09/09/2022
Manakala dalam sebuah riwayat yang lain daripada Jabir bin Abdullah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali tanpa sebarang darurat maka Allah akan mengunci matt jantung batinya."
Riwayat al-Nasa'ie (1370)
Mulla 'Ali al-Qari dalam menjelaskan hadith ini menukilkan satu pendapat ulama' yang menyatakan bahawa mereka meninggalkannya kerana mengambil mudah. Manakala al-Aini p**a menyebut: "Perkataan bermaksud meninggalkannya disebabkan sikap malas dan culas dalam melaksanakannya." (Lihat Mirqat al-Mafatih, 3/1024)
Justeru, hadith dalam riwayat-riwayat ini jelas menunjukkan ancaman yang dinyatakan adalah terhadap mereka yang meninggalkan solat Jumaat disebabkan meremehkannya. mengambil mudah pelaksanaannya serta dalam keadaan tidak wujud sebarang darurat.
Oleh itu, maksud hadith di atas adalah mereka yang meninggalkan tanpa adanya darurat dan tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak. Adapun jika ada keuzuran dan juga darurat, yang menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan solat Jumaat, maka mereka tidak termasuk dalam ancaman seperti yang dinyatakan di dalam hadith.