Majlis Tindakan Pengguna Negara

Majlis Tindakan Pengguna Negara Membuka landasan kepada semua pengguna dan peniaga salurkan aduan dan penyelesaian masalah yang memp

Membuka landasan kepada semua pengguna dan peniaga salurkan aduan dan penyelesaian masalah yang mempengaruhi mutu hidup harian orang ramai secara langsung.

03/04/2026







﷽‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَاَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُDengan penuh r...
02/04/2026


‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Haji Nor Azhar Bin Abdul Hamid, Pengerusi MTPN Daerah Kulai, Johor yang dikasihi.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga MTPN. Sepanjang bersama kita, beliau telah menunjukkan komitmen, kepimpinan dan dedikasi yang tinggi dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pengguna.

Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada kita semua untuk meneruskan perjuangan ini.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

"Pengguna bukan lagi sekadar pilihan tetapi satu tanggungjawab nasional"Kita Pengguna : Suara Kita, Kuasa Kita, Negara K...
01/04/2026

"Pengguna bukan lagi sekadar pilihan tetapi satu tanggungjawab nasional"

Kita Pengguna : Suara Kita, Kuasa Kita, Negara Kita

Menurutnya, seruan Perdana Menteri agar rakyat memperkukuh ekonomi domestik dengan memberi keutamaan barangan tempatan sebagai langkah strategik menghadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi global adalah tepat.

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈 — 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀.MTPN menyokong seruan YAB Perdana Menteri, ...
01/04/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈 — 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐄𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀.

MTPN menyokong seruan YAB Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, untuk memperkukuh ekonomi domestik melalui sokongan kepada produk tempatan.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚, 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐃𝐀𝐊 :

𝟏. 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧.
𝟐. 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐏𝐊𝐒 𝐝𝐚𝐧 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐤𝐫𝐨
𝟑. 𝐉𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐬𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤

”𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 : 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀, 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀”


🌙✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ✨🌙Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengucapkan Selamat Hari Raya A...
21/03/2026

🌙✨ 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 ✨🌙

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Hari kemenangan ini menandakan berakhirnya bulan Ramadan—bulan penuh kesabaran, keinsafan dan keberkatan. Ia juga merupakan masa untuk kita saling bermaafan, mengeratkan silaturahim serta mensyukuri nikmat yang dikurniakan.

💫 Maaf Zahir & Batin
Semoga Syawal ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.

Dalam kemeriahan sambutan ini, marilah kita terus menjadi pengguna yang bijak, beretika dan bertanggungjawab demi kesejahteraan bersama.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengucapkan Selamat Menyambut Hari...
14/03/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pengguna Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan penting pengguna dalam memastikan ekosistem perdagangan yang adil, telus dan beretika. Hari Pengguna Kebangsaan disambut setiap 15 Mac setiap tahun bersempena sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna.

Dengan tema “Suara Kita, Kuasa Kita”, marilah kita bersama-sama memperkasakan pengguna agar lebih peka, bijak membuat pilihan serta berani mempertahankan hak sebagai pengguna demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara.

MTPN komited untuk terus memperjuangkan hak pengguna melalui pelbagai inisiatif kesedaran, pendidikan kepenggunaan serta kerjasama strategik bersama pelbagai pihak.

✨ Pengguna Bijak, Ekonomi Sejahtera.



08/03/2026

🌸𝐇𝐀𝐏𝐏𝐘 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐖𝐎𝐌𝐄𝐍’𝐒 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟔 🌸

On this special occasion, the MIWE – Malaysia Influential Women Entrepreneurs team celebrates the strength, courage, and achievements of women everywhere.

Women continue to inspire change, lead with passion, and shape a brighter future for families, communities, and businesses. Today, we honour every woman who dares to dream, works hard, and lifts others along the way.

Let us continue empowering women and supporting each other to create a more inclusive and successful tomorrow.

✨ Empowered Women, Empower the World.



⚠️ 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐖𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀? 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐇𝐀𝐊 𝐀𝐍𝐃𝐀!JOHOR BAHRU – Seorang penyewa rumah tampil membuat aduan berhubung tindakan pemilik...
06/03/2026

⚠️ 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐖𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀? 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐇𝐀𝐊 𝐀𝐍𝐃𝐀!

JOHOR BAHRU – Seorang penyewa rumah tampil membuat aduan berhubung tindakan pemilik rumah yang dianggap tidak wajar dan menyalahi hak penyewa.

Menurut aduan itu, pemilik rumah dikatakan mengambil tindakan sepihak, termasuk menghalau penyewa tanpa alasan munasabah, sedangkan wang deposit masih berbaki dan belum dipulangkan.

Selain itu, bil utiliti seperti air dan elektrik yang tertunggak bukan berpunca daripada penyewa, tetapi akibat kegagalan pihak pemilik menyelesaikan pembayaran yang sepatutnya. Malangnya, penyewa tetap diminta untuk menanggung tunggakan tersebut.

Keadaan menjadi lebih serius apabila bekalan air turut dipotong, sekali gus menjejaskan kehidupan harian penyewa, walaupun isu tunggakan tersebut bukan disebabkan oleh mereka.

Pengadu menegaskan bahawa tindakan sebegini jelas tidak adil dan menyalahi hak penyewa sebagai pengguna, termasuk hak untuk mendapatkan layanan yang adil, pemulangan deposit mengikut perjanjian, dan perlindungan daripada pengusiran tanpa notis atau prosedur yang sah.

Orang ramai, terutama penyewa, disarankan untuk:
* Menyimpan semua bukti pembayaran sewa dan utiliti.
* Memastikan terdapat perjanjian sewaan bertulis yang jelas.
* Mengenal pasti dan memahami hak-hak mereka di bawah undang-undang.
* Mengetahui saluran yang betul untuk membuat aduan atau mendapatkan nasihat sekiranya berlaku pertikaian.

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) menegaskan: setiap pengguna perlu celik hak supaya dapat menggunakan saluran yang betul dan memastikan urusan sewaan dijalankan secara adil dan telus.


🌙✨  𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 ✨🌙Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa sinar keinsafan, ket...
19/02/2026

🌙✨ 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 ✨🌙

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa sinar keinsafan, ketenangan jiwa dan limpahan rahmat buat kita semua.

Marilah kita memperbanyakkan amal ibadah, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai kejujuran dan keprihatinan dalam kehidupan sebagai pengguna yang beretika.

Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri dan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.




17/02/2026

Kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga MTPN & WCA yang meraikannya. Semoga tahun ini membawa harapan baharu, rezeki yang melimpah serta kesejahteraan berterusan.

Marilah kita memperkukuh semangat perpaduan dan membina masyarakat yang saling menghormati demi masa depan yang lebih harmoni serta bersama-sama terus menyemai nilai perpaduan, hormat-menghormati dan keharmonian dalam masyarakat demi kesejahteraan bersama.

WCA & MTPN akan terus memainkan peranan dalam memperjuangkan kepentingan pengguna dan mempromosikan amalan perdagangan yang adil serta beretika.
Gong Xi Fa Cai & Happy Chinese New Year!

Ikhlas daripada :
Worldwide Consumers' Association (WCA) & Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN)

17/02/2026

Seluruh warga Majlis Tindakan Pengguna Negara mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat yang meraikannya. 🧧🐎

Semoga Tahun Kuda 2026 membawa semangat baharu, kesihatan yang baik, kebahagiaan, serta kemakmuran kepada anda dan seisi keluarga.

Gong Xi Fa Cai! 🎊

Selamat Tahun Baharu Cina 2026Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kep...
17/02/2026

Selamat Tahun Baharu Cina 2026

Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta kemakmuran berpanjangan kepada semua. Marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati, dan memperkukuh keharmonian dalam masyarakat majmuk demi kesejahteraan pengguna dan negara tercinta.

MTPN komited untuk terus memperjuangkan hak pengguna, memperkasakan kesedaran kepenggunaan, serta bekerjasama dengan semua pihak dalam membina ekosistem perdagangan yang adil, beretika dan berintegriti.

Gong Xi Fa Cai & Happy Chinese New Year!

Address

No. 55-02, Jalan Austin Heights 8/5
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+6073618924

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Tindakan Pengguna Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Our Story

为所有用户和贸易商提供渠道,解决影响人们日常生活上的问题。