20/03/2026
πππππ π ππππ ππ’ππ’π₯ π¦ππ‘π§π¨π‘π πππππ¦ π£ππ‘πππ ππ π ππππ π ππ‘ππ₯π¨π¦π π£π₯π’ππ₯ππ ππππ₯ππ π₯ππ ππππ‘ πππ‘ π§πππ¨π‘ πππππ₯π¨ πππ‘π.
Keprihatinan terhadap kebajikan rakan seperjuangan terus menjadi keutamaan apabila Kelab Media Johor menganjurkan Program Ziarah Ramadan dan Tahun Baharu Cina, bagi menyantuni bekas ahli serta pengamal media yang memerlukan.
Program yang dilaksanakan di sekitar Kulai dan Johor Bahru itu,menyaksikan seramai lapan penerima daripada pelbagai kaum menerima sumbangan.
Antara penerima sumbangan, bekas ahli media dari agensi Utusan, Encik Mohd Saat Yaacob yang mengalami sakit jantung dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Selain, bekas ahli media dari agensi TV3, Encik Iedrus Rahmat yang mengalami sakit jantung dan kanser hati serta bekas ahli media dari Sinchew TV, Tan Kim Huat yang mengalami kabur penglihatan.
Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak berkata, program tersebut merupakan antara inisiatif tahunan Kelab Media Johor, dalam memastikan kebajikan rakan media, khususnya bekas ahli, terus diberi perhatian.
Menurut beliau, program ziarah seperti itu bukan sahaja bertujuan menyampaikan sumbangan, malah menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memastikan bekas pengamal media sentiasa disantuni dan tidak dipinggirkan.
βKelab Media Johor sentiasa menghargai jasa serta sumbangan rakan-rakan media yang pernah berkhidmat dalam industri ini.
Melalui program ini, kita dapat
menziarahi mereka secara dekat dan berkongsi sedikit rezeki bagi meringankan beban yang ditanggung,β katanya.
Beliau berharap sumbangan yang disampaikan dapat membantu meringankan perbelanjaan penerima, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Turut menyumbang bagi menjayakan program kali ini, Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching merangkap Ahli Parlimen Kulai.