17/09/2020
Kisah Istighfar Hasan al-Basri
Al-Qurtubi menceritakan daripada al-Rabi' Ibn Sabih:
Suatu hari, seorang lelaki yang negerinya mengalami kemarau panjang mengadu kepada Hasan al-Basri. Maka jawab Hasan: Perbanyakkan Istighfar (mohon ampun kepada Allah)
Datang p**a lelaki lain yang miskin mengadu tentang kemiskinannya.
Maka Hasan al-Basri memberi nasihat: Banyakkan Istighfar
Datang p**a seorang mengadu susah mendapat anak.
Maka jawab Hasan: Istighfar lah
Datang p**a seorang mengadu tentang kebunnya yang tidak menjadi.
Maka jawab Hasan: Istighfar lah
Orang ramai dan al-Rabi' kehairanan dengan jawapan Hasan al-Basri, semua masalah yang berbeza tapi jawapanya cuma satu: Istighfar?? Lalu al-Rabi bertanya kepada Hasan tentang itu.
Lalu Hasan al-Basri menjawab menggunakan ayat al-Quran:
ููููุชู ุงุณูุชูุบูููุฑููุง ุฑูุจููููู
ู ุฅูููููู ููุงูู ุบููููุงุฑูุง * ููุฑูุณููู ุงูุณููู
ูุงุกู ุนูููููููู
ู ู
ูุฏูุฑูุงุฑูุง * ููููู
ูุฏูุฏูููู
ู ุจูุฃูู
ูููุงูู ููุจูููููู ููููุฌูุนููู ููููู
ู ุฌููููุงุชู ููููุฌูุนููู ููููู
ู ุฃูููููุงุฑูุง
Maksudnya:
Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun.(Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). [Surah Nuh: 10-12]
Maka seorang lelaki berkata, sebenarnya ada di antara kita yang malu kepada Allah, kerana selepas beristighfar, dia buat dosa semula, kemudian istighfar semula, kemudian dia buat dosa semula.
Hasan menjawab: Syaitan pasti s**a jika dia menang terhadap orang itu, oleh itu, jangan tinggalkan istighfar kepada Allah....
Ya Allah Ampunilah dosa kami.....