Penolong Pegawai Perubatan JOHOR

Penolong Pegawai Perubatan JOHOR .

05/04/2026

“Dengan berakhirnya SRAMOS 2026, pihak ahli jawatankuasa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen, semangat, dan kerjasama yang luar biasa sepanjang program ini berlangsung. Kehadiran dan penglibatan anda semua telah memeriahkan serta menjayakan SRAMOS 2026 dengan penuh makna. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan indah dan memberi manfaat pada masa akan datang.”

04/04/2026
04/04/2026
02/04/2026

Welcome to all delegates and strategic partners to this national event happening this weekend!
✨ Highlights:
• 3 Pre-Congress Workshops
• 13 Plenary Sessions
• 27 Exhibition Booths
We look forward to an engaging and impactful symposium. See you there!

02/04/2026

Welcome to all delegates and strategic partners to this national event happening this weekend!
✨ Highlights:
• 3 Pre-Congress Workshops
• 13 Plenary Sessions
• 27 Exhibition Booths
We look forward to an engaging and impactful symposium. See you there!

10/03/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEMBANTU PERUBATAN BUAT SEMUA PRNOLONG PEGAWAI PERUBATAN SELURUH MALAYSIA ..

🩺 1st Southern Region Assistant Medical Officers Symposium (SRAMOS) 2026We are pleased to announce that registration is ...
14/02/2026

🩺 1st Southern Region Assistant Medical Officers Symposium (SRAMOS) 2026
We are pleased to announce that registration is still open for the 1st Southern Region Assistant Medical Officers Symposium (SRAMOS) 2026!
📢 Calling all Assistant Medical Officers (AMOs) nationwide!
Join us for an engaging and insightful symposium designed to enhance knowledge, strengthen professional networks, and advance clinical practice.
🔹 Register now!
Simply scan the QR code or visit our official website to complete your registration.
Don’t miss this opportunity to connect, learn, and grow with fellow AMOs across the nation.
We look forward to welcoming you to SRAMOS 2026!

Click here to register 👇🏻

https://sites.google.com/moh.gov.my/sramos2026/home?authuser=0



Empowering Competency, Collaboration and Quality Healthcare Delivery

📢 HEBAHAN PROGRAMUnit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dengan kerjasama Pe...
28/01/2026

📢 HEBAHAN PROGRAM
Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) Cawangan Negeri Johor akan menganjurkan:
🩺 1st Southern Region Assistant Medical Officers Symposium (SRAMOS) 2026
📅 3 – 5 April 2026
📍 KSL Hotel, Johor Bahru
📌 Pendaftaran kini dibuka!
Sila imbas QR code yang disediakan di dalam flyer untuk mendaftar.
ℹ️ Maklumat lanjut berkaitan program boleh didapati melalui flyer dan Google Form.
📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di dalam flyer.
Jom sertai kami! 👥✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan ke...
25/12/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Berkhatan yang berlangsung pada 22 hingga 24 Disember 2025 bertempat di Pusat Latihan Berkhatan Negeri Johor.

Program ini merupakan julung kali dianjurkan selepas perasmian pusat tersebut pada 14 Disember 2025 yang lalu. Walaupun baru bertatih, namun langkah yang diorak ini jelas membuktikan kesungguhan dan komitmen tinggi dalam mengurus serta melaksanakan program berkhatan untuk anak-anak staf dan masyarakat awam yang kurang berkemampuan.

Sepanjang program ini berlangsung, seramai 108 orang kanak-kanak telah berjaya dikhatankan hasil kerjasama berpasukan yang mantap melibatkan 2 orang Pegawai Perubatan, 18 orang Penolong Pegawai Perubatan serta 15 orang petugas sokongan. Kecekapan, profesionalisme dan semangat khidmat bakti yang ditunjukkan amat membanggakan.

Program ini turut diserikan dengan lawatan julung kali Ahli Lembaga Pelawat HSAJB yang diiringi oleh barisan kepimpinan hospital, diketuai oleh Dr. Mohd Nizam bin Haji Subahir, Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Lawatan selama hampir 30 minit tersebut telah memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk meninjau operasi pusat berkhatan serta menyantuni kanak-kanak dan para petugas. Suasana yang ceria dan penuh kegembiraan jelas terpancar hasil kunjungan yang amat bermakna ini.

Sesungguhnya, kejayaan program ini adalah hasil kerjasama, pengorbanan masa dan tenaga, serta iltizam semua pihak yang terlibat. Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada penganjuran program-program yang lebih besar dan berimpak tinggi pada masa akan datang.

Akhir kata, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala jasa dan sumbangan ini diberkati serta menjadi amal kebajikan yang berpanjangan.

Sekian, terima kasih.

Salam PPP semua,Seperti biasa, sebagai simbolik tanda penghargaan kpd rakan2 PPP yg bersara maka pihak UPPPP Negeri Joho...
23/11/2025

Salam PPP semua,

Seperti biasa, sebagai simbolik tanda penghargaan kpd rakan2 PPP yg bersara maka pihak UPPPP Negeri Johor dgn kerjasama NUAMO Johor akn menganjurkan acara tahunan kita Semai Bakti Kenangan Budi pd 4 Disember 2025 bertempat di Hotel Prime City Kluang.

Tn pn warga PPP Johor adalah sangat dialu-alukan untuk menyertainya sebagai tanda sokongan moral kita kepada mereka

Sila scan qr yg disediakan

Harap maklum n tq

DETIK BERSEJARAH: MAJLIS PERASMIAN PUSAT LATIHAN BERKHATAN NEGERI JOHOR14 November 2025 (Jumaat) – Satu lagi sejarah pen...
15/11/2025

DETIK BERSEJARAH: MAJLIS PERASMIAN PUSAT LATIHAN BERKHATAN NEGERI JOHOR

14 November 2025 (Jumaat) – Satu lagi sejarah penting tercipta apabila Pusat Latihan Berkhatan Negeri Johor dirasmikan sebagai pusat latihan pertama yang diterajui sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Jabatan Pembedahan Am, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB). Penubuhan ini berada di bawah naungan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sebagai inisiatif memperkasa kompetensi PPP dalam bidang berkhatan profesional dan memastikan kesinambungan latihan yang tersusun, selamat dan berstandar tinggi.

Majlis bersejarah ini menjadi lambang kejayaan serta iltizam HSAJB dalam melahirkan lebih ramai PPP yang cekap, berkemahiran mendalam dan memenuhi keperluan credentialing bagi menjamin mutu perkhidmatan berkhatan di negeri Johor.



Penghargaan Khas Kepada PPP Jabatan Pembedahan Am

Kejayaan penubuhan pusat latihan ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa dedikasi, komitmen dan semangat luar biasa daripada seluruh warga PPP Jabatan Pembedahan Am HSAJB. Usaha gigih mereka — bermula daripada perancangan modul, pembangunan struktur latihan, penyediaan fasiliti, sehinggalah pelaksanaan awal program — telah menjadi asas kukuh kepada terbinanya pusat latihan yang berwibawa ini.

Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas peranan besar mereka selaku perintis, penggerak dan tulang belakang dalam menjayakan agenda transformasi latihan berkhatan ini. Semangat juang dan komitmen mereka bukan sahaja mewujudkan pusat latihan ini, malah mengangkat Johor sebagai negeri terkehadapan dalam mempelopori latihan berkhatan generasi baharu di Malaysia.



Kehadiran Tetamu Khas & Pemimpin Profesional Kesihatan

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran:
• YBrs. En. Zulhelmi bin Abdullah,
Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia (KPPPM)
• En. Mohd Najib bin Ramli,
Ketua Unit Perkembangan Profesion & Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK), Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (CPPPP), Kementerian Kesihatan Malaysia

Kedua-dua tokoh ini hadir bagi mengiringi Pengarah Kesihatan Negeri Johor serta Pengarah Hospital Sultanah Aminah dalam menyempurnakan majlis perasmian yang penuh bermakna ini. Kehadiran mereka menggambarkan sokongan padu dan keyakinan pihak kepimpinan kesihatan negara terhadap usaha Johor dalam menerajui pembangunan latihan berkhatan secara profesional dan bersistematik.



Dengan termeterainya pusat latihan ini, Johor melangkah setapak lagi ke hadapan sebagai peneraju dalam latihan klinikal PPP, sekali gus memperkukuh peranan PPP dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada masyarakat.



“PROFESION DIPERKASA, MASYARAKAT SEJAHTERA”

Address

BAHAGIAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
Johor Bahru
80000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penolong Pegawai Perubatan JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram