Hospital Permai Johor Bahru

Hospital Permai Johor Bahru Pelopor Minda Sihat

30/04/2026
28/04/2026

Autisme bukan hanya tentang kanak-kanak β€” ia adalah perjalanan sepanjang hayat. πŸ’™

Sempena Autism Awareness Day 2026: Lifespan in Autism: Meeting the Unmet Needs, kita memberi perhatian kepada keperluan individu autisme dewasa yang sering terlepas pandang.

Daripada peluang pekerjaan, sokongan kesihatan mental, hingga kepada kehidupan berdikari β€” mereka memerlukan pemahaman, akses, dan sokongan berterusan daripada masyarakat.

Mari bersama kita buka ruang, dengar suara mereka, dan bina komuniti yang lebih inklusif untuk semua peringkat usia.

Kerana setiap individu autisme berhak untuk hidup dengan bermakna, dihargai, dan disokong β€” sepanjang hayat mereka. 🀝

Hi semua! πŸ‘‹ Jom sertai kami di:🧩 AUTISM AWARENESS DAY 2026πŸ“… 14 Mei 2026⏰ 8.00 pagi – 5.00 petangπŸ“ Mydin Mutiara Rini, JB...
28/04/2026

Hi semua! πŸ‘‹ Jom sertai kami di:

🧩 AUTISM AWARENESS DAY 2026
πŸ“… 14 Mei 2026
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Mydin Mutiara Rini, JB

✨ Menarik untuk semua!
Ceramah berkaitan autisme
Forum perkongsian pengalaman
Aktiviti booth & kuiz interaktif
Cabutan bertuah 🎁

πŸ“Œ Sesuai untuk ibu bapa, pelajar & masyarakat umum
Pautan Pendaftaran:
https://forms.gle/GQAGYhcnP3BGAj6o8

Laman web Autism Awareness Day 2026:
https://sites.google.com/moh.gov.my/asd-2026/home?authu

Jom sama-sama tingkatkan kesedaran & fahami autisme πŸ’™πŸ’šπŸ§‘β€οΈ

LAWATAN MUHIBAH KE RUMAH KANAK-KANAK MINI ULU TIRAM, JOHOR (RKKMUT)Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Permai Johor ...
01/04/2026

LAWATAN MUHIBAH KE RUMAH KANAK-KANAK MINI ULU TIRAM, JOHOR (RKKMUT)

Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Permai Johor Bahru (JKSP HPJB) telah mengadakan satu lawatan muhibah ke Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, Johor pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Mac 2026
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengah hari
Peserta : 6 orang staf JKSP HPJB
Bilangan Penghuni : 30 orang

Turut hadir:
Pn. Normawarni binti Mahat
Ketua Penolong Pengarah (KPP)
Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Johor (JPKKNJ)

Program lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan yang lebih menyeluruh berkaitan peranan serta pendekatan yang dilaksanakan oleh pihak RKKMUT dalam memberikan penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak terlibat.

Selain itu, program ini juga menjadi platform bagi memahami mekanisme pemulihan yang dilaksanakan serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam membantu kanak-kanak menjalani proses pemulihan secara lebih holistik.

Sepanjang lawatan, pihak JKSP HPJB turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan ringan (biskut) dan minuman kepada para penghuni RKKMUT.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Tuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor serta Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Negeri Johor atas kebenaran dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memastikan usaha pemulihan kanak-kanak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Tomorrow is our last date for early bird fees (31st March 2026). Spots are filling up fast. Some workshops fully booked ...
30/03/2026

Tomorrow is our last date for early bird fees (31st March 2026). Spots are filling up fast. Some workshops fully booked already!! Secure yours now!!

We are proud to officially open the registration for the 22nd Johor Mental Health Convention (JMHC2026)
Theme: β€œBuilding Hope Through a Nurturing Ecosystem”
πŸ“… Date: 20th-21st April 2026 (Mon - Tue)
πŸ•°οΈ Time: 0800-1700
πŸ“Venue: Hospital Permai (main event Ixora Auditorium)

There are 10 workshops to choose from in these 2 days event. The topics are inclusive to all the backbone of psychiatry (paramedics, pharmacists, clinical psychologists, occupational therapists, and doctors).
Here is the registration link:
https://forms.gle/D3Xsy4cF3fNBKbfx7

And here is the web page for more information about JMHC 2026:
https://sites.google.com/moh.gov.my/jmhchpjb/home?authuser=0

Sebutharga Penyewaan Premis
25/03/2026

Sebutharga Penyewaan Premis

Address

Jalan Persiaran Kempas Baru
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+6072311000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Permai Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Permai Johor Bahru:

Share

Category