06/10/2025
Berapa Tebal Baju Yang Kita Pakai Hingga Hari Ini?
𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐈 𝐏𝐎𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐈
Kadang-kadang kita nampak macam dah cukup nampak cantik di luar — baju bergaya, mekap tebal satu inci, senyum sentiasa terukir.
Tapi jauh di dalam, dia sebenarnya sedang berperang dan “tertutup”. Bukan dengan kain...
tapi dengan pakaian batin yang dia sendiri tak sedar dia sedang pakai.
💭 1. 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐤𝐮𝐭
Sejak kecil, kita diajar mendewakan takut. Takut dengan momok, takut dimarahi, takut gagal, takut tak diterima dan takut ditinggalkan. Ketakutan yang kecil itu makin lama makin menebal.
Sampai hari ini, ia menutup keberanian kita untuk melangkah.
Itulah punca overthinking, anxiety, rasa hilang arah. Kita tak sedar... yang kita masih berpakaian takut setiap hari.
Kita sangat takut dengan mahkluk hingga hilang arah. Takut nampak tak cantik, takut dikatakan tak up to date.
💧 2. 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐡
Ada orang tak sedar — dia masih berpakaian sedih. Bertahun-tahun meratapi kehilangan,
terperangkap dalam penyesalan atau menanggung kesedihan yang tak pernah dipulihkan. Senyum di luar, tapi batinnya menangis perlahan-lahan setiap malam.
Inilah pakaian kemurungan hingga otak jadi letih, badan jadi malas dan selalu jadi mangsa.
🔥 3. 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐬
Ramai orang disangka malas...padahal dia punya jiwa yang letih. Buat tu tak jadi buat ni tak jadi. Lama² hilang semangat.
Letih menipu diri, letih berjuang sendirian, letih memendam segalanya. Percayalah bila hati tenang, semangat itu akan hidup semula.
Malas bukan penyakit — ia tanda jiwa sedang minta rawatan.
⏳ 4. 𝐏𝐚𝐤𝐚𝐢 𝐒𝐮𝐤𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡
Kita selalu fikir masa masih panjang. "Nanti aku buat.” “Tunggu aku bersedia.” Tapi lama-lama, peluang hilang, rezeki tertutup,
dan hutang makin menekan dada.
Pakaian ini nampak halus — tapi dialah yang perlahan-lahan menjarakkan kita dari hidup yang diimpikan.
Sudah tiba masanya untuk buka satu persatu pakaian batin ini.
Kenali Diri.
Bersihkan Pemikiran
Bersihkan Hati
Kembangkan Semula Potensi Diri
Kerana bila batin bersih, pakaian cahaya diri akan mula bersinar semula — dan dari situ maka diri terasa hidup, terangkan, tenang kembali.
Biarkan Batin Bercahaya.
Biarkan Aura Berbicara.
Cikgu Norwati
6.10.2025
13.16 pm