Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Health Informations in Johor

20/03/2026

Salam Aidilfitri πŸŒ™βœ¨

Alunan takbir bergema, menandakan kemenangan selepas sebulan beribadah. Semoga Syawal yang menjelma membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.

Ikhlas daripada seluruh warga Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Di hari yang mulia ini, biarlah kasih sayang menjadi penawar paling berkat buat kita semua. Maaf Zahir & Batin buat selu...
20/03/2026

Di hari yang mulia ini, biarlah kasih sayang menjadi penawar paling berkat buat kita semua. Maaf Zahir & Batin buat seluruh warga

Setulus Kemaafan, Seindah Kesyukuran ✨Tangan berjabat ukhuwah dipadu,Syawal dinanti penuh kesyukuran;Kemaafan dipinta se...
20/03/2026

Setulus Kemaafan, Seindah Kesyukuran ✨

Tangan berjabat ukhuwah dipadu,
Syawal dinanti penuh kesyukuran;
Kemaafan dipinta seikhlas kalbu,
Moga bahagia dalam keberkatan.

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Gema takbir yang berkumandang selalunya membawa langkah kita pulang ke kampung halaman. Namun, bagi kami di Hospital Sul...
20/03/2026

Gema takbir yang berkumandang selalunya membawa langkah kita pulang ke kampung halaman. Namun, bagi kami di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB), 1 Syawal adalah tentang pengorbanan dan amanah yang perlu digalas demi kesejahteraan komuniti khususnya pesakit.

Mungkin ada rasa sayu melihat rakan-rakan lain pulang beraya, tetapi perasaan itu segera hilang apabila melihat senyuman rakan setugas yang setia di sisi. Di sini, kami belajar bahawa keluarga itu tidak semestinya bertalian darah. Walaupun berjauhan daripada keluarga di kampung halaman, di koridor hospital inilah kami menemui makna persaudaraan yang sebenar.

Syawal kami tetap bermakna kerana diraikan bersama mereka yang memahami erti bakti tanpa jemu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada kami,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh Warga Kerja

Semoga inisiatif ini dapat memberi ruang kepada keluarga untuk meraikan Syawal bersama-sama insan tersayang yang sedang ...
19/03/2026

Semoga inisiatif ini dapat memberi ruang kepada keluarga untuk meraikan Syawal bersama-sama insan tersayang yang sedang menerima rawatan.
Sila patuhi etika melawat dan arahan petugas hospital demi keselesaan semua pesakit. Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri & Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor, urusan pengambilan ubat susulan di lokasi t...
17/03/2026

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri & Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor, urusan pengambilan ubat susulan di lokasi terlibat adalah seperti berikut:

πŸ—“οΈ Tarikh Tutup: 20 - 24 Mac 2026 (Jumaat hingga Selasa)
πŸ’Š Ambil Semula: Mulai 25 Mac 2026 (Rabu)

Lokasi Terlibat:
βœ… PPUSS Persiaran Tanjung Tampoi
βœ… Farmasi Pandu Lalu KK Taman Universiti
βœ… Farmasi Pandu Lalu KK Kulai Besar
βœ… Janji Temu PPUSS HSAJB

Sebarang pertanyaan, hubungi:
πŸ“ž 07-225 7000 (ext: 2619)

Harap maklum. Terima kasih.

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI POLIKLINIK PAKAR HSAJBOperasi Poliklinik Pakar HSAJB akan ditutup sempena sambutan Hari Ray...
17/03/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI POLIKLINIK PAKAR HSAJB

Operasi Poliklinik Pakar HSAJB akan ditutup sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor pada ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh Tutup: 20 hingga 24 Mac 2026 (Jumaat - Selasa)
πŸ“… Tarikh Beroperasi Semula: 25 Mac 2026 (Rabu)

⚠️ PERHATIAN KEPADA PESAKIT:
Bagi pesakit yang mempunyai janji temu pada tarikh-tarikh cuti tersebut, anda diminta untuk menghubungi klinik berkaitan bagi proses penjadualan semula (reschedule) tarikh janji temu anda.

Kerjasama dan perhatian anda amatlah dihargai. Harap maklum.

Hari ini Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) HSAJB dengan kerjasama Unit Psikologi & Kaunseling serta AKRAB, Jabatan K...
17/03/2026

Hari ini Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) HSAJB dengan kerjasama Unit Psikologi & Kaunseling serta AKRAB, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah berjaya melaksanakan Program Santunan Kasih Aidilfitri.

Program ini dianjurkan khas sempena Sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia 2026 bagi menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan di wad. Kehadiran kami bukan sekadar membawa buah tangan, tetapi bertujuan menyuntik semangat dan membawa keceriaan Aidilfitri kepada mereka yang memerlukan sokongan emosi dan sosial.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aspirasi murni ini. Kerana kami percaya, kerja sosial adalah nadi kesejahteraan komuniti.

πŸ“’ NOTIS SEBUT HARGA: HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSAJB)Pihak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru menjemput kontraktor yan...
17/03/2026

πŸ“’ NOTIS SEBUT HARGA: HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSAJB)

Pihak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru menjemput kontraktor yang berkelayakan (Gred G2-G7) untuk menyertai sebut harga bagi kerja-kerja teknikal di Bangunan Wad Perubatan Perempuan (PP1).

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH III Seluruh warga kerja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) m...
17/03/2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH III

Seluruh warga kerja Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Mardyiana binti Md Seman atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah III, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru berkuat kuasa pada 17 Mac 2026.

Semoga dengan pelantikan ini, HSAJB akan terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Selamat menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi!

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN UNIT TERAPI CARA KERJA (HSAJB)Tutup: 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 24 Mac 2026 (Selasa)Buka Semula: 2...
16/03/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN UNIT TERAPI CARA KERJA (HSAJB)

Tutup: 20 Mac 2026 (Jumaat) hingga 24 Mac 2026 (Selasa)
Buka Semula: 25 Mac 2026 (Rabu)

πŸ“ž Pertanyaan Lanjut:
Sila hubungi talian 07-225 7150

Terima kasih.

Address

Jalan ABU BAKAR SULTAN
Johor Bahru
80100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram