Blackout & Justica Johor Bahru

Blackout & Justica Johor Bahru Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang dipelawa minyak wangi janganlah dia menolak.” (HR Muslim)

3 hal yang mempengaruhi harga Parfum.1. Bahan2. Jenama3. Kesesuaian1. Bahan ini sangat memberi kesan kepada hasil akhir ...
21/06/2022

3 hal yang mempengaruhi harga Parfum.

1. Bahan
2. Jenama
3. Kesesuaian

1. Bahan ini sangat memberi kesan kepada hasil akhir (end product). Ambil contoh nasi goreng dibawah pokok dan hotel bintang 5. Sedap ya dua dua sedap. Tapi kita tidak boleh nafikan biasanya hotel memakai beras lebih mahal dan standart kualiti penyediaan sangat dijaga oleh chef. Jadi rasanya yang sedap itu pasti berbeza.

2. Jenama juga sangat memberi implikasi besar kepada harga parfum. Sebagai contoh keluaran Annick Goutal, ia ditubuhkan sejak 1981. Dengan kepakaran khusus selama 41 tahun didalam pasaran, sudah pasti mereka lebih matang berbanding Kasturi Emas Blackout Justica yang bermula sejak 2008.

3. Kesesuaian ini paling utama yang banyak orang terlepas pandang. Mereka mendefinasikan minyak wangi itu hanya sekadar ‘beli dan wangi’. Amalan ini mula dipupuk sejak Eropah keluar dari ’kotor dan busuk’ dengan penerapan ‘bersih dan wangi’. Apabila golongan bawahan melihat golongan bangsawan memiliki amalan ’bersih dan wangi’, mereka juga ingin ikut serta. Namun mereka tidak mampu kerana minyak wangi pada zaman itu dihasilkan secara organik murni dari proses tumbuhan aromatik semulajadi. sehinggalah kapitalis melihat ini satu peluang besar, dan mencipta wangian dari sumber sumber sintetik dan memupuk wangian itu hanya sekadar ‘beli dan wangi’. Bukan lagi beli kerana kesesuaian dengan diri.

Apabila membeli kerana sesuai dengan diri, ia tidak ada ’magic numbers’. Tidak ada harga khusus atau mutlak. Ia perlu dibeli kerana sesuai. Justeru apabila membeli kerana kesesuaian, berapa pun harganya, terlepas dari mahal atau murah, ia pasti mempengaruhi harga.



Expo Wangian Blackout Justica sedang berjalan dengan tawaran ‘buy 1 free 1’. Selain membantu anda menjelajah lebih banyak pilihan, kita juga berpeluang membuat belian berganda pada satu harga.

Lama tak bersiaran tak bermakna admin tak wangi.. Hehehe..Blackout & Justica sentiasa bersama😍Terbaikkkkk..... 👌
11/01/2022

Lama tak bersiaran tak bermakna admin tak wangi.. Hehehe..

Blackout & Justica sentiasa bersama😍

Terbaikkkkk..... 👌

Tahukah anda ?Pemilihan wangian daripada pati semula jadi dapat menonjolkan identiti dan personaliti seseorang memandang...
28/04/2021

Tahukah anda ?

Pemilihan wangian daripada pati semula jadi dapat menonjolkan identiti dan personaliti seseorang memandangkan ia menggunakan bahan semulajadi seperti bunga-bungaan, sitrus, pudina, herba, rempah ratus, tumbuhan liar, kayu kayan dan banyak lagi.

Menerusi wangian juga, ia dapat mengeluarkan magis tersendiri kerana mampu 'berkomunikasi' dengan dalaman diri seseorang dalam pelbagai sudut seperti emosi, tenaga, hormon, suasana, kenangan, memori, rindu, cinta dan sebagainya.

Selain menjadi agen penstabil emosi, pemilihan wangian yang baik juga mampu meningkatkan memori booster seseorang dalam mengingati momen momen yang pernah dilalui (terutama bersama insan tersayang dan tempat istimewa yang pernah berbekas dihati).

Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Ada yang bertanya, ada berapa variasi yang dia boleh dapatkan dalam saiz 10ml ni? Untu...
09/01/2021

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Ada yang bertanya, ada berapa variasi yang dia boleh dapatkan dalam saiz 10ml ni?

Untuk permulaan, ada 17 variasi kita keluarkan yang anda boleh nikmati:

1. Blackout Tonkabien
2. Blackout Mahogany Classic
3. Blackout Extinction Classic
4. Blackout Panglima Awang 1
5. Blackout Panglima Awang 2
6. Justica Confession
7. Blackout Alexander The Great
8. Blackout 529
9. Blackout 96
10. Blackout Morsie
11. Justica Faceless
12. Justica Cassandra
13. Justica Orchid
14. Justica Rafflesia
15. Blackout Leatheries
16. Justica Floweries
17. Blackout Herbies

Seronok kan?

😁

Kenapa anda kena ada 1 Mystery Box ni?1. Bagi anda yang nak cuba blind buy, ini masanya. Dalam box ni ada banyak wangian...
25/12/2020

Kenapa anda kena ada 1 Mystery Box ni?

1. Bagi anda yang nak cuba blind buy, ini masanya. Dalam box ni ada banyak wangian berbeza yang anda boleh cuba.

2. Satu kotak untuk satu keluarga. Jika anda jenis pentingkan wangian apa yang keluarga anda guna, Mystery Box ini pilihan yang tepat. Dengan 1 harga, anda boleh guna untuk 1 keluarga.

3. Wangian koleksi. Bagi anda yang baru menjadi pengguna Blackout&Justica, mystery Box ini mungkin menjadi tempat untuk anda bertemu dengan karya-karya lama kami dari tahun 2015 hingga 2020.

4. Perhati sendiri proses pemeraman wangian Blackout&Justica. Dalam Mystery Box ini ada 5 hingga 6 atau lebih perfume. Jika anda gunakan sebotol dalam 1 masa, anda boleh perhatikan botol yang lain melalui proses pemeramannya. Bau makin sedap, warna semakin pekat.

5. Setahun sekali. Mystery Box ini hanya ada sekali dalam sepanjang tahun. Dan kalau anda terlepas sambutan tahun ni, kena tunggu tahun depan p**a lah untuk dapatkan 😁

Jom tempah hari ini.

Ini antara wajah-wajah yang dah dapatkan Mystery Box tahun-tahun dulu. Tahun ni makin ramai yang akan tersenyum bila ter...
23/12/2020

Ini antara wajah-wajah yang dah dapatkan Mystery Box tahun-tahun dulu.

Tahun ni makin ramai yang akan tersenyum bila terima box ni.

Semua wangian terbaik ada dalam ni.

Cuma dengan 1 harga, RM250 sahaja, anda akan terima wangian bernilai lebih RM500.

😁

Kehebatan Mystery Box:1. Anda akan terima produk yang bernilai 2x ganda dari harga yang anda bayar.2. Produk yang mudah ...
23/12/2020

Kehebatan Mystery Box:

1. Anda akan terima produk yang bernilai 2x ganda dari harga yang anda bayar.

2. Produk yang mudah jual dan bernilai tinggi.

3. Setiap Box yang anda terima tidak akan ada yang bernilai lebih rendah dari RM500.

4. Anda berpeluang memiliki 1 wangian terbaru yang berlum pernah berada di pasaran.

5. Hanya 300 kotak dikeluarkan pada tahun ini.

6. Jumlah parfum yang anda dapat cukup untuk bekalan SATU TAHUN (penggunaan normal tapi setiap hari wangi)

Ayuh dapatkan bekalan parfum SATU TAHUN anda, tapi harga bukan kaleng-kaleng!

Hujung minggu ni, mesti korang dah plan menu best untuk dimasak kepada keluarga kan?Tahu tak, aroma yang terhasil dari p...
20/12/2020

Hujung minggu ni, mesti korang dah plan menu best untuk dimasak kepada keluarga kan?

Tahu tak, aroma yang terhasil dari potongan bawang, serai, halia, kunyit, semua berikan satu rasa tenang dan damai. Belum lagi cerita sewaktu rempah ditumis, ikan digoreng. Aroma yang naik waktu tengah masak, memang best.

Ceria dan gembira sambil memasak untuk orang tersayang.

Cuma lepas makan nanti, aroma minyak mulai memenuhi ruang. Rasa tak selesa. Panas. Melekit.

Jangan risau. Kembalikan aroma ceria dan gembira bersama penyegar udara Parfum De' Cure.

Ruang yang segar, ceria dan damai kini hanya perlukan beberapa semburan dari wangian asli Parfum De' Cure.

Makanan terapi jasmani.
Wangian p**a terapi ruhani.

SEMBOYAN 12.12 telah ditiup 📢📢📢Jom lekas!📢📢📢📢ATG : Jual - RM45(Harga sebelum Rm50 (offer) separuh harga dari Rm100)96 20...
12/12/2020

SEMBOYAN 12.12 telah ditiup 📢📢📢
Jom lekas!📢📢📢📢

ATG :
Jual - RM45
(Harga sebelum Rm50 (offer) separuh harga dari Rm100)

96 20ml :
Jual - RM70
(Harga sebelum: Rm90 (offer)
Harga asal Rm100

Morsie 20ml :
Jual - Rm70
(Harga sebelum: Rm90 (offer)
Harga asal Rm100

Jasmine 20ml :
Jual - Rm80
((Harga sebelum Rm100 (offer)
Harga asal Rm120)

Royal Musk 20ml :
Jual - Rm80
(Harga sebelum Rm100 (offer)
Harga asal Rm185)

Set Anniversary 2020 :
Jual - Rm80
(Harga sebelum Rm100(offer)
Harga asal Rm140

Peacock 20ml :
Jual - Rm80
(Harga sebelum Rm100 (offer)
Harga asal Rm185

PA1 20ml :
Jual - Rm80
(Harga asal Rm100)

PA2 20ml :
Jual - Rm80
(Harga asal Rm100)

Air Freshner :
Jualan - RM30/pcs
( Harga asal Rm35/pcs)

100ml : Diskaun 10% dengan belian sepasang (belian bebas)
**TAWARAN SAH HINGGA HARI SABTU JAM 11.59 MALAM

Wasap.my/60126924687/1212

MUZIK DAN AROMA TERAPI HOLISTIKSiapa sangka, muzik sebenarnya memainkan peranan penting juga menjadi sebahagian terapi u...
09/12/2020

MUZIK DAN AROMA TERAPI HOLISTIK

Siapa sangka, muzik sebenarnya memainkan peranan penting juga menjadi sebahagian terapi untuk manusia.

Terapi menggunakan muzik ni dah beribu tahun digunakan. Walaupun dikatakan ianya mula dikaji oleh Ibn Sina, tetapi hakikatnya terapi menggunakan muzik telah wujud dalam budaya masyarakat Asia.

Di Turki, sampai sekarang terapi menggunakan muzik ini masih wujud. Sewaktu zaman Sultan Muhammad Al Fatih, baginda Sultan buatkan pusat rawatan khusus didalam Istana Topkapi, menggunakan muzik yang dimainkan berulang-ulang dari selepas waktu dhuha, sehingga sebelum zohor.

Menariknya apabila digabungkan terapi muzik dan terapi aroma, maka wujudlah kaedah terapi yang lebih holistik, untuk membantu manusia menjadi lebih relax, kurangkan rasa resah, membantu daya ingatan, membuat manusia lebih fokus, dan paling penting, membantu manusia tidur malam lebih nyenyak.

Muzik yang membantu tubuh lebih tenang mestilah muzik yang mendamaikan juga, contohnya lagu-lagu Jazz, Balada, Orkestra klasik dan banyak lagi.

Pilih muzik yang bagus, semburkan Sleeping Beauty, dan malam ni anda akan tidur seperti bayi.

WANGIAN BAGAI IRAMA DAN LAGU, TIDAK DAPAT DIPISAHKANDaniel Sonabend pernah menangi Anugerah kerana menghasilkan muzik ya...
09/12/2020

WANGIAN BAGAI IRAMA DAN LAGU, TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

Daniel Sonabend pernah menangi Anugerah kerana menghasilkan muzik yang diilhamkan dari wangian melalui album 'Scent Constellation', dengan beberapa lagu termasuk 'Eau De Cologne, , 'Cyphre', 'Fougere', 'Oriental' dan beberapa lagi.

Banyak lagi muzik yang cuba menggambarkan wangian. Bagusnya, penilaian dari pendengar sentiasa subjektif dan berbeza dari setiap orang. Samada muzik itu membuatkan kita aktif, relax atau romantik, ianya berbeza pada setiap orang. Contohnya, bila kita semburkan Parfum De Cure Comforting Potion, ia seakan membawa emosi lagu-lagu yang sangat menceriakan, menaikkan semangat, membuatkan otak lebih ligat, contohnya lagu yang punyai beat rancak seperti lagu 'Billy Jean oleh Michael Jackson, atau yang lebih santai seperti 'Wind of Change' oleh Band Scorpion.

Berbeza p**a dengan PDC Sleeping Beauty yang sangat sesuai dipadankan dengan lagu-lagu klasik seperti Carmen oleh Harbenera atau lebih santai seperti petikan ukulele Almarhum Tan Sri P Ramlee sewaktu memainkan lagu 'Nak Dara Rindu'.

Asasnya, setiap wangian punyai karakter yang mewakili vibe tersendiri, dan vibe ini boleh dipadankan dengan lagu-lagu kegemaran kita. Setiap wangian punyai latar mood yang cuba dibawa, sama seperti lagu-lagu yang cuba menampilkan sisi emosi melalui gabungan irama dan liriknya.

Apakah perfume pilihan anda, dan apa p**a lagu yang menepati ciri-ciri wangian itu?

KESAKTIAN TANGAN BIDAN DAN ANUGERAH ALAMSecara tradisionalnya, ibu lepas bersalin akan diurut oleh bidan atau orang yang...
08/12/2020

KESAKTIAN TANGAN BIDAN DAN ANUGERAH ALAM

Secara tradisionalnya, ibu lepas bersalin akan diurut oleh bidan atau orang yang pandai mengurut. Proses mengurut menggunakan minyak urutan dengan aroma khusus ni, sebenarnya sebahagian dari metod dalam aromaterapi.

Zaman dulu, selalunya orang-orang tua gunakan minyak lidah kambing gurun, dicampurkan dengan minyak serai, inai, bunga kenanga dan lemon. Baunya wangi dan sangat menenangkan. Zaman sekarang, tukang urut dah jarang buat minyak sendiri.

Sebab tu bau common ibu dalam berpantang ni, bau macam orang sakit. Padahal, proses berpantang yang memerlukan ibu duduk dirumah ni, perlu punyai suasana ceria, segar, tenang dan mendamaikan. Baru la kurang stress ibu yang akan jadi sangat keletihan, kerap berjaga malam untuk exclusive breast feeding.

Ada kajian di Jepun, penggunaan minyak lavender, ylang ylang, rosemery, lemon, didapati sangat membantu ibu-ibu difasa awal berpantang, untuk kurangkan stress, mengembalikan tenaga dan badan jadi kurang letih, malah dapat membantu tidur malam lebih nyenyak, sekaligus mengurangkan simptom 'baby blues'.

Dalam kajian yang sama mendapati, ransangan aromaterapi dari bahan-bahan khusus ini mampu mengurangkan keresahan, membantu fokus dan menambah rasa keselesaan dan sangat membantu tambah baik kesihatan.

Sebenarnya, bukan ibu-ibu berpantang saja yang boleh perolehi manfaat dari wangi-wangian.

Kita semua pun boleh dapat manfaat serupa, yang penting, berwangi-wangianlah dari bahan aroma semulajadi seperti Parfum De' Cure yang menggunakan tumbuhan semulajadi dalam penghasilan wangian penyegar udara yang pastinya akan membawa anda jauh ke dalam rimba yang tenang dan menyegarkan.

Address

Jln. Murni 7, Taman Suria Bahru
Johor Bahru
81100

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

60126924687

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Blackout & Justica Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram