16/03/2026
DOA MANAKAH YANG LEBIH MESRA PSIKOLOGI BAGI PENGHIDAP PENYAKIT KRONIK?
🧠 Tidak semua ucapan atau doa sesuai diungkapkan secara berhadapan kepada mereka yang menghidap penyakit kronik, sakit berpanjangan, atau penyakit yang secara umumnya sukar atau hampir tiada harapan untuk sembuh sepenuhnya — terutamanya jika pesakit memahami makna doa tersebut secara mendalam.
🩺 Contoh penyakit kronik yang sering dialami masyarakat termasuk:
1️⃣ 🎗 Kanser
2️⃣ 🩸 Kencing manis (diabetes mellitus)
3️⃣ ❤️ Penyakit jantung kronik
4️⃣ 🌬️ Penyakit paru-paru kronik seperti COPD atau asma serius
5️⃣ 🧠 Penyakit saraf seperti Parkinson atau multiple sclerosis
6️⃣ 💧 Kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis
7️⃣ 🦴 Penyakit bentuk artritis di sendi badan
8️⃣ 🧬 Penyakit genetik atau degeneratif yang memerlukan rawatan sepanjang hayat
💭 Dalam keadaan seperti ini, pesakit sering hidup dengan realiti kesakitan, rawatan jangka panjang, dan ketidakpastian masa depan. Oleh itu, bahasa doa yang diungkapkan kepada mereka juga wajar difikirkan dengan lebih empati dan bijaksana.
❓ Persoalannya: doa-doa ma’thur manakah yang lebih sesuai diungkapkan kepada penghidap penyakit kronik?
Pilihan:
🤲 Doa (A)
“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkanlah penyakit ini, sembuhkanlah dia. Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan kecuali daripada-Mu; kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lagi.” (HR al-Bukhari, no. 5743; HR Muslim, no. 2191)
🤲 Doa (B)
“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung, agar Dia menyembuhkanmu.” (HR Abu Dawud, no. 3106; HR al-Tirmizi, no. 2083)
🤲 Doa (C)
“Tidak mengapa. Semoga sakitmu ini menjadi pembersih dosa-dosamu, insya-Allah.” (HR al-Bukhari, no. 5662)
🤲 Doa (E)
“Dengan nama Allah, aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya daripada keburukan yang aku rasakan dan yang aku khuatirkan.” (HR Muslim, no. 2202). Nota: Doa (E) ini dibaca sendiri oleh pesakit.
🧠 Komentar
📊 Isu ini sebenarnya wajar dikaji dengan lebih mendalam dari sudut kesan ps*kologi dan kesan spiritual doa-doa tersebut terhadap pesakit yang mendengarnya.
💬 Doa (E) yang dibaca sendiri oleh pesakit sangat tepat dalam menggambarkan pengalaman ps*kologi penghidap penyakit kronik. Doa ini bukan sekadar memohon kesembuhan total, tetapi juga mengiktiraf dua realiti ps*kologi yang sangat penting:
• kesakitan yang sedang dirasai sekarang
• kebimbangan terhadap apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan
🧩 Ini sangat selari dengan pengalaman sebenar ramai pesakit kronik.
📌 Nota tambahan
🤲 Perbincangan ini tidak bermaksud bahawa kita tidak boleh mendoakan pesakit kronik dengan doa-doa (A), (B), (C) atau (D). Doa-doa tersebut tetap sangat baik dan boleh dibacakan untuk mereka terutamanya ketika mereka tiada di hadapan kita, selepas solat, atau pada waktu-waktu yang mustajab.
🌱 Ramai pesakit kronik sebenarnya individu yang sangat sabar dan optimis dalam jangka panjang. Namun kadang-kadang makna “kesembuhan” bagi mereka bukan semata-mata bebas daripada penyakit.
🧠 Sebaliknya, kesembuhan (atau pemulihan - recovery) juga boleh bermaksud kemampuan untuk terus menjalani kehidupan walaupun dengan kesakitan harian, rawatan berulang, tekanan emosi, dan kerisauan masa depan — sesuatu yang tidak semestinya dialami oleh pesakit biasa.
💡 Cadangan
🤲 Mungkin doa berikut lebih sesuai dibacakan secara berhadapan kepada penghidap penyakit kronik:
“Ya Allah, tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau permudahkan. Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau menghendakinya.” (HR Ibn Hibban, no. 2427)
🧠 Mengapa?
Kerana dalam banyak keadaan, penghidap penyakit kronik bukan sahaja memerlukan kesembuhan fizikal, tetapi juga memerlukan kekuatan untuk:
1️⃣ 💪 menanggung kesakitan setiap hari
2️⃣ ❤️ mengurus emosi secara berterusan
3️⃣ 💊 mengekalkan motivasi mendapatkan rawatan yang betul
4️⃣ 🩺 berkomunikasi dengan doktor dan pakar perubatan
5️⃣ 🏠 mengurus tekanan di rumah dan tempat kerja
6️⃣ 🤝 mendapatkan sokongan sosial sepanjang proses rawatan yang panjang
🌿 Dalam erti kata lain, doa yang menekankan kemudahan, ketabahan dan kekuatan menghadapi kesukaran kadangkala lebih selari dengan realiti ps*kologi penghidap penyakit kronik.
🤲 Kadang-kadang yang paling diperlukan oleh mereka bukan hanya doa untuk “sembuh sepenuhnya”, tetapi juga doa agar Allah memudahkan perjalanan mereka melalui ujian yang panjang ini.
*kologiislamiksaintifik
*kologiKesihatan
Pejuang artritis lutut sejak 2014.
UPDATE: LAMPIRAN TAMBAHAN UNTUK MEREKA YANG HANYA BACA SECARA PERMUKAAN SAHAJA:
1. Pesakit kronik beriman bahawa setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati (HR al-Bukhari, no. 5678). Malah kebanyakan pesakit kronik, setelah melalui proses 'grief' secara sihat sudah bersedia dan tawakal untuk mati bila-bila sahaja dengan emosi redha tapi tetap kuat berjuang meneruskan kehidupan harian.
2. Pesakit kronik yang matang atau pernah buat silap tidak akan suka-suka beli/makan ubat atau bayar rawatan bukan pakar yang tidak dikaji secara klinikal yang memberi kelegaan sementara tapi kemudiannya beris*ko bertambah sakit, bertambah penyakit lain, dan/atau menyebabkan kematian selepas beberapa bulan. Mereka rujuk pakar-pakar yang betul. Malah mereka sentiasa berdoa akan ada saintis yang terus mengkaji dan akan berjaya menemui ubat yang lebih baik daripada ubat sekarang.
3. Pesakit kronik redha dengan penyakit mereka dan fokus kepada definisi kesembuhan yang lebih realistik termasuk. Mereka terus berusaha mengecapi kebahagiaan ps*kospiritual dalam kesakitan di dunia ini sebelum mengecapi kebahagiaan abadi di akhirat. Setiap pilihan kesembuhan (e.g. ubat, pembedahan, rawatan invasif, etc.) semuanya ada ris*ko tersendiri, dan kalau menyebabkan kesembuhan, tetap juga ada ris*ko tersendiri. Mereka akan berbincang pros and cons dengan pakar sebenar, dengan ahli keluarga, dan dengan komunikasi personal-spiritual dengan Allah SWT.
4. Islam mengiktiraf perbezaan sakit sementara dan sakit kronik melalui sistem qada' puasa dan fidyah puasa. Ini adalah satu sistem yang bukan sahaja menyantuni fizikal, tapi juga ps*kologi dan spiritual pesakit kronik. Ambil pengajaran daripada sistem ini. Pesakit sementara dan pesakit kronik mempunyai keperluan fizikal, fisiologikal, mental, emosi, dan spiritual yang berbeza. Bidang ps*kologi kesihatan, ilmu kaedah fiqh, dan seni ilmu dakwah ada memberikan panduan praktkal.
5. Nabi Muhammad SAW ketika di ambang kewafatan pada usia agak muda ie 63 tahun mengakui masih merasai kesakitan berpanjangan hasil daripada racun yang diberikan oleh wanita Yahudi di Khaibar (HR al-Bukhari, no. 4428). Ini tidak bermakna tiada ubat untuk racun tersebut. Dan Nabi SAW terus mekar sebagai seorang hamba dan Rasul walau dalam kesakitan.
6. Setiap orang beris*ko untuk mendapat penyakit kronik dan kesakitan kronik pelbagai jenis, dan bagi setiap jenis penyakit/kesakitan p**a, ada pelbagai tahap dan berubah-ubah. Kita harus belajar ps*kologi pesakit kronik seperti yang banyak dikaji dalam ps*kologi kesihatan dan juga belajar sistem Islam yang rahmah bukan sahaja terhadap pesakit sementara, tapi juga terhadap pesakit kronik. Ini sebagai persediaan jika orang yang kita sayangi mengalami penyakit kronik atau kita sendiri mengalami penyakit kronik supaya kita tahu bagaimana menyantuni emosi mereka dan emosi kita sendiri untuk mengharungi kesakitan berpanjangan secara sihat.
Kesimp**an: Hantaran ini bukan tentang isu pesakit kronik tidak redha, tapi ia sebenarnya tentang redha yang sangat tinggi dan fokus kepada usaha "here and now" untuk mengurus simptom fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan tawakal yang berterusan dan tinggi terhadap Allah, tanpa menafikan emosi fitrah. Tapi untuk menuju tahap tersebut, ia memerlukan sokongan emosi dan sokongan sosial daripada keluarga, sahabat, jiran, majikan, rakan sekerja, NGO, netizen, dan sistem penjagaan kesihatan.
Sekian.
-Dr Alizi Alias-
Sarjana Muda llmu Wahyu dan Warisan Islam (Fiqh & Usul Fiqh)
Sarjana Sains Ps*kologi Gunaan/Terapan
PhD Ps*kologi Industri & Organisasi