Infinite Physio Rehabilitation

Infinite Physio Rehabilitation Physiotherapy and Rehabilitation Services

28/04/2023

PHYSIOTHERAPY SERVICES
PERKHIDMATAN RAWATAN FISIOTERAPI

Kami menyediakan rawatan fisioterapi ke rumah anda.

Jenis-jenis penyakit seperti:
Stroke ( angin ahmar)
Spinal cord injury ( lumpuh )
Sport injury ( kecederaan sukan dan fizikal )
Back/neck pain ( sakit belakang dan leher )
Joint pain ( sakit sendi )
Knee/heel pain ( sakit lutut dan tumit )
Suctioning ( sedut kahak)
Post-fracture ( patah tulang )
Special child ( cerebral palsy, CTEV, torticolis)















Utk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami
www.wasap.my/60177946964/infinitephysiorehab

Smile dont frown, Look up dont look down.Believe in yourself dont let yourself go.Just be who you are and let your live ...
17/05/2018

Smile dont frown, Look up dont look down.
Believe in yourself dont let yourself go.
Just be who you are and let your live flow.

We are here to support you. There are still chances. They are still hope. They are life after stroke.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Adakah anda pernah atau sedang mengalami sakit bahu? sakit apabila melakukan perge...
11/02/2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Adakah anda pernah atau sedang mengalami sakit bahu? sakit apabila melakukan pergerakkan? pergerakkan bahu anda terbatas? Pernahkah anda dengar tentang 'Frozen Shoulder"?

Frozen shoulder ialah kondisi di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Tulang-tulang, ligamen dan tendon yang membentuk sendi bahu adalah bersalut dalam kapsul tisu penghubung. Apabila kapsul ini pekat dan mengetatkan sekeliling sendi bahu, sekaligus menyekat pergerakannya terjadilah frozen shoulder ini.

Simptom utama yang akan dialami adalah kesakitan dan kekerasan di bahu dan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakannya. Kesakitan akan bertambah dengan setiap gerakan. Otot akan semakin mengecil disebabkan penghidap yang cuba mengurangkan rasa kesakitan dengan mengelak dari melakukan aktiviti. Kesakitan berterusan turut dirasai ketika berehat/tidur dan menggangu kualiti hidup penghidap.

Frozen Shoulder sering terjadi kepada pesakit berumur 40 hingga 70 tahun, dan ia paling kerap beralaku kepada kaum wanita.

Orang yang telah mengalami imobiliti berpanjangan atau pergerakan yang terbatas pada bahu mempunyai risiko tinggi mendapat Frozen Shoulder. Imobiliti mungkin terhasil daripada beberapa faktor, seperti angin ahmar, patah tangan, penyakit sistemik, kecederaan pada otot bahu, dan juga pemulihan daripada pembedahan.

Orang yang mempunyai masalah perubatan tertentu juga boleh terdedah kepada Frozen Shoulder. Contohnya termasuk diabetes, tuberculosis, parkinson, penyakit kardiovaskular dan juga tiroid.

Rawatan fisioterapi yang kami sediakan untuk penyakit ini adalah pertama, modaliti untuk mengurangkan sakit. Rawatan haba atau sejuk digunakan untuk mengurangkan sakit. Rawatan ais dinasihati digunakan setiap kali selepas melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential p**a akan dapat mengurangkan sakit, mengawal keradangan serta melancarkan pengaliran darah yang seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan. Kedua senaman, senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot bahu.

Jika anda, keluarga atau rakan-rakan anda yang mempunyai Frozen shoulder, bolehlah mendapatkan rawatan fisioterapi kami dengan segera. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 017-7946964.

'TO SEE SOMETHING BE SOMETHING'

Believe in yourself, conquer your goals and be happy. Nothing worth having was ever achieved without effort.            ...
06/02/2018

Believe in yourself, conquer your goals and be happy. Nothing worth having was ever achieved without effort.

Hi Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Adakah anda tahu bahawa setiap individu memiliki bentuk tapak kaki berbeza. Ad...
29/01/2018

Hi Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adakah anda tahu bahawa setiap individu memiliki bentuk tapak kaki berbeza. Ada yang memiliki jenis tapak kaki melengkung, sederhana rata, rata sepenuhnya atau bengkok ke dalam.

Mungkin ramai yang tidak tahu jenis bentuk kaki masing-masing sehinggalah ada antara kita yang cepat dan kerap sakit dia bahagian tapak kaki, tumit serta betis apabila berjalan lama dan akhirnya memaksa individu terbabit melakukan pemeriksaan kaki atau bertemu pakar perubatan.

Terdapat 3 jenis "lengkungan tapak kaki" atau " foot arch "

1. Normal arch
2. High arch
3. Flat foot

Kenali jenis tapak kaki anda. Adakah anda mempunya struktur lengkungan yang normal atau mungkin tidak.

Anda juga boleh mencuba di rumah. Mudah saja, sapu tapak kaki anda dengan menggunakan bedak dan kemudian pijak diatas kertas hitam.

Untuk sebarang pertanyaan boleh pm atau hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada fisioterapi.

Just seeing the smile on her face is enough to keep me statisfied.Seeing her happy again is better than any feeling in t...
22/01/2018

Just seeing the smile on her face is enough to keep me statisfied.

Seeing her happy again is better than any feeling in the world.

"TO SEE SOMETHING BE SOMETHING"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Sudahkan anda tahu apakah struktur badan anda? Adakah ia normal? skoliosis? kifosi...
22/01/2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sudahkan anda tahu apakah struktur badan anda? Adakah ia normal? skoliosis? kifosis? ataupun lordosis?

Memahami tulang belakang anda dan bagaimana ia bekerja amat penting. Ia dapat membantu anda untuk lebih memahami masalah yang terjadi akibat proses kerosakkan pada tulang belakang dan juga kondisi-kondisi yang lain.

Posisi tulang yang salah atau tidak pada tempatnya dapat memengaruhi posture atau struktur tubuh anda.

Skoliosis mempunyai tulang belakang yang melengkung ke tepi (kiri atau kanan). Lengkungan tulangnya berbentuk seperti huruf S atau C. Jika kelengkungan sudah mencapai lebih dari 10 darjah, maka ini sudah dianggap sebagai skoliosis. Orang yang mengalami skoliosis boleh dilihat melalui bahu atau pinggulnya yang tidak sama.

Kifosis adalah di mana kelengkungan yang terjadi pada punggung atas (lebih dari 50 derajat). Orang yang mengalami kifosis dapat dilihat dari strukrur tubuhnya yang membongkok. Kifosis sering terjadi pada wanita yang sudah tua berhubungan dengan usia dan osteoporosis.

Lordosis terjadi jika tulang belakang pada punggung bawah melengkung ke depan secara berlebihan. Normalnya, tulang pada punggung bawah memang melengkung, tapi jika lengkungan terlalu masuk ke dalam, ini dipanggil lordosis. Lordosis dapat memengaruhi punggung bawah dan leher anda.

Jika anda mempunyai masalah struktur badan seperti berikut, jangan biarkan sehingga ia mendatangkan kesan kesan komplikasi kepada diri anda. Kerana seperti kita tahu, kesihatan tubuh badan adalah amat penting untuk kita bekerja mencari rezeki dan membuat aktiviti seharian. Jangan biarkan ia mengganggu kesihatan anda.

Atau mungkin juga ada diantara anda yang mungkin perasan atau tidak samada struktur badan anak anda adalah yang mana satu diantara berikut.

Rawatan fisioterapi sedikit sebanyak dapat membantu dalam membaik pulih keadaan struktur tubuh badan anda. Pada sesiapa yang mempunyai masalah struktur badan yang tak normal, boleh segera menghubungi kami untuk khidmat nasihat dan rawatan daripada fisioterapis yang bertauliah.

"TO SEE SOMETHING BE SOMETHING"


Rawatan awal fisioterapi adalah penting bagi mereka yang menghidap penyakit stroke. Jangan biarkan ahli keluarga anda di...
20/01/2018

Rawatan awal fisioterapi adalah penting bagi mereka yang menghidap penyakit stroke. Jangan biarkan ahli keluarga anda dibiarkan di rumah tanpa rawatan Fisioterapi.

Ini kerana, jika stroke tidak dirawat dari awal ia mungkin mendatangkan komplikasi yang lebih teruk. Dan akan melambatkan proses baik pulih. Fisioterapi membantu dalam meningkatkan fungsi fizikal pesakit ke tahap tertinggi yang mampu dicapai oleh mereka.

Kami juga membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit agar mampu melakukan aktiviti harian tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.
Lebih awal fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dan merangsang kembali deria rasa ke otak.

Kami menyediakan sesi rawatan terus ke rumah anda. Kerana, ramai antara kita yang mempunyai kekangan masa, atau mungkin masalah dari segi pengangkutan dan sebagainya.

Kepada sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit stroke, boleh menghubungi kami untuk mendapatkan nasihat dan rawatan fisioterapi.
Terima kasih.

"TO SEE SOMETHING BE SOMETHING"


Assalamualaikum dan selamat sejahteraPada masa kini masyarakat malaysia tidak lari dari penyakit stroke/ angin ahmar. Ta...
17/01/2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada masa kini masyarakat malaysia tidak lari dari penyakit stroke/ angin ahmar. Tahukah anda apa itu stroke? Apakah punca berlakunya stroke? Apakah tanda-tandanya? Adakah anda tergolong dalam golongan yg berisiko utk mendapat penyakit ini?

Stroke adalah keadaan dimana salur darah ke otak terganggu, hal ini menyebabkan otak tidak dapat menerima sepenuhnya oksigen dan akan juga menyebabkan sel-sel bahagian otak tersebut rosak.

Stroke terbahagi kepada dua jenis: pertama ischemic stroke, dimana saluran darah tersumbat. Yang kedua hemorrhagic stroke, dimana saluran darah pecah.

Apabila berlakunya stroke seseorang itu mungkin akan mengalami tanda-tanda seperti kesukaran untuk memahami dan bercakap. Kedua penglihatan juga akan terganggu dimana penglihatan pesakit mungkin akan kabur. Ketiga otot sebelah bahagian muka dan anggota (tangan, kaki) secara tiba-tiba menjadi kebas, lemah atupun lumpuh. Keempat sessorang itu mungkin akan mengalami sakit kepala sehingga menyebabkan muntah, pening atau tidak sedarkan diri. Kelima pesakit mungkin mengalami masalah dari segi kesukaran dalam berjalan, dan keseimbangan badan.

Punca risiko yang menyebabkan penyakit ini adalah obesity, mereka yang mempunyai darah tinggi, kurang bersenam, merokok, peminum alkohol yang tegar, mereka yang mempunyai kolestrol yang tinggi, dan diabetes/kencing manis.

Adakah anda tahu sekiranya penyakit ini tidak dirawat dari awal ia mungkin mendatanglan komplikasi-komplikasi yang teruk?

Sekiranya terdapat ahli keluarga anda atau kawan-kawan anda yang mengalami atau sedang menderita penyakit stroke ini, bolehlah mendapatkan nasihat doktor dan rawatan awal fisioterapi, agar dapat membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

(SPORT INJURY REHAB/ REHAB KECEDERAAN SUKAN)Assalamualaikum dan selamat sejahteraDo you know what should you do BEFORE a...
14/01/2018

(SPORT INJURY REHAB/ REHAB KECEDERAAN SUKAN)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Do you know what should you do BEFORE and AFTER exercise?
Do you know how to prevent sports injury?
Do you know what should you do if you having injury?

Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan SEBELUM dan SELEPAS bersukan?
Adakah anda tahu bagaimana cara untuk mengelakkan dari mendapat kecederaan?
Adakah anda tahu apa perlu dialakukan sekiranya berlaku kecederaan?

*Sekiranya anda terlibat dalam kecederaan selepas bersukan. Anda boleh pm kami untuk mendapatkan nasihat dan rawatan daripada fisioterapis yg bertauliah*

"TO SEE SOMETHING BE SOMETHING"


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,Berapa ramai antara kita yang ambil berat tentang penjagaan tulang belakang?...
12/01/2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Berapa ramai antara kita yang ambil berat tentang penjagaan tulang belakang?

Rata-rata 80% antara kita mengalami sakit belakang. Sampai mungkin ada antara kita yang merasa tertekan kerana kerja seharian kita terhad disebabkan sakit belakng.

Sakit belakang boleh berpunca daripada beberapa sebab antaranya mungkin disebabkan otot otot yang tegang atau mungkin disebabkan oleh disc ( lapik antara tulang ) yang beralih dari tempatnya (slip disc) atau telah pun bocor sehingga menekan saraf tunjang.
Sekiranya hal ini beralaku anda mungkin akan mempunyai tanda tanda seperti:

• Rasa kebas di bahagian punggung, kaki, peha dan kaki.
• Otot-otot kaki jadi lemah.
• Rasa sakit yang merebak hingga ke kaki
• Rasa sakit yang menusuk
• Pergerakan terbatas akibat sakit yang menyucuk ketika berdiri , berjalan di bahagian belakang menuju ke kaki dan bawah paras lutut.

Peranan fisioterapi disini adalah untuk:
• Mengurangkan rasa sakit
• Membantu meningkatkan keupayaan flesibiliti tulang belakang seseorang
• Membantu menguatkan otot belakang
• Membantu dalam mengoptimumkan aktiviti kehidupan seharian.
Jadi pada anda yang mana mengalami sakit belakang, boleh komen atau pm kami utk dapatkan khidmat nasihat serta rawatan daripada ahli fisioterapi yang bertauliah.
Terima kasih.

Address

Pelentong
Johor Bahru
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 20:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 20:00
Friday 08:00 - 20:00
Saturday 08:00 - 12:00

Telephone

+60177946964

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Infinite Physio Rehabilitation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Infinite Physio Rehabilitation:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram