ProCare - Pusat Penjagaan Ibu Selepas Bersalin

ProCare - Pusat Penjagaan Ibu Selepas Bersalin ProCare Confinement Centre menyediakan perkhidmatan penjagaan berpantang yang terbaik untuk anda di Johor Bahru.

Dalam keseronokan anda menerima kehadiran bayi, mungkin terselit perasaan tidak pasti atau khuatir. Kami bersedia membantu anda untuk menikmati tempoh berpantang yang indah. Anda dan bayi akan dilayan 24 jam oleh staf kami yang profesional bagi menjamin keselesaan dan keselamatan kalian. Bagi melancarkan proses penyembuhan anda selepas bersalin, anda akan menikmati menu berkhasiat dan seimbang yan

g disediakan oleh pakar pemakanan kami. Pilihan makanan Halal dan vegetarian juga disediakan untuk pelbagai bangsa. Fasa keibuan merupakan satu pengalaman yang begitu indah. Jom hubungi kami dengan segera untuk mengetahui tawaran kami dengan lebih lanjut! PM atau WhatsApp kami untuk maklumat pakej terbaru!

Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kebebasan  yang telah dikecapi selama ini!Selamat Menyambut Hari Malay...
16/09/2022

Terima kasih Malaysia di atas nikmat keamanan dan kebebasan yang telah dikecapi selama ini!

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2022 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tulus ikhlas daripada kami, Pro Care πŸ˜‡

31/08/2022

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kami dari pihak Pro Care ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-65 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Marilah kita sama-sama berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita dan sambutlah Hari Kemerdekaan tahun ini lebih bersemangat dengan jiwa yang penuh semangat patriotisme! πŸ’–

Burung murai hinggap di dahan, Mencari makan untuk bekalan, Hayati Hijrah dengan kesungguhan, Penuh dengan lambang pengo...
30/07/2022

Burung murai hinggap di dahan,
Mencari makan untuk bekalan,
Hayati Hijrah dengan kesungguhan,
Penuh dengan lambang pengorbanan.

Salam Awal Muharram
1 Muharram 1444 | 30 Julai 2022M πŸ’ž
Tulus ikhlas daripada kami, ProCare. πŸ˜‡

Indahnya lisan berbuah kata,Indahnya kata menyucikan hati,Suasana hening tidak terkata,Segala pengorbanan hendaklah dari...
10/07/2022

Indahnya lisan berbuah kata,
Indahnya kata menyucikan hati,
Suasana hening tidak terkata,
Segala pengorbanan hendaklah dari hati.

Selamat Hari Raya AidilAdha πŸ’ž
Tulus ikhlas daripada kami, ProCare. πŸ˜‡

Setiap penat lelahmu, Setiap titik peluhmu,Segala keringatmu,Tiada tolok bandingnya.Jasa dan pengorbananmu tak dapat kam...
19/06/2022

Setiap penat lelahmu,
Setiap titik peluhmu,
Segala keringatmu,
Tiada tolok bandingnya.

Jasa dan pengorbananmu tak dapat kami hitung ~
Terima kasih menjaga dan mendidik anakmu dengan sabar dan ikhlas.

Selamat Hari Ayah! πŸ§”β€β™‚οΈβ£οΈ
Ikhlas daripada kami, ProCare. ✨

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Ag...
06/06/2022

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI sempena Ulang Tahun yang ke-16 ini. Semoga dianugerahkan dengan segala kewibawaan, kebesaran dan kehormatan yang tinggi. Daulat Tuanku! πŸ™πŸ‘‘

Ikhlas daripada kami, ProCare.

Peluang Kerjaya sebagai Jururawat di ProCareπŸ‘©β€βš•Skop tugasan utama :βœ… Mempunyai bakat kepimpinan bagi memastikan prosedur...
12/05/2022

Peluang Kerjaya sebagai Jururawat di ProCareπŸ‘©β€βš•

Skop tugasan utama :
βœ… Mempunyai bakat kepimpinan bagi memastikan prosedur kejururawatan dijalankan mengikut protokol dan garis panduan yang betul.
βœ… Melakukan pemantauan dan merekod keadaan si ibu dan bayi setiap hari.
βœ… Segera melakukan penjagaan yang rapi dengan menjalankan beberapa prosedur penting bagi menangani masalah yang dihadapi oleh si ibu jika emosi dan fizikalnya terganggu.
βœ… Memastikan bayi baru lahir menyusu tepat pada waktu yang ditetapkan selain menjaganya.
βœ… Memastikan bayi dan bilik bayi dalam keadaan yang bersih dan selamat.
βœ… Berkongsi ilmu kepada ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata tentang penjagaan atau apa-apa masalah selepas bersalin.
βœ… Bertindak balas dengan cepat jika mempunyai sebarang masalah sekaligus dapat meminimumkan masalah tersebut pada tepat waktunya.
βœ… Pemantauan yang dilakukan ke atas si ibu dengan menggunakan kaedah penunjuk prestasi kualiti (quality performance indicators) secara berterusan.
βœ… Mengadakan kelas latihan untuk bapa dan ibu.


*Memiliki Diploma / Ijazah Kejururawatan yang diiktiraf.
*Sekurang-kurangnya 2 Tahun mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan diperlukan untuk jawatan ini.
*Boleh bekerja pada waktu siang dan malam (shift 12 jam).
*Jururawat yang sudah bersara juga digalakkan untuk memohon.
*Mahir dalam Kejururawatan dan penjagaan bayi.
*Jururawat yang pernah berjawatan Penolong Pegawai Kanan Perubatan | Jururawat/Pembantu Perubatan.
*Mempunyai lesen APC dan LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA yang telah berdaftar.

Hubungi kami:
πŸ“ž 010-7602526 https://bit.ly/3OJYsro

Saat orang lain berbaju cantik berkasut tumit tinggi untuk pergi bekerja,Dia seringkali bertudung putih pergi ke kerja.S...
12/05/2022

Saat orang lain berbaju cantik berkasut tumit tinggi untuk pergi bekerja,
Dia seringkali bertudung putih pergi ke kerja.

Saat orang lain bekerja menggunakan pen dan kertas,
Dia hanya menggunakan jarum dan ubat.

Saat orang meninggalkan keluarga mereka di hospital,
Dia mengambil alih tugas untuk menjaganya segala.

Saat orang bergembira bercuti ke sana ke sini,
Dia sentiasa bertungkus lumus jarang cuti bekerja.

Inilah istimewanya buat Insan yang bergelar Jururawat.
Dikesempatan ini, ProCare ingin mengucapkan "Selamat Hari Jururawat Sedunia" πŸ‘©β€βš•οΈ

🎢 Saat ku terbangun, Kudengar ibu mendoakankuSaat ku terjatuh, Ibulah yang ada di sampingku πŸ‘©β€πŸ‘§Terima kasih kerana melah...
08/05/2022

🎢 Saat ku terbangun, Kudengar ibu mendoakanku
Saat ku terjatuh, Ibulah yang ada di sampingku πŸ‘©β€πŸ‘§

Terima kasih kerana melahirkan generasi penerus bangsa, jasamu akan dikenang selamanya. Sebagai tanda ingatan, ProCare ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu di seluruh dunia! πŸ’–

ProCare sedang mencari orang bersesuaian yang berminat dengan jawatan  . Skop kerja utama termasuk:πŸ‘‰ Mengemas BilikπŸ‘‰ Pen...
06/05/2022

ProCare sedang mencari orang bersesuaian yang berminat dengan jawatan . Skop kerja utama termasuk:

πŸ‘‰ Mengemas Bilik
πŸ‘‰ Penghantaran Makanan
πŸ‘‰ Mengurus Hal Ehwal Pentadbiran

Calon yang akan diutamakan jika mempunyai sikap yang baik seperti peramah dan rajin bekerja. Anda memenuhi kriteria tersebut? Ayuh mohon sekarang!
*Mempunyai pengalaman adalah satu kelebihan

--
Hubungi kami:
πŸ“ž 010-7602526 https://bit.ly/3OJYsro

Bulan Ramadhan Bulan Mulia,Disambut Dengan Penuh Gembira,Kini Syawal Menjelma Tiba,Tangan Dihulurkan Maaf Dipinta🀝ProCar...
02/05/2022

Bulan Ramadhan Bulan Mulia,
Disambut Dengan Penuh Gembira,
Kini Syawal Menjelma Tiba,
Tangan Dihulurkan Maaf Dipinta🀝

ProCare mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam di Malaysia πŸŒ™

Terima kasih Puan Wan Farhah Adiba kerana memilih ProCare! Kami sangat menghargai pujian yang diberikan dan berbesar hat...
11/04/2022

Terima kasih Puan Wan Farhah Adiba kerana memilih ProCare! Kami sangat menghargai pujian yang diberikan dan berbesar hati kerana anda berpuas hati dengan servis berpantang kami. ProCare sentiasa mengutamakan servis berpantang yang berkualiti diberikan kepada semua ibu tanpa mengira bangsa dan menjaga ibu dan bayi sepenuh hati kami.πŸ’•

𝐌𝐨𝐦𝐦𝐲 π–πšπ§ π…πšπ«π‘πšπ‘ π€ππ’π›πšπŸ—¨
"Para petugas di sini sangat mesra dan sentiasa membantu. Pengasuh bayi turut datang dan memastikan bayi menyusu badan dengan betul. Bilik di sini p**a sangat selesa.’

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
ProCare Confinement Centre
πŸ“ž+607-357 0200
πŸ“±+6011-1616 4268 | https://bit.ly/30p9mP3
πŸ“No. 2, 6 & 8, Jalan Adda 7. Taman Adda Heights. 81100 Johor Bahru, Johor

Address

No. 2, 6 & 8, Jalan Adda 7, Taman Adda Heights
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+6073570200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ProCare - Pusat Penjagaan Ibu Selepas Bersalin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share