Laminine- Jom Sihat Selalu

Laminine- Jom Sihat Selalu PEMAKANAN KESIHATAN PALING AJAIB DIDUNIA
(sila LIKE untuk info lengkap) Laminine- produk unik. Belum ada yang seumpamanya sebelum ini.

Inilah rahsia telur ayam berumur 9 hari. Boleh membantu menyembuhkan semua penyakit dari penyakit kronik sehinggalah penyakit yang ringan.

JOM KONGSI INFO...APABILA kita bercakap mengenai ‘ubat’ selalunya kita hanya terbayangkan pil, kapsul atau suntikan yang...
14/05/2014

JOM KONGSI INFO...
APABILA kita bercakap mengenai ‘ubat’ selalunya kita hanya terbayangkan pil, kapsul atau suntikan yang diberikan oleh doktor. Amat ganjil jika doktor memberikan kita preskripsi ‘senaman’. Hakikatnya senaman juga adalah satu bentuk ‘ubat’ untuk merawat penyakit.

Konsep senaman sebagai satu ubat sudah terbukti dari segi sains. Banyak kajian menunjukkan senaman mampu mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, kanser, strok, darah tinggi, penyakit sekatan pulmonari (COPD) dan kencing manis.

Dengan senaman, tulang, ligamen dan tendon menjadi lebih kuat dan ini akan mencegah masalah reput tulang (osteoporosis) dan reput sendi (osteoarthritis) selain mencegah masalah terjatuh akibat lemah otot dan sendi.

JOM! KONGSI INFO...Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang dan cara mencegahPenyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai ...
13/11/2013

JOM! KONGSI INFO...

Tanda-tanda awal penyakit buah pinggang dan cara mencegah

Penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

✓ Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
✓ Darah keluar bersama-sama air kencing.
✓ Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
✓ Sakit belakang.
✓ Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
✓ Bengkak pada pergelangan kaki.
✓ Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

✓ Pemakanan seimbang.
✓ Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
✓ Berhenti merokok.
✓ Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
✓ Kekalkan berat badan seimbang.
✓ Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

SAMA-SAMA KEKAL SIHAT...

Salam Aidilfitri buat semua...
06/08/2013

Salam Aidilfitri buat semua...

JOM KONGSI INFO...Emosi anda mempunyai kesan yang kuat pada kulit anda. Stress atau tekanan adalah sebahagian daripada k...
27/07/2013

JOM KONGSI INFO...
Emosi anda mempunyai kesan yang kuat pada kulit anda. Stress atau tekanan adalah sebahagian daripada kehidupan, apa yang penting adalah bagaimana anda mengatasinya.

Tekanan menyebabkan tindak balas kimia dalam badan yang menjadikan kulit lebih sensitif dan reaktif. Ia boleh menyebabkan masalah kulit sukar untuk sembuh.

Apabila anda tertekan, tekanan menyebabkan badan anda menghasilkan kortisol dan hormon lain, yang memberitahu kelenjar minyak untuk menghasilkan lebih banyak minyak. Kulit berminyak adalah lebih terdedah kepada masalah kulit seperti masalah jerawat.

JOM KONGSI INFO...NAK TAHU RAHASIA KULIT KAYU MANIS???Kayu manis mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara...
14/07/2013

JOM KONGSI INFO...
NAK TAHU RAHASIA KULIT KAYU MANIS???
Kayu manis mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semula jadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia. Sejenis rempah yang diambil dari bahagian kulit pokok dalam kalangan keluarga Cinnamomum, kayu manis selalunya digunakan untuk menambah rasa dalam makanan sama ada yang berperisa pedas atau manis. Kayu manis sama ada dikisar atau dibentuk menjadi minyak, mempunyai khasiat kepada kulit kerana ia mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.

Pakar perubatan zaman pertengahan juga menggunakan kayu manis sebagai ubat untuk merawat batuk, serak, sakit tekak, sakit perut, kembung, cirit-birit dan senak perut. Ia juga mampu bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman. Oleh itu, sekiranya tangan terluka dan tidak sempat mencari ubat, kayu manis boleh digunakan dengan disapu sedikit pada luka untuk mematikan kuman, namun ia agak pedih.

JOM KONGSI INFO...KEPADA SELURUH UMAT ISLAMSELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...Gastrik tidak halang puasaSetiap kali tiba R...
08/07/2013

JOM KONGSI INFO...
KEPADA SELURUH UMAT ISLAM
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...

Gastrik tidak halang puasa
Setiap kali tiba Ramadan, setiap kali alasan yang sama diberikan, gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga.

Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.

Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan.

Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.

Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.

Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.

Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.

Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.

"Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Malangnya apabila tiba masa berbuka, ramai yang berbuka dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman.

Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut.

Sebenarnya mereka yang menderita gastrik masih juga boleh menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Dua kaliSemasa Ramadan, kita hanya makan dua kali sehari dan tidak makan di antara dua masa makan buka dan sahur.

Dr. Malik berkata, semasa berbuka dinasihatkan hanya minum air dan makan makanan yang ringkas seperti kurma atau buah-buahan kering.

Kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan.

Kurma juga kaya dengan garam galian seperti potasium selain lambat membebaskan tenaga.

Seelok-eloknya kata Dr. Malik, selepas minum air dan kurma, solat dulu sebelum sambung makan yang lebih berat dan selepas itu jangan ambil makanan berat.

Semasa bersahur p**a ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan.

Bagaimanapun sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi.

Dr. Malik berkata, sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.

Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.

Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut.

Gastrik yang disebabkan oleh bakteria boleh diubati dengan mengambil ubat antibiotik.

BerhentiMasalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Dr. Malik menambah, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.

"Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan.

"Jika disahkan menghidap gastrik, jumpa dan minta nasihat doktor mengenai pemakanan, gaya hidup dan ubatan yang perlu diambil," katanya.

- UTUSAN

JOM KONGSI INFO...MADU MENTAH (Tulen) DAN KANSER???Penyakit kanser ketika ini sering menjadi buah mulut masyarakat. Tahu...
05/07/2013

JOM KONGSI INFO...
MADU MENTAH (Tulen) DAN KANSER???
Penyakit kanser ketika ini sering menjadi buah mulut masyarakat. Tahukah anda bahawa penyakit epidimik global ini berada di kedudukan kedua di dalam statistik penyakit kronik di Malaysia selepas penyakit jantung? Sumber World Health Organization (WHO) melaporkan sebanyak 40,000 kes baru setiap tahun di Malaysia.

Persoalan yang sering diutarakan oleh pengguna antaranya ialah:

“Adakah madu boleh merawat kanser?”

“Bagaimana madu boleh merawat penyakit kanser?”

“Apakah komposisi yang terdapat di dalam madu bagi merawat kanser?”

“Apakah bukti kajian yang telah dijalankan bagi merawat kanser?”
MADU merupakan makanan sunnah Nabi SAW, berupaya mengubati pelbagai penyakit kronik yang sering melanda masyarakat kini.

Sabda Nabi Muhammad SAW,

”Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat” – (Abu Hurairah – Sunan Ibn Majah)

Tidak dinafikan ramai di kalangan masyarakat menderitai penyakit ini. Masih ramai yang tidak tahu khasiat madu terhadap penyakit kanser. Ini dikukuhkan lagi dengan bukti-bukti penyelidikan yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di seluruh Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa!

Madu mentah lagi asli yang tidak diproses mengandungi komponen anti-ketumbuhan dan mengandungi bahan yang mencegah Carcinogen daripada terhasil di dalam tubuh.

Ya! Madu mentah dan asli berperanan untuk mencegah penyakit kanser!

*Apa itu Carcinogen? Carcinogen ialah apa-apa bahan dari radionuklid atau radiasi yang merupakan ejen yang terlibat secara langsung dalam menyebabkan penyakit kanser. Carcinogen berupaya untuk merosakkan genom atau gangguan proses metabolik selular tubuh.

Terdapat satu lagi kajian berkenaan madu dan kanser di mana ia melibatkan penyakit kanser payudara. Kajian oleh Taylor & Francis Group menyatakan bahawa penggunaan madu juga memberi kesan yang sangat positif ke atas kulit pesakit kanser payudara .

Perlu diingatkan bahawa pengambilan madu adalah langkah pencegahan penyakit kanser dan merupakan suplimen tubuh yang lengkap. Amalan pemakanan ini hendaklah mengikut tatacara pemakanan yang betul. Sekiranya seseorang itu telah disahkan menghidap penyakit kanser, adalah sangat penting untuk menerima rawatan perubatan dan nasihat pakar perubatan.

JOM KONGSI INFO...BACA 8 KHASIAT BAWANG PUTIH (cuma jangan cium baunya!!!)APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang put...
04/07/2013

JOM KONGSI INFO...
BACA 8 KHASIAT BAWANG PUTIH (cuma jangan cium baunya!!!)
APAPUN masakan kalau anda tak letak bawang putih, selalunya tak sedap. Betul? Anda yang memasak mesti selalu menggunakan bahan ini dalam masakan-masakan anda. Jadi, elok rasanya saya kongsikan rahsia-rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. Banyak sebenarnya khasiatnya.

1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
JADI pembaca semua, mari kita gunakan segala khasiat dan kelebihan yang ada pada bawang putih ini. Ramai yang masih tak sedar akan kelebihannya selama ini. Semoga anda semua mendapat manfaat.

Nak hilangkan stress kejap???Kepada yang sedang marah-marah atau haangin satu badan...wajib tonton video ini...sila klik...
02/07/2013

Nak hilangkan stress kejap???
Kepada yang sedang marah-marah atau haangin satu badan...
wajib tonton video ini...sila klik!

http://myasteria-biz.blogspot.com - Baby Gila Kertas - lawak raja lawak lawak bodoh lawak jepun nabil raja lawak hantu lawak lawak melayu lawak pak arab lawa...

JOM KONGSI INFO...KHASIAT BUAH YG BERSEPAH DIKAMPUNG???Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pemb...
02/07/2013

JOM KONGSI INFO...
KHASIAT BUAH YG BERSEPAH DIKAMPUNG???

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah p**a keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai ‘Graviola’, di Sepanyol ‘Guanabana’ bahasa Inggeris dipanggil ‘Soursop’. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh ‘pohon ajaib’, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
..Sumber sahih!

Address

Johor Bahru
81440

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laminine- Jom Sihat Selalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category