NTDOT

NTDOT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NTDOT, Medical and health, Jalan Daya, Taman Daya, Tebrau, .

Info kesihatan..KENAPA GASTRIK BOLEH TERJADI?Gastrik merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Ke...
21/12/2021

Info kesihatan..

KENAPA GASTRIK BOLEH TERJADI?

Gastrik merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut. Keadaan ini berlaku apabila terjadinya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.

Disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, terdapat satu mekanisme terbentuk yang dirujuk sebagai protective mechanism.

Ia berperanan melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis. Mekanisme ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukus yang menjadi penghalang (protective layer) kepada asid daripada mengenai dinding perut.

Jadi seandainya anda mengalami masalah gastrik angin, ia bermakna, berlaku atau terdapat sesuatu yang telah mengganggu penghasilan lapisan ini.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gastrik angin. Ia melibatkan sesuatu yang mengakibatkan gangguan pada penghasilan mukus di dalam perut sehingga mewujudkan keradangan.Antaranya seperti:

1.Jangkitan bakteria
2.Tahap tekanan yang tinggi pada badan
3.Pengambilan ubat tahan sakit
4.Tindak balas dengan makanan atau ubat.

Terdapat beberapa tanda yang boleh menunjukkan seseoragng itu mengalami masalah gastrik. Ia adalah:

1.Sakit apabila ditekan pada bahagian ulu hati
2.Jika masalah gastrik itu teruk sehingga mana menyebabkan perut dinding bocor, selalunya pesakit akan mengadu sakit pada keseluruhan perut. Dan apabila ditekan pada bahagian perut, pesakit akan cuba mengelak disebabkan sakit yang terlampau.

Terdapat dua cara yang boleh dilakukan kepada mereka yang sering menghadapi masalah gastrik ini iaitu mengambil ubat yang diberikan oleh doktor dan juga mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Selain itu anda boleh mengamalkan MD7 NTDOT sebagai makanan tambahan anda yang mengandungi pelbagai nutrisi dan anti-oksidan.NTDOT membantu melegakan masalah gastrik dan pelbagai jenis penyakit.

Tunggu apa lagi? Dapatkan NTDOT ada sekarang!!!

"NTDOT WIN WIN MA"

Testimoni NTDOT 👆4 tahun alami penyakit kudis kulit, bermacam - macam ubat dan usaha ..tidak juga sembuh.. Baru 3 hari m...
21/12/2021

Testimoni NTDOT 👆

4 tahun alami penyakit kudis kulit, bermacam - macam ubat dan usaha ..tidak juga sembuh.. Baru 3 hari makan NTDOT..
Alhamdulillah dah mula baik👍👍👍
Kita Doa semoga Pesakit ini Sembuh Mutlak dgn izin Allah & Asbab MENGAMALKAN NTDOT.

Apakah NTDOT dan Siapa yang Memformulasikannya ?✅ NTDOT adalah produk anti-parasit yang telah direka dengan kerjasama ol...
21/12/2021

Apakah NTDOT dan Siapa yang Memformulasikannya ?
✅ NTDOT adalah produk anti-parasit yang telah direka dengan kerjasama oleh sekumpulan Pengamal perubatan Alternatif dan juga Pihak WIN. Kami berusaha pada kira-kira lebih dari 10 bahan yang berpotensi sebagai anti-parasit pada masa yang sama.

✅ Semasa proses reka bentuk, kami mengambil keputusan untuk mengfokuskan usaha kami pada "NTDOT" seperti yang dijanjikan untuk menjadi pilihan yang paling efektif.

✅ NTDOT ialah kombinasi Seni dan Sains gabungan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan serta makanan Sunnah yang terpilih. Dalam proses penciptaan dan ujian, produk ini terbukti secara Efektif. Pada masa ini, ia adalah satu-satunya Produk yang berjaya dibangunkan. Sekiranya keuntungan adalah matlamat yang utama, adalah mustahil untuk menjual NTDOT di dalam negara dan luar negara pada harga yang baik.
*Kenapa NTDOT adalah sangat bagus dan berbeza berbanding pilihan rawatan parasit yang lain?*
♦ Sepertimana yang telah diberitahu, ianya adalah satu-satunya perawatan masa kini yang efektif untuk menghapuskan parasit dari badan yang terdapat didunia ini. NTDOT memusnah dan menjalankan pembersihan keatas habitat parasit pada semua tempat, daripada otak, jantung, hati dan usus. Tidak terdapat ubatan lain yang boleh melakukan sedemikan.
♦ Malahan NTDOT bukanlah ubatan kimia tetapi sepenuhnya adalah produk semulajadi yang tidak menyebabkan sebarang kesan alahan, ketidakseimbangan usus, dan masalah-masalah lain yang mungkin berlaku ketika pengambilan pil rawatan. Selain daripada menyediakan rawatan, ianya juga membolehkan badan mencerna pelbagai sebatian kimia.

❗❗❗
Saya rasa pembaca PASTI ingin tahu dimana boleh MENDAPATKAN NTDOT❓❓

💎 Kini NTDOT Hanya boleh dibeli pada mana-mana Ejen dan stokis serta Ahli kami yang berdaftar di seluruh Negeri termasuk yang terkini di Brunei & Singapura.

💎 Satu-satunya perkara yang saya ingin katakan ialah - berhati-hati dengan kehidupan dan kesihatan anda. Anda mungkin tidak mengesyakinya tetapi terdapat 97-98% risiko parasit untuk hidup dalam diri anda. Mereka boleh terdapat dimana sahaja. Dalam darah, paru-paru, hati atau otak. Parasit secara luaran tidak kelihatan memakan diri anda, tetapi dari dalam tubuh anda ianya bertindak secara serentak meracun badan.

💎 Akibatnya, anda menerima pelbagai masalah dengan kesihatan anda dan mengurangkan jangka hayat anda 15-25 tahun. Belum lagi sebut tentang kematian secara tiba-tiba, mereka juga kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor parasit yang terdapat dalam tubuh manusia.

MOTIVASI WINJom luangkan sedikit masa untuk bacaKejayaan Itu Milik AllahBelajar Bukan Untuk Periksa…“Perjuangan adalah k...
21/12/2021

MOTIVASI WIN
Jom luangkan sedikit masa untuk baca
Kejayaan Itu Milik Allah

Belajar Bukan Untuk Periksa…

“Perjuangan adalah kesempatan buat orang yang bijak menilai diri…”
Ramai pelajar menganggap bahawa mereka ini menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan sijil-sijil yang melayakkan mereka mendapat tempat di pasaran kerja pada masa hadapan. Namun hakikatnya, semua ini merupakan satu perkara yang merugikan mereka jika tanggapan sebegini tidak dikikis. MENUNTUT ILMU/ BELAJAR HANYA UNTUK PERIKSA?

Adakah anda merasakan perkara ini merupakan suatu perkara yang berbaloi? Bagi saya, ianya tidak sama sekali. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali”.

(Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darim)
Seharusnya kita semua sedar bahawa menuntut ilmu itu seharusnya di ‘istiqamah’ kan sehinggalah ke saat nyawa di hujung halqum. Namun realitinya sekarang ini berbeza. Ramai insan-insan yang dahulunya merupakan seorang pelajar, pelajar yang bijak dan pintar, apabila melangkah ke alam pekerjaan menjadikan diri mereka ini sebagai manusia yang mempunyai ‘mentaliti mangsa’ – s**a menyalahkan sesuatu keadaan/ situasi.

“Alah, aku dah kerja, buat apa belajar lagi! Buang masa ja.”

Maka, sebelum menghadapi peperiksaan, saya ingin mengajak kita sama-sama perbetulkan niat kita menuntut ilmu dan berguru selama ini. Perlu diketahui bahawa peperiksaan itu hanya sebagai wasilah (jalan) untuk menguji, setakat manakah kita menguasai sesuatu bidang tersebut.

Dan yang paling penting, niat menuntut ilmu itu perlulah jelas. Kita meletakkan mencapai redha Allah SWT sebagai yang utama, kemudian barulah mencapai kejayaan itu sendiri. Tanpa redha Allah SWT, segala usaha dan perahan otak kita itu hanya sia-sia.

Dan Allah SWT jugalah yang memberikan kejayaan kepada hamba-hambaNya.

Ingat! Belajar bukan untuk peperiksaan tetapi peperiksaan itu hanya sebagai wasilah kepada kejayaan redha Allah SWT, dunia dan akhirat.

Formula Kejayaan Seorang

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

“Yes! Dapat keputusan cemerlang..berbaloi pun usaha aku selama ni.”

Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.

Jarang sekali kita bersyukur…

Bagi seorang yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut i lmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu ‘datang dari Allah SWT’. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar ‘berbatu-batu’ jauhnya daripada diri mereka.

Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah

Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8;

” … Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)”

Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT

Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah

Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu ‘meminta’. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, bermaksud;

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanyakan engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa.

“Jenama pilihan seisi keluarga”   - Terapi Alternatif MENTAL,FIZIKAL,SPIRITUAL DAN ROHANI .GABUNGAN SENI DAN SAINS TUMBU...
21/12/2021

“Jenama pilihan seisi keluarga”
- Terapi Alternatif MENTAL,FIZIKAL,SPIRITUAL DAN ROHANI .
GABUNGAN SENI DAN SAINS TUMBUH-TUMBUHAN,BUAH-BUAHAN & MAKANAN SUNNAH.
Terapi yang memberikan keseimbangan terhadap 7 penghulu Tubuh dan 40 anggota badan

NTDOT NUMBER ONE!

Kejayaan Milik Orang yang BerusahaBak kata pepatah Arab yang biasa kita dengar, man jadda wajada wa man zara'a hasoda. P...
21/12/2021

Kejayaan Milik Orang yang Berusaha
Bak kata pepatah Arab yang biasa kita dengar, man jadda wajada wa man zara'a hasoda. Pepatah Arab tersebut bermaksud sesiapa yang berusaha (InsyAllah) akan mendapat apa yang diusahakannya dan sesiapa yang bercucuk tanam (InsyAllah) akan menuai hasilnya."

Apakah pengajaran yang kita dapat daripada pepatah tersebut?

Setiap kejayaan seseorang, bermula daripada susah payahnya dalam menempuh dugaan dan cabaran sehinggalah kejayaan dapat diraih dan dirasai dengan penuh rasa syukur. Kejayaan tidak datang bergolek seperti guli yang dibaling tepat mengenai sasarannya. Di sebalik usaha yang dilakukan, akan terbit rasa puas hati. Perasaan itulah yang membuatkan kita lebih menghargai kejayaan yang dikecapi setelah berpenat lelah menggapainya.

Pintu rezeki, pahala, ilmu, kegembiraan dan kebaikan amat luas. Jadi, sesiapa yang berusaha, dialah yang dapat memasuki pintu tersebut.

Bagaimana menghargai kejayaan yang telah dikecapi?

Bersyukur kepada Allah adalah cara paling terbaik menghargai kejayaan kita. Sekuat mana usaha kita, jika Allah tidak perkenankan, tidak ketemu juga kejayaannya. Maka bersyukur adalah cara yang terbaik, utama dan paling mudah dilakukan. Jangan sesekali sombong dan berlagak dengan kejayaan kita.

Juga jangan dilupakan kepada orang yang menjadi tulang belakang yang kuat memberikan sokongan kepada kita sepanjang perjalanan menuju kejayaan.

Nikmat yang Allah kurniakan tidak terhitung banyaknya. Cuma kita sebagai hambaNya perlu menggunakan nikmat itu dengan sebaik-baiknya.

Akhir sekali, dalam menempuhi dugaan dan cabaran untuk meraih kejayaan, lakukanlah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. InsyaAllah pasti manis akhirnya.

Kalau tidak dipecahkah ruyung manakan dapat sagunya.
WIN NUMBER ONE
GO NTDOT

Address

Jalan Daya, Taman Daya, Tebrau

81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NTDOT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram