Unit Komuniti Hospital Permai

Unit Komuniti Hospital Permai create a balanced, productive & psychologically healthy society

To create a balanced, productive and psychologically healthy society, and to emphasize mental health promotion and prevention of psychosocial problems.

Ceramah Program kerjasama AADK dan CPU HPJB bil 1/6.3.2026 di bawah Program Mobilisasi Rawatan tanpa Sempadan (MRT) bers...
07/03/2026

Ceramah Program kerjasama AADK dan CPU HPJB bil 1/6.3.2026 di bawah Program Mobilisasi Rawatan tanpa Sempadan (MRT) bersama Pasukan Community Psychiatry (CPS) dan Program Kelompok bersama Klien Dual Diagnosis Hosp Permai Johor Bahru

Sempena ketibaan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kami dari Unit Komuniti Hospital Permai Johor Bahru ingin men...
18/02/2026

Sempena ketibaan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kami dari Unit Komuniti Hospital Permai Johor Bahru ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

Semoga Ramadhan pada tahun ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik serta kekuatan iman dalam melaksanakan ibadah puasa dan amalan-amalan yang mulia.

Semoga setiap detik di bulan yang suci ini
dipenuhi dengan rahmat, keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT, serta mengeratkan lagi silaturahim, semangat kasih sayang dan keprihatinan sesama insan.

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Sempena kedatangan Tahun Baru Cina 2026, kami dari Unit Komuniti Hospital Permai Johor Bahru ingin mengucapkan Selamat T...
17/02/2026

Sempena kedatangan Tahun Baru Cina 2026, kami dari Unit Komuniti Hospital Permai Johor Bahru ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang menyambut perayaan ini.

Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum demi membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Semoga Tahun Baru ini membuka lembaran baharu yang lebih bermakna, penuh harapan dan membawa kebaikan kepada kita semua

15/02/2026

Bismillāh hi wa ‘alā barakatillāh” (بِسْمِ اللهِ وَعَلَى بَرَكَةِ اللهِ)

11 Februari 2026 | Alhamdulillah rezeki dari Allah swt. Majlis Ambang Ramadhan 2026 & Majlis Farewell Staf Unit Komuniti Psikiatri (CPU) Hospital Permai Johor Bahru

11 Februari 2026 | Unit Komuniti Psikiatri (CPU) Hospital Permai Johor Bahru telah menjayakan Majlis Ambang Ramadhan 202...
14/02/2026

11 Februari 2026 | Unit Komuniti Psikiatri (CPU) Hospital Permai Johor Bahru telah menjayakan Majlis Ambang Ramadhan 2026 dengan bacaan Yassin & Tahlil. Semoga Ramadhan yang akan menjelang tiba membawa rahmat, keberkatan serta kemuliaan kepada kita semua.

Pada masa yang sama, kita turut meraikan Majlis Farewell bagi staf yang telah meninggalkan CPU iaitu Muazam, Firdaus dan Aqib. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang mereka berkhidmat bersama CPU.

27 Januari 2026 | Mesyuarat Dalaman Anggota Unit Komuniti Psikiatri (CPU) Bil. 1/2026. Mesyuarat ini bertujuan membincan...
14/02/2026

27 Januari 2026 | Mesyuarat Dalaman Anggota Unit Komuniti Psikiatri (CPU) Bil. 1/2026. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan hal-hal berkaitan operasi unit, penyelarasan tugas dalam kalangan anggota, perancangan serta pembentangan Takwim CPU untuk tahun 2026.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan untuk mengadakan Majlis Farewell bagi menghargai dan meraikan staf yang telah meninggalkan CPU.

Semoga tahun baru ini membawa sinar harapan, kesihatan yang baik, kekuatan semangat serta kejayaan dalam setiap usaha ki...
31/12/2025

Semoga tahun baru ini membawa sinar harapan, kesihatan yang baik, kekuatan semangat serta kejayaan dalam setiap usaha kita. Terima kasih atas kerjasama, dedikasi dan komitmen semua warga kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan tekad yang lebih kukuh, semangat berpasukan yang utuh serta keazaman untuk terus berbakti.

Bersama Melangkah, Bersama Berkhidmat

01/12/2025

28 November 2025 | Selesai sudah Majlis Jamuan Akhir Tahun 2025 bagi Unit Komuniti Psikiatri (CPU) & Mentari, Hospital Permai Johor Bahru.

Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin terus kukuh, dan kita semua terus kekal cemerlang, gemilang, dan terbilang di tahun 2026 yang bakal menjelang.

28 November 2025 | Telah berlangsung Majlis Jamuan Akhir Tahun CPU & Mentari bertemakan “Orang Kampung Dulu-Dulu”, menye...
01/12/2025

28 November 2025 | Telah berlangsung Majlis Jamuan Akhir Tahun CPU & Mentari bertemakan “Orang Kampung Dulu-Dulu”, menyerlahkan suasana nostalgia dan keceriaan.

Majlis ini turut diserikan dengan sesi bertukar-tukar hadiah di antara staf, menambah kemesraan dan keakraban warga CPU & Mentari, Hospital Permai Johor Bahru.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini, menjadikan ia kenangan manis untuk diingati bersama.

27 & 28 November 2025 | Di sebalik gemerlap majlis, terdapat orang-orang kuat di belakang tabir yang bekerja dengan penu...
01/12/2025

27 & 28 November 2025 | Di sebalik gemerlap majlis, terdapat orang-orang kuat di belakang tabir yang bekerja dengan penuh dedikasi bagi memastikan Majlis Jamuan Akhir Tahun CPU & Mentari 2025 berjalan lancar dan meriah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam persiapan, kerana tanpa usaha dan kerjasama mereka, majlis yang penuh keceriaan ini tidak mungkin dapat direalisasikan.

KURSUS PSYCHOLOGICAL FIRST AID (PFA)25 April 2024 | Menghadiri Kursus PFA Bahagian Komuniti Psikiatri & Rehabilitasi Ber...
26/04/2024

KURSUS PSYCHOLOGICAL FIRST AID (PFA)

25 April 2024 | Menghadiri Kursus PFA Bahagian Komuniti Psikiatri & Rehabilitasi Bertempat Di Bilik Seminar Unit Komuniti Psikiatri (CPU) Hospital Permai Johor Bahru

PRA AUDIT PENSIJILAN AKREDITASI MSQH EDISI KE 6 HPJB 20 Februari 2024 | Pra Audit Pensijilan Akreditasi MSQH Edisi Ke 6 ...
20/02/2024

PRA AUDIT PENSIJILAN AKREDITASI MSQH EDISI KE 6 HPJB

20 Februari 2024 | Pra Audit Pensijilan Akreditasi MSQH Edisi Ke 6 Telah Dijalankan Di Unit Komuniti Psikiatri (CPU) Hospital Permai Johor Bahru. Semoga Mendapat Keputusan Yang Baik Dan Memuaskan.

Address

Jalan Persiaran Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Komuniti Hospital Permai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Komuniti Hospital Permai:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram