Klinik E Sihat

Klinik E Sihat Dikendalikan oleh Dr. Effy Saiful (MBBCh. Al-Azhar Univ).

Klinik swasta di Bandar Baru UDA, Johor Bahru yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuklah pemeriksaan perubatan, pembedahan kecil, saringan kesihatan & pencegahan penyakit.

Peminat seafood boleh ambil vaksin Hepatitis A ✌🏻
30/10/2025

Peminat seafood boleh ambil vaksin Hepatitis A ✌🏻

Ramai yang baru pulang bercuti, singgah tempat viral, makan seafood segar tepi pantai atau mencuba tiram dan kerang mentah yang dikatakan β€œsegar dari laut”.

Namun ramai tidak sedar bahawa makanan laut mentah atau separuh masak ialah antara punca wabak bawaan makanan yang menyebabkan Hepatitis A (HAV).

Hepatitis A ialah virus yang menyerang hati dan masuk ke dalam tubuh melalui makanan atau air yang tercemar dengan najis manusia. Inilah laluan utama jangkitan, dikenali sebagai fecal-oral transmission. Jika makanan disediakan oleh individu yang tidak mencuci tangan atau datang dari sumber air yang tidak bersih, virus ini boleh menjangkiti manusia tanpa disedari.

Dalam banyak kejadian wabak yang melibatkan makanan, seafood jenis kerang-kerangan bivalve seperti tiram, remis dan kerang sering menjadi punca. Haiwan ini hidup dengan menapis air laut. Jika kawasan laut tercemar dengan kumbahan, virus Hepatitis A akan terkumpul dalam badannya. Apabila dimakan mentah atau separuh masak, virus ini tidak sempat mati akibat haba dan terus menjangkiti manusia.

Hepatitis A tidak terus menampakkan gejala. Ia boleh berdiam dalam tubuh manusia selama dua hingga tujuh minggu sebelum tanda-tanda pertama muncul. Jadi walaupun seseorang nampak sihat, virus mungkin sudah berada dalam badan dan sedang merebak tanpa disedari.

HAV juga sangat tahan lasak. Ia boleh hidup lama dalam air laut, di permukaan dapur dan dalam makanan beku selama berminggu-minggu. Ia juga tahan terhadap suhu rendah dan suasana berasid. Membeku tidak membunuh virus ini dan mencuci dengan sabun biasa tidak semestinya mencukupi.

Kajian menunjukkan HAV hanya benar-benar musnah apabila dimasak pada suhu tinggi sekurang-kurangnya 85 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya satu minit. Jika hanya dipanaskan sekejap atau direbus separuh masak, virus masih boleh hidup. Sebab itu penting untuk memastikan makanan laut dimasak betul-betul mendidih sebelum dihidang.

Virus ini juga tahan terhadap detergent biasa. Sabun dan air tanpa gosokan sempurna mungkin hanya mengurangkan, bukan menghapuskan virus sepenuhnya. Untuk permukaan yang tercemar, hanya disinfektan kuat seperti larutan peluntur (sodium hypochlorite) boleh membunuhnya dengan berkesan.

Perhatikan gejala berikut dalam masa dua hingga tujuh minggu selepas makan makanan laut mentah atau separuh masak:
β€’ Rasa loya, muntah dan sakit perut
β€’ Hilang selera makan dan keletihan melampau
β€’ Air kencing berwarna gelap seperti teh
β€’ Kulit dan mata kekuningan (jaundis)
β€’ Sakit di bahagian bawah rusuk kanan

Jika gejala ini muncul, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan darah kerana Hepatitis A boleh merebak kepada ahli keluarga lain melalui tangan dan makanan.

Langkah pencegahan mudah tetapi sering diabaikan. Masak makanan laut hingga benar-benar mendidih. Basuh tangan dengan sabun dan air mengalir sebelum makan dan selepas ke tandas. Elakkan guna semula peralatan yang telah menyentuh makanan mentah. Beli makanan laut daripada sumber yang dipercayai dan bersih.

Walaupun Hepatitis A jarang membawa maut, ia boleh menyebabkan keradangan hati yang serius, kehilangan tenaga selama berminggu-minggu dan risiko jangkitan kepada ahli keluarga. Sebelum anda teruja mencuba seafood β€œpaling segar”, pastikan ia betul-betul selamat dimakan, bukan sekadar nampak segar di gambar.

Warga kerja Klinik E Sihat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™ Maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysi...
30/03/2025

Warga kerja Klinik E Sihat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™ Maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Klinik akan ditutup selama 4 hari bermula 31/3/2025 hingga 3/4/2025, dan akan dibuka semula pada hari Jumaat 4/4/2025.

Good info πŸ‘πŸ»
17/03/2025

Good info πŸ‘πŸ»

IV drip dan puasa
17/03/2025

IV drip dan puasa

IRSYAD HUKUM EDISI KHAS RAMADAN SIRI KE 274: HUKUM RAWATAN IV DRIP BAGI PESAKIT DI SIANG RAMADAN

Soalan:

Adakah rawatan IV Drip ketika siang Ramadan membatalkan puasa? mohon penjelasan.

Ringkasan Jawapan:

Berdasarkan penelitian hujah yang dikemukakan, pihak Jabatan M***i Wilayah Persekutuan cenderung kepada pandangan kedua iaitu hukum suntikan di siang Ramadan sama ada melalui otot mahupun saluran darah tidak membatalkan puasa. Begitu juga hukum mengambil rawatan IV Drip bagi rawatan dehidrasi atau apa-apa suntikan yang bukan melalui saluran terbuka tidak membatalkan puasa sama ada suntikan tersebut memberi tenaga ataupun tidak. Namun seharusnya ia tidak dijadikan helah untuk menghilangkan lapar ketika siang Ramadan.

Putan Artikel Penuh:
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/edisi-ramadhan/6172-irsyad-hukum-edisi-khas-ramadan-siri-ke-274-hukum-rawatan-iv-drip-bagi-pesakit-di-siang-ramadan

Hi, we currently have limited amount of influenza vaccine readily available at our clinic. You may walk in to clinic dur...
10/03/2025

Hi, we currently have limited amount of influenza vaccine readily available at our clinic. You may walk in to clinic during our opening hours starting today 11/3/2025.

βœ–οΈno bookings
βœ–οΈno reservations
βœ”οΈwalk in only, first come first served

Address:
Klinik E Sihat
No.62, Jalan Padi 1,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru, Johor.

19/09/2024
12/08/2024

Anggaran 7.6 juta dewasa mempunyai tahap kolesterol tinggi.

Kolesterol tinggi menyumbang kepada penyakit berkaitan jantung.

Lakukan saringan kesihatan setahun sekali, seawal usia 18 tahun untuk ketahui status kesihatan anda. Aktifkan diri dan makan secara sihat.

24/07/2024

Kenapa perlu risau tentang influenza? Baca komen di bawah πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

22/05/2024

Minor operation sebaceous cyst πŸ”₯

Warga kerja Klinik E Sihat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada muslimin dan muslimat  ...
09/04/2024

Warga kerja Klinik E Sihat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada muslimin dan muslimat πŸŒ™πŸ™πŸ»

Dari kiri: Dr Effy, Farhana, Aqilah, Dr Husna, Huda, Azreen & Bukhori.

Klinik akan ditutup selama 4 hari bermula Rabu 10/4/2024 hingga Sabtu 13/4/2024.

Klinik akan dibuka semula pada hari Ahad 14/4/2024 dari 9am-9pm.

Beraya dengan lebih tenang dengan vaksin influenza. Memelihara dari 4 strain influenza (2 influenza A dan 2 influenza B)...
07/04/2024

Beraya dengan lebih tenang dengan vaksin influenza. Memelihara dari 4 strain influenza (2 influenza A dan 2 influenza B). Ambil sebelum musim perayaan untuk mengelakkan jangkitan influenza tersebar di kalangan sanak saudara. Dewasa, kanak-kanak dan bayi 6 bulan ke atas sesuai untuk vaksin ini.

Selamat menyambut hari lebaran πŸŒ™

09/02/2024

Address

No. 62, Jalan Padi 1, Bandar Baru UDA
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Friday 09:00 - 12:45
14:15 - 21:00
Saturday 09:00 - 13:00
13:30 - 21:00
Sunday 09:00 - 21:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik E Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik E Sihat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category