14/12/2025
Salam sejahtera, salam hormat.
Makluman kepada semua pelanggan Unit Farmasi KK Ulu Tiram, sempena kemenangan besar JDT malam tadi dan pengumuman rasmi Kerajaan Johor:
Unit Farmasi TIDAK BEROPERASI/ DITUTUP pada hari ini, Isnin 15 Disember 2025.
Bagi anda yang telah diberi tarikh ambil ubat hari ini, anda boleh tangguh ambil esok atau hari lain jika ubat anda mencukupi.
Operasi pengambilan ubat akan dibuka semula esok Selasa 16 Disember 2025.
Walaubagaimanapun, bagi anda yang benar-benar kehabisan ubat, kaunter akan dibuka sebentar pada hari ini pukul 8.30pagi.
Terima kasih
Syukur Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Taβzim (JDT) atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah FC dengan mata 5-0 di pentas final.
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor dengan ini mengisytiharkan hari Isnin, 15 Disember sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan gemilang pasukan JDT menjuarai Piala FA 2025.
Walau bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada hari tersebut akan diteruskan seperti biasa, bagi memastikan persiapan calon-calon SPM serta kelancaran tugas semua petugas peperiksaan tidak terjejas.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas kepimpinan, iltizam dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus melakar kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa bola sepak tanah air, hasil komitmen tinggi barisan pemain, pasukan kejurulatihan serta pengurusan yang sentiasa beriltizam mengekalkan standard kecemerlangan pasukan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Bangsa Johor yang sentiasa setia menyokong pasukan JDT. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan berterusan kepada seluruh warga pasukan JDT untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta membawa nama Johor ke pentas dunia. Insya-Allah.
AYUH JOHOR! AYUH JOHOR!
LUASKAN KUASAMU JOHOR!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor