Dr.Norman Stokis Pasir Gudang

Dr.Norman Stokis Pasir Gudang "KESIHATAN ADALAH DENGAN ILMU YANG BETUL& AMALAN YANG BERTERUSAN' https://shp.ee/esvxcsb

Kenapa nutrisi penting untuk kesihatan yang lebih baik ?? Nutrisi ni umpama petrol bagi kenderaan, tubuh badan memerluka...
27/11/2024

Kenapa nutrisi penting untuk kesihatan yang lebih baik ??

Nutrisi ni umpama petrol bagi kenderaan, tubuh badan memerlukan nutrisi untuk bekerja.

Pelan diet yang sihat sangat penting dalam membekalkan anda dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.

Bagi memastikan anda kekal cergas dan kuat walaupun sedang sibuk, adalah penting untuk mengambil makanan yang mengandungi nutrien berikut :

1- Kalsium & vitamin D – Penting untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.

2- Protein – Nutrisi paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan pemulihan otot tubuh badan.

3- Kolagen & vitamin C – Penting untuk menyokong sendi.

4- Vitamin A – Merupakan nutrien yang bagus untuk meningkatkan fungsi dua organ penting iaitu mata dan kulit, selain menguatkan sistem imuniti tubuh badan.

5- Vitamin B – Vitamin B2 membebaskan tenaga daripada makanan.

6- Inulin – Sejenis serat makanan yang membantu melancarkan sistem penghadaman, dan merupakan “sumber makanan” atau prebiotik untuk bakteria baik dalam usus kita.

7- Zat besi & zink – Kedua-dua zat ini mampu menyokong sistem imuniti agar tubuh badan tetap dilindungi.

Amalan diet seimbang dan gaya hidup sihat akan membantu mengelakkan pelbagai penyakit.

Ini bukanlah satu hal yang rumit, hanya memerlukan ILMU yang betul dan amalan berterusan.

Terpulang pada anda untuk membuat pilihan makanan secara bijak.

𝑷𝑬𝑹𝑵𝑨𝑯 𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹 "𝑩𝑼𝑻𝑻𝑬𝑹𝑭𝑳𝒀 𝑰𝑵 𝑻𝑯𝑬 𝑺𝑻𝑶𝑴𝑨𝑪𝑯"? Pernah tak berlu bila kita dalam keadaan gementar, contohnya ketika menghadiri...
27/11/2024

𝑷𝑬𝑹𝑵𝑨𝑯 𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹 "𝑩𝑼𝑻𝑻𝑬𝑹𝑭𝑳𝒀 𝑰𝑵 𝑻𝑯𝑬 𝑺𝑻𝑶𝑴𝑨𝑪𝑯"?

Pernah tak berlu bila kita dalam keadaan gementar, contohnya ketika menghadiri temuduga kerja, atau sewaktu hendak berucap di khalayak ramai, pada waktu itu timbul perasaan tidak selesa di perut.
Situasi ini dinamakan sebagai "butterflies in the stomach".
Perut mempunyai rangkaian sistem saraf yang kompleks. Sehubungan itu, apabila dirasakan ada ancaman atau bahaya, akan berlakunya pengurangan aliran darah ke perut sebagai satu tindakbalas semulajadi kepada 'ancaman' tersebut sehingga boleh membuatkan kita rasa loya dan nak muntah.
Situasi ini berlaku apabila berlaku pengurangan aliran darah ke arah perut disebabkan oleh "Resah" dan "Stress".
Apabila anda mula rileks dan tenang keresahan itu akan mula hilang dan aliran darah ke perut akan kembali normal.
Akhir sekali anda perlulah sentiasa tenang ya, muka sentiasa tersenyum dan sentiasa positif, insyaAllah akan hilangkan macam-macam penyakit tau.

Boleh begitu?

𝐀𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐍𝐃𝐑𝐎𝐌 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐔𝐒 (Leaky Gut Syndrome- LGS)Menurut bapa perubatan moden iaitu Hippocrates, "...
27/11/2024

𝐀𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑𝐍𝐘𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐈𝐍𝐃𝐑𝐎𝐌 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐔𝐒 (Leaky Gut Syndrome- LGS)

Menurut bapa perubatan moden iaitu Hippocrates, "semua penyakit bermula daripada usus" dan sekarang kajian sains berkenaan perubatan nutrisi telah membuktikan kata-kata ini.
Selepas tiga dekad, kajian demi kajian telah membuktikan dan diterbitkan dalam jurnal-jurnal perubatan berkenaan masalah sistem imuniti tubuh, fungsi usus dan pemakanan gaya moden dan gaya hidup yang tidak sihat.
Ini menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang kronik yang disebabkan kerosakan sistem pencernaan dan fungsi usus kita.
Untuk pengetahuan semua dalam literature perubatan Leaky Gut Syndrome juga di panggil "Intestinal Hyperpermeability".
Masalahsindrom ketirisan usus atau "Leaky Gut Syndrome" (LGS) ini adalah penting untuk di fahami kerana ia berkait rapat dengan banyak penyakit kronik.
Oleh kerana masyarakat zaman moden sekarang ini makan dengan cara yang tidak sihat kerana lebih memilih makanan proses & makanan segera.
Bukan sekadar itu, peningkatan kepada masalah stres melampau, pendedahan kepada toksin persekitaran yang berlebihan dan ketidakseimbangan bakteria baik (probiotik) dan bakteria ‘jahat’ (pathogenik) didalam usus adalah diantara punca masalah LGS ini semakin menjadi-jadi.
Kita perlu fahami masalah LGS ini adalah kerana berdasarkan laporan dalam jurnal perubatan ‘Frontier in Immunology’ pada bulan May, 2017 menyatakan bahawa leaky gut ini adalah penanda awal kepada masalah penyakit "autoimmune" dan ia berkait rapat dengan corak pemakanan moden yang masyarakat kita ambil sekarang menyebabkan masalah gangguan fungsi usus dan keradangan kronik.
LGS adalah keadaan di mana berlaku ketirisan yang tidak normal pada dinding usus seseorang. Secara fisiologinya, usus mempunyai tiga lapisan pelindung (barrier) iaitu pelindung fizikal, pelindung biokimia dan pelindung immunologi yang berfungsi untuk menjaga keseimbangan dan kesihatan sistem usus kita.
Sistem percernaan usus juga bertindak sebagai pelindung yang penting untuk mencegah kemasukan bahan asing dan merbahaya ke dalam tubuh samada secara terus atau menjaga apa yang masuk kedalam saluran darah yang akan di bawa ke organ-organ dalaman.
Terdapat jarak ruangan kecil (gap) diantara sel-sel pada dinding saluran usus kita yang hanya membenarkan air dan zat nutrisi untuk melaluinya dan masa yang sama ia menghalang bahan-bahan merbahaya untuk masuk.
Istilah ‘intestinal hyperpermeability’ merujuk kepada bagaimana mudahnya bahan-bahan melalui ‘gap’ ini melalui dinding saluran usus. Jarak yang rapat dan ketat diantara sel-sel di dinding usus akan menjadi longgar dan mudah di tembusi atau "tiris" kepada bahan merbahaya seperti bakteria dan toksin untuk masuk ke dalam saluran darah dan keadaan inilah yang dipanggil sebagai ‘leaky gut’ atau usus bocor.
Apabila bahan-bahan merbahaya ini masuk, maka ia menyebabkan masalah keradangan yang menyeluruh dan akan mencetuskan reaksi oleh sistem imuniti tubuh seseorang.
Mungkin tidak banyak lagi jurnal-jurnal perubatan sebelum tahun 2000 yang melaporkan kajian dan pemerhatian khusus tentang masalah LGS ini dan ini menyebabkan sesetengah doktor dan ahli perubatan berpendapat ianya adalah satu keadaan yang tidak ada asas sains.
Tetapi sejak 10 tahun yang lepas terdapat banyak laporan dalam jurnal perubatan telah mula di terbitkan untuk membuktikan wujudnya masalah LGS ini. Satu laporan dalam jurnal Gut pada Oktober 2006 telah melaporkan tentang fenomena LGS dengan tajuk kajiannya “Alteration in Intestinal Permeability”.
Berdasarkan kajian terdapat beberapa gejala umum yang biasanya di kaitkan dengan masalah LGS ini iaitu seperti :
👉mudah rasa kembong/angin perut (bloated),
👉 sensitif kepada sesetengah makanan yang sebelum ini tidak sensitif,
👉rasa lesu sentiasa,
👉penghadaman yang tidak lancar
👉 masalah kulit seperti gatal dan ekzema.
Bagi yang belajar Functional Medicine masalah LGS ini di kaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti
👉 sindrom lesu kronik,
👉 migrain,
👉multiple sclerosis,
👉fibromyalgia,
👉alahan makanan,
👉 abnormal hormon thyroid,
👉ketidakstabilan mood,
👉masalah alahan kulit
👉 ekzema,
👉psoriasis
👉malahan ada juga yang berpendapat ia ada kaitan dengan masalah autism.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MSc(UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE) (ASFAMM)
>SILA SHARE UNTUK MANFAAT RAMAI<
------------------------------
Rujukan:
1. M C Arrieta, L Bistritz, and J B Meddings. Alterations in intestinal permeability. Gut. 2006 Oct; 55(10): 1512–1520. doi: 10.1136/gut.2005.085373

2. Qinghui Mu, Jay Kirby, Christopher M. Reilly et al. Leaky Gut As a Danger Signal for Autoimmune Diseases. Front Immunol. 2017; 8: 598. Published online 2017 May 23. doi: 10.3389/fimmu.2017.00598

KENAPA MAGNESIUM PENTING UNTUK KESIHATAN ‼️Pengambilan makanan tinggi magnesium atau suplemen magnesium sangat membantu ...
27/11/2024

KENAPA MAGNESIUM PENTING UNTUK KESIHATAN ‼️

Pengambilan makanan tinggi magnesium atau suplemen magnesium sangat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, strok & diabetes type 2.

Kajian selama berdekad menunjukkan seseorang yang mempunyai paras magnesium yang rendah lebih mudah mendapat masalah saluran darah keras iaitu atherosklerosis.

Berbanding dengan isu yang selalu di perbesarkan tentang kolesterol & lemak tepu adalah punca utama sakit jantung.

Kajian juga menunjukkan apabila mineral kalsium & magnesium tidak cukup dalam tubuh maka risiko sakit jantung koronari meningkat dengan lebih tinggi.

Faham betul-betul masalah ini!!
Walaupun ubat anti Kolesterol telah diberikan secara meluas sejak lebih 20 tahun lau namun masalah sakit jantung koronari tetap manjadi penyakit pembunuh nombor satu di dunia sekarang.

Cuba fikirkan ubat Kolestrol ini adakah membantu atau menjahanamkan kesihatan kita??

Sesuatu yang patut kita fikir-fikirkan... InsyaAllah

-ASFAMM-

19/11/2024
REPALMO - RED PALM OIL.MINYAK SAWIT MERAH PENUH BERKHASIAT.Minyak Kelapa Sawit yang tidak ditapis atau dalam bentuk asal...
23/09/2024

REPALMO - RED PALM OIL.
MINYAK SAWIT MERAH PENUH BERKHASIAT.

Minyak Kelapa Sawit yang tidak ditapis atau dalam bentuk asalnya mempunyai warna jingga kemerahan dan di panggil ‘Minyak Kelapa Sawit Merah’.

Ia kaya dengan bahan karotenoids dan anti oksidan. Pengambilan cuma 2 sudu Minyak Kelapa Sawit Merah setiap hari boleh memberikan khasiat kesihatan yang baik.

Minyak Kelapa Sawit Merah tidak menyebabkan masalah atherosklerosis atau pengerasan saluran darah arteri . Ini adalah kerana kandungan ANTI OKSIDAN nya yang sangat tinggi.

Ia mengandungi Karotenoids iaitu Retinol (pro-vitamin A ) yang menjadikan ianya mempunyai warna jingga atau merah.

Kandungan Retinol di dalam Minyak Kelapa Sawit Merah adalah 17x ganda lebih tinggi daripada lobak merah (carrot ).

Minyak Kelapa Sawit Merah mengandungi 4 varian Retinol iaitu:

● Beta Karotin.
● Alfa Karotin.
● Gamma Karotin.
● Likopin.

Kandungan Alfa Karotin nya adalah paling tinggi diantara semua sumber tumbuhan, Minyak Kelapa Sawit Merah juga mengandungi vitamin E yang tinggi.

Ada 2 varian Vitamin E yang terdapat di dalam nya iaitu
●Tokotrienol
●Tokoferol

Kandungan Tokotrienol di dalam Minyak Kelapa Sawit Merah adalah yang Terbaik dan paling tinggi.
Tokotrienol nya adalah 60x ganda lebih kuat berbanding Tokoferol.

Dengan mengambil minyak kelapa sawit merah kita mendapat khasiat anti oksidan terbaik untuk kesihatan kita.

KELEBIHAN MINYAK KELAPA SAWIT MERAH:

1. Mengawal Keradangan Dan Kolesterol
2. Membantu Masalah Penyakit Jantung
3. Baik Untuk Kesihatan Otak Manusia
4. Meningkatkan Paras Vitamin A Tubuh
5. Mengurangkan Stres Oksidatif Tubuh
6. Baik Untuk Kesihatan Kulit Dan Rambut

Berdasarkan kajian-kajian yang ada di laporkan dalam jurnal-jurnal perubatan, ternyatalah bahawa Minyak Kelapa Sawit Merah ini adalah minyak sihat yang boleh kita amalkan setiap hari untuk kesihatan yang lebih baik. In Sya Allah.

Sekarang Tuan Puan dah tahu kan kenapa kami pilih REPALMO – RED PALM OIL DR. NORMAN.

Jadikan ini sebagai bahan masakan utama di rumah untuk kesihatan diri dan keluarga.

Address

No 92, Jalan Cermai 17 Taman Kota Masai Pasir Gudang
Johor Bahru

Telephone

+601137396382

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr.Norman Stokis Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr.Norman Stokis Pasir Gudang:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram