama warga emas di Nur Ehsan ini serta sumbangan-sumbangan yang diberikan..😊

--------------------------------------------------------------------------

📌Sebarang pertanyaan untuk urusan pendaftaran warga emas atau berhajat untuk membuat program di pusat jagaan ini, boleh hubungi petugas di talian:

http://www.wassap.my/0137940350 (En. Saiful)
http://www.wassap.my/0107641379 (Pn. Umi)
http://www.wassap.my/0104591379 (Pejabat)

🌸Perkhidmatan Penyayang🌸

"Program Jelajah Jom Kenal Ubat 2024" Anjuran daripada Farmasi Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama IPG Larkin Johor ...
16/10/2024

"Program Jelajah Jom Kenal Ubat 2024" Anjuran daripada Farmasi Kesihatan Negeri Johor dengan kerjasama IPG Larkin Johor Bahru, diadakan serentak di dua Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Lelaki dan Wanita melibatkan seramai 40 orang perserta..

"PAKEJ URUTAN TRADISIONAL" di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan🤗Antara perkhidmatan yang ditawarkan : (Lelaki sahaja)- U...
11/10/2024

"PAKEJ URUTAN TRADISIONAL" di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan🤗

Antara perkhidmatan yang ditawarkan : (Lelaki sahaja)

- Urutan Badan
- Bekam Angin
- Bekam Darah
- Refleksologi

Urutan dibuat oleh terapis berpengalaman..😊

Ayuh tempah sekarang....!! Slot terhad..!!

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi petugas di talian 010-459 1379 (Admin)..

26 September 2024 (Khamis)     Pihak Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan menerima Jemputan ke Program Prihatin Komuniti Da...
27/09/2024

26 September 2024 (Khamis)

Pihak Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan menerima Jemputan ke Program Prihatin Komuniti Daerah johor Bahru anjuran Yayasan Sultan Ibrahim dan Redtone Group bertempat di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bantuan disampaikan oleh YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim kepada beberapa Pusat Jagaan berdaftar dan Institusi JKM di Daerah Johor Bahru. 😊

[21 September 2024]Sabtu      Program Santunan Kasih Warga Emas Nur Ehsan "We Care We Love" bersama Komuniti Madani PPR ...
27/09/2024

[21 September 2024]
Sabtu

Program Santunan Kasih Warga Emas Nur Ehsan "We Care We Love" bersama Komuniti Madani PPR Kempas Permai di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas anjuran Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (SMK) PPR Kempas Permai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pelbagai aktiviti bersama warga diadakan sepanjang program berlansung antaranya :
- Senamrobik
- Sambutan Hari Lahir
- Pelbagai permainan dalaman (Indoor Games)
- Karaoke
- Jamuan minum pagi dan makan tengahhari

Pihak Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KPKT diatas kesudian menganjurkan Program bersama warga emas di Nur Ehsan ini serta sumbangan-sumbangan yang diberikan..🥰

--------------------------------------------------------------------------

📌Sebarang pertanyaan untuk urusan pendaftaran warga emas atau berhajat untuk membuat program di pusat jagaan ini, boleh hubungi petugas di talian:

http://www.wassap.my/0137940350 (En. Saiful)
http://www.wassap.my/0107641379 (Pn. Umi)
http://www.wassap.my/0104591379 (Pejabat)

🌸Perkhidmatan Penyayang🌸

Salam Maulidur Rasul 1446H/2024MMari melangkah dan bersama mengingati perjuangan Nabi SAW dengan sentiasa berselawat ke ...
16/09/2024

Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M
Mari melangkah dan bersama mengingati perjuangan Nabi SAW dengan sentiasa berselawat ke atas-Nya

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2024 🥰
01/09/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2024 🥰

BismillahJemput join program kami. Ajak rakan, kawan & sahabatAjak abang, adik & kakakAjak Keluarga, adik beradik & saud...
01/09/2024

Bismillah

Jemput join program kami.
Ajak rakan, kawan & sahabat
Ajak abang, adik & kakak
Ajak Keluarga, adik beradik & saudara mara.

Berikut merupakan butiran program:-
Tarikh : 6Sep2024 & 7Sep2024
Hari : Jumaat & Sabtu
Masa : 8.00pg-5.00pt
Lokasi : Dewan Taklimat, Pusat Jagaan Warga Emas Nurehsan
Lot 3353 MLO 1034 Jalan Denai 1 Kempas Baru 81200 Johor Bahru Johor.

Berminat bole terus hubungi no.tel yg tertertera..010-4591379 (Pejabat)

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum W.T.B...🌸PEMBUKAAN PUSAT JAGAAN RUMAH PERLINDUNGAN NUR EHSAN🌸🌹 "Pusat Jagaan R...
21/08/2024

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum W.T.B...

🌸PEMBUKAAN PUSAT JAGAAN RUMAH PERLINDUNGAN NUR EHSAN🌸

🌹 "Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Nur Ehsan" telah ditubuhkan pada 10 Ogos 2024 yang lalu oleh Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor bagi menempatkan golongan Muallaf dan Gelandangan dari kalangan warga emas Islam yang tidak berwaris dan hidup melarat..

🌹 Penubuhan Rumah perlindungan Nur Ehsan ini merupakan salah satu inisiatif pihak persatuan bagi membantu agensi kerajaan (JKM & JAIJ) yang menghadapi kesukaran bagi menyediakan penempatan khas bagi golongan Muallaf dan Gelandangan yang tidak berwaris ini...

🌹 Tujuan utama penubuhan Rumah Perlindungan Ehsan ini juga adalah bagi memberi bimbingan agama kepada golongan saudara baru (Muallaf) melalui kelas-kelas pengajian agama yang akan disusun oleh pihak persatuan selain daripada khidmat penjagaan dan rawatan yang diberikan di sini...

🌹 Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor mengalukan-alukan apa jua bentuk sumbangan kepada Rumah Perlindungan Nur Ehsan ini dari segi kewangan mahupun barangan keperluan daripada para penyumbang yang dermawan di luar sana...

🌹 Sumbangan berbentuk kewangan boleh disalurkan ke akaun berikut:-

🌸 Pusat Jagaan Rumah Perlindungan Nur Ehsan 🌸
5510 8940 3212
Maybank

ataupun terus ke Rumah Perlindungan Nur Ehsan yang beralamat :

🏡 No 12, LC 382, Jalan Payamas, Taman Sentosa, 84900, Tangkak, Johor.
https://maps.app.goo.gl/T99sAaF4hr4zDHfD7

🌹 Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan dibalas oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran... Insyaallah, Amin..🤲🏼

🌹 Sebarang pertanyaan berkaitan "Rumah Perlindungan Nur Ehsan" boleh hubungi petugas di talian 016-7137884.

'Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya arhamarrohimin'
Amin ya Allah..🤲🏼

15 ogos 2024, Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan telah mengadakan Program Latihan Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi A...
06/08/2024

15 ogos 2024,

Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan telah mengadakan Program Latihan Keselamatan Kebakaran dan Demonstrasi Alat Pemadam Api daripada Jabatan Bomba cawangan Kempas bertempat di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Jalan Denai 1.

Program Latihan Kebakaran melibatkan seramai 60 orang penghuni pusat jagaan berserta 15 orang petugas Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan.

Pihak Nur Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Balai Bomba Kempas diatas penerangan dan latihan keselamatan kebakaran yang diberikan. semoga ianya bermanfaat kepada seluruh warga Nur Ehsan sekiranya berlakunya kecemasan serta perka-perkara yang tidak diingini di Pusat Jagaan ini. 😊

Address

Jalan Denai 1 Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:00

Telephone

+60104591379

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan:

Share