Dr Ezairy M.Sallih

  • Home
  • Dr Ezairy M.Sallih

Dr Ezairy M.Sallih Consultant Ear Nose Throat (ENT), Head & Neck Surgeon I KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital, Johor Bahru.
(3)

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir bersama di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumah saya...
15/04/2025

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir bersama di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di rumah saya pada tahun ini.

Tidak lengkap sambutan Aidilfitri, jika tidak diraikan bersama keluarga besar saya, saudara-mara terdekat, warga Program Bola Sepak TSSX FC yang saya sayangi, rakan sekerja di KPJ Bandar Dato' Onn, Hospital Sultan Ismail serta sahabat-handai zaman persekolahan. Kepuasan yang penuh terasa apabila dipenuhi tetamu yang hadir, disambut dengan senyuman mesra dalam suasana sambutan Aidilfitri.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak yang menjayakan majlis ini, Dapur Cheyat selaku menu utama nasi beriani dan makanan tradisi laksa johor, SarahAgroFarm dengan hidangan ‘Lamb stew’ @ stew kambing bersama set soto panas, Air Balang Bangah dengan aneka minuman yang menyegarkan bersama set bubur kacang yang menyelerakan, Linda Satay dengan hidangan sate yang sentiasa hangat untuk dinikmati, Aiskrim Ali Baba yang tidak jemu menjadi tumpuan si anak kecil, AA Surprise Venture yang menyediakan set pentas dan backdrop, Effa Bridal & Canopy untuk set kanopi, The Gu-le dengan penyediaan meja bersama dessert yang sangat mengaromakan, Abang Nizam selalu official photographer majlis, tidak dilupa orang kuat kita DJ Hafiz yang sentiasa menghiburkan kita sepanjang majlis berlangsung dan banyak pihak-pihak lain yang tidak mampu saya sebut semuanya di sini.

Penghargaan juga untuk semua tetamu jemputan yang memeriahkan suasana dengan kehadiran penuh makna. Terima kasih atas sambutan yang begitu istimewa.

Saya doakan agar semangat Aidilfitri yang membawa erti kasih sayang dan perpaduan ini akan terus mekar dalam hati kita. Semoga hubungan persaudaraan kita berkekalan.



19/03/2025

‘Nasal turbinate’ ini yang selalu pesakit saya sangkakan nasal polyp. Apabila pesakit bergejala resdung datang, pemeriksaan endoskopi bersama kamera akan mengesahkan sama ada ia adalah nasal polyp atau nasal turbinate yang membengkak sahaja.

Sebab rawatan keduanya berbeza. Begitulah.




Terima kasih kepada semua yang hadir ke Majlis Bacaan Yaasin pada pagi ini. Semua Allah memudahkan urusan,  meluaskan da...
13/09/2024

Terima kasih kepada semua yang hadir ke Majlis Bacaan Yaasin pada pagi ini. Semua Allah memudahkan urusan, meluaskan dan melapangkan rezeki untuk kita semua.



Ada yang bertanya saya, boleh ke nak berjumpa saya waktu cuti? Ya, kalian boleh walk in atau dapatkan temu janji untuk b...
13/09/2024

Ada yang bertanya saya, boleh ke nak berjumpa saya waktu cuti? Ya, kalian boleh walk in atau dapatkan temu janji untuk buat pemeriksaan bersama saya pada hari Ahad.

Hari Jumaat pun saya buka untuk warga Johor yang bercuti ❤️

SUNDAY JUST GET HEALTHIER 🌟

Don't let your health wait. Our Sunday Clinic is now open to provide you with expert care for your wellbeing.

Now, you can conveniently access specialised care from our esteemed Cardiology & ENT, Head, and Neck Consultants on your weekend. Book your appointment now.

Tahniah Feroz dan pasukan kebangsaan, menjuarai Pestabola Merdeka. Semoga cepat sihat dan dapat terus beraksi lebih ceme...
09/09/2024

Tahniah Feroz dan pasukan kebangsaan, menjuarai Pestabola Merdeka. Semoga cepat sihat dan dapat terus beraksi lebih cemerlang bersama pasukan negara dan JDT selepas ini. Get well soon, brother! 🔵🔴🇲🇾







08/09/2024

Perkara yang selalu buat kita rindu ialah masa lalu. Sebab tu, setiap momen yang dilalui perlu dihargai, agar tidak kita sesali di kemudian hari.

06/09/2024

Engagement di facebook sangat kurang sekarang. Kalau anda boleh lihat tulisan saya ini, boleh tinggalkan sebarang kata di ruang komen, supaya artikel kesihatan saya dapat lalu di wall anda selepas ini ❤️

06/09/2024

Ada patient saya bertanya, “bahaya ke doktor kalau ada benjolan di leher tak hilang-hilang?” Perlu berjumpa doktor. Ada kes yang mungkin lebih serius dari apa yg kita jangka. Hati-hati.

Ada pesakit bertanya saya, “doktor, bahaya ke penyakit ‘sinus’ ni?”Jawapan daripada saya ialah bergantung kepada keadaan...
06/09/2024

Ada pesakit bertanya saya, “doktor, bahaya ke penyakit ‘sinus’ ni?”

Jawapan daripada saya ialah bergantung kepada keadaan dan simptom yang pesakit alami.

Anda lihat contoh gambar ini. Sebelah merupakan rongga sinus yang normal.

Sebelah lagi ialah rongga sinus yang bermasalah dengan jangkitan dan radang. Kita panggil sebagai ‘Sinusitis’. Anda lihat dinding sinusnya membengkak, ada cairan mukus dan lendir yang terperangkap di dalam sinus, dan sehingga ada cairan hijau jangkitan di dalam hidung!

Ini semua merupakan keadaan yang boleh berlaku kepada pesakit yang ada masalah ‘sinus’ yang serius.

Anda ada masalah ini? Segeralah ke fasiliti kesihatan, pakar ENT akan kenalpasti dan cuba merawat keadaan anda.


𝘿𝙧 𝙀𝙯𝙖𝙞𝙧𝙮 𝙈.𝙎𝙖𝙡𝙡𝙞𝙝
𝘊𝘰𝘯𝘴𝘶𝘭𝘵𝘢𝘯𝘵 𝘌𝘢𝘳, 𝘕𝘰𝘴𝘦, 𝘛𝘩𝘳𝘰𝘢𝘵
𝘏𝘦𝘢𝘥 & 𝘕𝘦𝘤𝘬 𝘚𝘶𝘳𝘨𝘦𝘰𝘯
𝘒𝘗𝘑 𝘉𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳 𝘋𝘢𝘵𝘰’ 𝘖𝘯𝘯 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘢𝘭𝘪𝘴𝘵 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭
𝘑𝘰𝘩𝘰𝘳 𝘉𝘢𝘩𝘳𝘶

Ini adalah beberapa gred untuk tonsil. Dari bersaiz gred 1 sehinggalah 4.Tak semua kes tonsil ni perlu dibedah. Jika tak...
05/09/2024

Ini adalah beberapa gred untuk tonsil. Dari bersaiz gred 1 sehinggalah 4.

Tak semua kes tonsil ni perlu dibedah. Jika tak ada sebarang masalah kepada pesakit, ia mungkin selamat untuk dibiarkan sahaja.

Tak ada beri masalah kepada pesakit, maka tak perlu kita kacau.

Namun, jika ia terlalu besar, sehingga menyebabkan pesakit alami demam panas dan sakit tekak hampir setiap bulan, sampai susah nak nafas, sampai kena serangan sawan, maka kes seperti mungkin perlu kepada rawatan dari pakar ENT.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ‘alert’ dengan masalah anak-anak kita ni. Jika tak pasti atau anda risau, rawatan di fasiliti kesihatan boleh membantu menyelesaikan masalah anda.


𝘿𝙧 𝙀𝙯𝙖𝙞𝙧𝙮 𝙈.𝙎𝙖𝙡𝙡𝙞𝙝
𝘊𝘰𝘯𝘴𝘶𝘭𝘵𝘢𝘯𝘵 𝘌𝘢𝘳, 𝘕𝘰𝘴𝘦, 𝘛𝘩𝘳𝘰𝘢𝘵
𝘏𝘦𝘢𝘥 & 𝘕𝘦𝘤𝘬 𝘚𝘶𝘳𝘨𝘦𝘰𝘯
𝘒𝘗𝘑 𝘉𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳 𝘋𝘢𝘵𝘰’ 𝘖𝘯𝘯 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘢𝘭𝘪𝘴𝘵 𝘏𝘰𝘴𝘱𝘪𝘵𝘢𝘭
𝘑𝘰𝘩𝘰𝘳 𝘉𝘢𝘩𝘳𝘶.

02/09/2024

Untuk anda yang ada masalah berkaitan telinga, hidung dan tekak, boleh dapatkan temujanji bersama saya.

Oh ya, ada yang bertanya di mana klinik saya, saya ada di Level 3 Suite 1, KPJ Bandar Dato’ Onn Specialist Hospital.

Anda boleh walk in atau whatsapp klinik saya terlebih dahulu untuk mendapatkan temujanji.

https://wa.link/drezairy

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Ezairy M.Sallih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Ezairy M.Sallih:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Practice
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share