Pusat Dialisis Sinar Care

Pusat Dialisis Sinar Care PUSAT HEMODIALISIS NON-HEP
PUSAT PERDAGANGAN PASIR GUDANG

21/04/2026

Balik je dari Klinik Kesihatan, mak ayah kita mesti bawa balik satu beg plastik besar penuh ubat. Pagi telan 3 biji, malam telan 4 biji. Merah, putih, kuning. dah macam makan 'skittles'.

Bila kita tengok, kita selalu cakap, "Alah, biasalah penyakit orang tua."

Sedap je kita normalize kan benda tu jadi macam 'Pakej VIP' bila dah pencen wajib ada 3 Serangkai (Darah Tinggi, Kencing Manis, Kolesterol). Macam tak sah kalau takde.

Statistik terbaru kebangsaan dedahkan realiti yang sangat menakutkan: 68% warga emas di Malaysia ada sekurang-kurangnya DUA penyakit kronik ni serentak.

Bayangkan, hampir 7 dari 10 mak ayah kita sebenarnya tengah bertarung nyawa setiap hari nak pastikan jantung tak 'jammed' dan buah pinggang tak rosak.

Tapi yang paling kelakar (dan seram), kita yang muda ni asyik bebel kat mak ayah suruh pantang makan, padahal kita sendiri tengah gigih 'pre-order' pakej penyakit yang sama.

Pagi pekena teh tarik leleh, tengahari melantak teh ais balang, pukul 1 pagi p**a pekena nasi kandar kuah banjir. Bersenam p**a setahun sekali waktu Family Day syarikat.

Dengar sini, penyakit 3 serangkai ni bukan sejenis magik yang tiba-tiba wujud masa umur 60 tahun sebaik saja kita potong kek pencen. Ia dibina senyap-senyap bermula masa umur kita 20-an dan 30-an.

Waktu ni la pembuluh darah perlahan-lahan mula berkerak dengan sisa kolesterol. Pankreas kita p**a mula 'burnout' sebab hari-hari kena kerja keras pam insulin nak lawan gula yang kita teguk. Bila enjin badan dah rosak teruk, barulah simptom tu meletup keluar masa umur senja.

Hentikan mentaliti "nanti dah tua barulah diet".

Umur 60-an tu sepatutnya waktu untuk kita rehat, pergi masjid, main dengan cucu, dan travel tenang-tenang. Bukan waktu untuk beratur panjang ambil darah, telan ubat segenggam, dan menangis cucuk insulin kat perut sendiri hari-hari.

Sayang sikit badan tu. Kurangkan manis dalam minuman, mulakan berjalan kaki sikit-sikit. Jangan tempah tiket ke wad hospital terlalu awal.

Bagitau kawan korang yang kalau order teh ais, dia punya 'extra manis' tu boleh buat potong kaki. Suruh dia beringat sikit.

13/04/2026
05/04/2026

RM3,920 sebulan.

RM47,040 setahun.

Itu belum masuk kos ulang alik, cuti kerja, makan minum, ubat lain, dan letih yang tak pernah dicaj dalam bil.

Bila kita bercakap tentang kegagalan buah pinggang, ramai nampak mesin.
Ramai nampak hospital.
Ramai nampak rawatan.

Tapi pesakit dan keluarga nampak benda lain.

Mereka nampak duit yang perlu dicari setiap bulan.
Mereka nampak masa yang terpaksa disusun ikut jadual rawatan.
Mereka nampak badan yang semakin lemah.
Mereka nampak hidup yang tak lagi bebas seperti dulu.

Hemodialisis bukan sekadar prosedur.
Ia adalah rutin yang mengubah seluruh hidup.

Suntikan erythropoietin bukan sekadar rawatan tambahan.
Ia adalah sebahagian daripada harga yang terpaksa dibayar untuk terus bertahan.

Bila penyakit buah pinggang sudah sampai ke tahap begini, yang penat bukan pesakit seorang.
Pasangan penat.
Anak penat.
Penjaga penat.
Kewangan rumah penat.

Sebab itu jangan pandang ringan tekanan darah tinggi.
Jangan tangguh kawal diabetes.
Jangan rasa pemeriksaan kesihatan itu boleh dibuat nanti nanti.
Jangan tunggu badan mula rosak baru mahu takut.

Ada penyakit yang datang perlahan, senyap, tanpa bunyi.

Tahu tahu, hidup sudah terikat dengan mesin.
Tahu tahu, simpanan habis sedikit demi sedikit.
Tahu tahu, satu keluarga sedang belajar bertahan dengan cara yang mereka tak pernah bayangkan.

Menjaga buah pinggang bukan sekadar mahu elak sakit.
Kadang kadang ia tentang elak satu keluarga daripada tenggelam dalam kos, letih, dan sedih yang berpanjangan.

Kalau anda masih sihat, jaga sekarang.
Kalau anda ada diabetes atau darah tinggi, ambil serius mulai hari ini.

Sebab bila buah pinggang mula menyerah, seluruh hidup boleh ikut berubah.

29/03/2026

Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak 💧 tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.

⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba.

‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.

23/03/2026

Daulat Tuanku!

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor.

Semoga Allah Peliharakan Sultan 🤲

Salam sejahtera kepada semua pesakit, ahli keluarga dan kakitangan yang dihargai 🌙✨Kami ingin mengucapkan Selamat Hari R...
20/03/2026

Salam sejahtera kepada semua pesakit, ahli keluarga dan kakitangan yang dihargai 🌙✨

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga perjalanan p**ang ke kampung berjalan lancar dan selamat 🚗💨

Luangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang, eratkan silaturahim dan bergembira di hari yang mulia ini ❤️

Maaf zahir dan batin daripada kami semua.🌙✨

Selamat Hari Pembantu Perubatan! 🩺💙Terima kasih kepada semua pembantu perubatan yang sentiasa komited, berdedikasi dan p...
10/03/2026

Selamat Hari Pembantu Perubatan! 🩺💙

Terima kasih kepada semua pembantu perubatan yang sentiasa komited, berdedikasi dan penuh kasih sayang dalam menjaga pesakit setiap hari.

Semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan dalam menjalankan tugas mulia ini.

Terima kasih atas jasa dan bakti anda! 🙏✨

MAKLUMAN KEPADA PESAKIT BUKAN WARGANEGARA MALAYSIADimaklumkan bahawa pusat dialisis kami telah berdaftar dengan Jabatan ...
05/03/2026

MAKLUMAN KEPADA PESAKIT BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa pusat dialisis kami telah berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada Januari 2026.

No. Pendaftaran SST: J31-2512-32000112

Sehubungan itu, bermula 1 Januari 2026, Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% akan dikenakan ke atas jumlah bil rawatan bagi semua pesakit bukan warganegara Malaysia, selaras dengan Akta Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018.

Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Salam Ramadan 2026.Semoga kedatangan bulan yang mulia ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman da...
18/02/2026

Salam Ramadan 2026.
Semoga kedatangan bulan yang mulia ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh iman dan memperbanyakkan amal ibadah.
Selamat menunaikan ibadah puasa.

Salam Tahun Baru Cina 2026.Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kesejahteraan, dan kejayaan dalam setiap langk...
14/02/2026

Salam Tahun Baru Cina 2026.
Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kesejahteraan, dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan.
Ikhlas daripada kami,
Gong Xi Fa Cai.

Address

LOT 204273 Jalan BANDAR PUSAT PERDAGANGAN PASIR GUDANG
Johor Bahru
81700

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 14:00

Telephone

+60167444237

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Dialisis Sinar Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Dialisis Sinar Care:

Share