FUNGSI
Mengumpulkan serta menjalankan pendaftaran pengikrar (pledgers) atau bakal penderma organ dan tisu daripada masyarakat seluruh negara. Sebagai sebuah pusat maklumat berterusan kepada masyarakat dalam menyalurkan maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. Melaksanakan dan memastikan program kesedaran pendermaan organ dan tisu berjalan lancar di s
eluruh negara. Melaksanakan proses pendaftaran para pengikrar atau bakal penderma organ dan tisu ke dalam sistem pengkalan data (database) untuk tujuan rekod dan rujukan. Menjalinkan hubungan serta bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO�s) serta media masa dalam mempromosikan dan menyebarkan maklumat yang betul berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. Berfungsi sebagai sebuah secretariat untuk "National Transplant Organizational Framework" untuk pemindahan organ dan tisu. Memberikan penerangan menerusi kempen-kempen dan ceramah-ceramah kepada masyarakat berkenaan dengan isu pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. Mengekalkan dan memastikan rekod-rekod bakal-bakal penderma dalam pengkalan data sentiasa dikemaskini.
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when Transplant & Organ Procurement TOP Team HSIJB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.