Maghfirah Medical Care - MMC

Maghfirah Medical Care - MMC Maghfirah Medical Care adalah sebuah laman FB rasmi Yayasan Maghfirah yang menjalankan projek kebaji

🟢 UPDATE ADIK FIRASH -  SMAAlhamdulillah pada 20 Oktober (Ahad), kami tim projek dan operasi berkesempatan untuk menziar...
21/10/2024

🟢 UPDATE ADIK FIRASH - SMA

Alhamdulillah pada 20 Oktober (Ahad), kami tim projek dan operasi berkesempatan untuk menziarahi dan menyantuni adik Firash yang sedang menghidap Spinal Muscular Atrophy Type 1 di Klang.

Adik Firash menghidap penyakit ini sejak berusia 4 bulan. Beliau kini bergantung kepada beberapa mesin bagi memudahkan beliau untuk bernafas. Difahamkan, untuk menjaga pesakit SMA type 1 tidak begitu mudah. Pesakit perlu dipantau selama 24 jam bagi memastikan ia dalam keadaan baik dan terkawal. Selain itu, adik Firash juga bergantung kepada susu bagi memperoleh nutrisi pada tubuh badan.

Alhamdulillah, terdapat penyumbang yang sudi membantu adik Firash dengan menyumbangkan susu Frisolac sebanyak 8 kotak. Moga-moga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada adik Firash dan dapat meringankan beban ibu bapa beliau.

Ayuhlah kita bersama-sama membantu perubatan adik Firash.

Taja Kempen Perubatan
IQBAL KHALID INITIATIVE
Klik: https://yayasanmaghfirah.org/kempen/cc-iqbal-khalid-initiative/

Ikuti Tiktok Yayasan Maghfirah https://www.tiktok.com/



RAIKAN RAMADAN 50 HARI LAGI"Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada jalan kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala sep...
22/01/2024

RAIKAN RAMADAN 50 HARI LAGI

"Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada jalan kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang melakukan kebaikan tersebut." (HR. Muslim)

Jom Praktikal Sedekah 🕌
TABUNG BULANAN
Klik: https://bit.ly/sedekahym

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah

"Berkongsi Rezeki Manisnya Memberi"





19/01/2024

2 hari lagi ...

Jangan lupa temujanji kita Sabtu ni ..Bagi mereka yang tak sempat daftar boleh ikuti kami secara Live FB di Hear Me FB atau Yayasan Maghfirah FB ..

Program kolaborasi Hear Me Malaysia (HM) bersama Yayasan Maghfirah (YM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) dan ditaja oleh Prince Court Medical Centre (PCMC).

SESI DIALOG BERSAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA🦻🏻Mampu ke anak saya belajar hingga ke unive...
16/01/2024

SESI DIALOG BERSAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

🦻🏻Mampu ke anak saya belajar hingga ke universiti?
🦻🏻Anak saya layak dapatkan bantuan di sekolah?
🦻🏻Aliran perdana atau PPKI? Inklusif atau separa inklusif?
🦻🏻Apakah hak anak saya di sekolah?
🦻🏻Diskriminasi berlaku pada anak saya? Apa tindakan saya?
🦻🏻Adakah anak saya akan dipandang serong jika saya buat aduan?

Adakah anda sebagai ibu bapa mempunyai anak yang bermasalah pendengaran? Pernah terlintas persoalan-persoalan di atas?

Sukacitanya Yayasan Maghfirah bersama Hear Me Malaysia akan menganjurkan Sesi Dialog Bersama KPM BPKhas khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang bermasalah pendengaran secara percuma! Peluang untuk anda mengetahui halatuju pendidikan anak yang bermasalah pendengaran dari peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti.

Berikut adalah butiran program:
Tarikh: 20hb Januari 2024 (Sabtu)
Masa: 9.30 pagi - 12 tengah hari
Tempat: Auditorium Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Jom hadir secara fizikal atau boleh tonton secara LIVE di facebook Yayasan Maghfirah atau Hear Me Malaysia.

Klik link di bawah untuk daftar:

Sesi Fizikal: https://forms.gle/JwmnbWwMh94zJz916
Sesi Online: https://forms.gle/14q2MbgsRyHjsvH1A

DAULAT TUANKU Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah, Dulia Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alh...
11/12/2023

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah, Dulia Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertua bagi negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.

Kami mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku Sultan dan Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Sembah Takjum
Warga kerja
Yayasan Maghfirah






AGIHAN BANTUAN JIWA PEDULI PUAN RUZIAH29 November 2023 (Rabu) Alhamdulillah, agihan bantuan operasi Jiwa Peduli telah di...
01/12/2023

AGIHAN BANTUAN JIWA PEDULI PUAN RUZIAH

29 November 2023 (Rabu)

Alhamdulillah, agihan bantuan operasi Jiwa Peduli telah diserahkan kepada penerima, Puan Ruziah di Taman Kajang Mewah.

Puan Ruziah telah dibantu dengan barangan asas, untuk pengetahuan semua Puan Ruziah tidak lagi bekerja kerana faktor usia sudah lanjut. Selain itu, beliau juga tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya berharap kepada bantuan zakat.

Oleh itu, pihak Yayasan Maghfirah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan barangan asas secara one off. Semoga sumbangan ini dapat meringankan kehidupan Puan Ruziah sekeluarga, Insha Allah. Amin.

Bantu Kebajikan
JIWA PEDULI 🚨
Klik: https://bit.ly/sedekahym

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah





YM SAMPAIKAN BANTUAN PERUBATAN KEPADA PESAKIT KANSER TAHAP 324 November 2023 (Jumaat) Alhamdulillah, tim operasi Yayasan...
01/12/2023

YM SAMPAIKAN BANTUAN PERUBATAN KEPADA PESAKIT KANSER TAHAP 3

24 November 2023 (Jumaat)

Alhamdulillah, tim operasi Yayasan Maghfirah telah berjaya menyampaikan bantuan kepada Puan Junnidah di Taman Permai Puchong.

Beliau menghidapi masalah kesihatan kanser payudara tahap 3 dan kencing manis memerlukan beberapa barang keperluan seperti lampin dewasa dan minyak zaitun bagi menjamin keselesaan diri dan memperoleh vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.

Rentetan itu, tim projek dan operasi Yayasan Maghfirah telah bersepakat untuk menyalurkan segala keperluan Puan Junnidah yang merangkumi kos perjalanan ke hospital, lampin dewasa, dan minyak zaitun.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang dermawan lagi pemurah kerana sudi menyumbang kepada pesakit seperti beliau. Tidak juga dilupakan jasa pihak Yayasan Maghfirah yang bertungkus lumus untuk menyampaikan bantuan dari orang ramai ini.

Semoga dengan bantuan perubatan ini dapat meringankan beban Puan Junnidah dan memberikan manfaat kepada beliau. InsyaAllah.

Bantu Kami Dalam Kempen Perubatan
IQBAL KHALID INITIATIVE (IKI)
Klik: https://bit.ly/sedekahym

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah




Tawaran masih dibuka. Join sekarang!  ✨Tajaan belajar percuma dengan jaminan pekerjaan untuk lepasan SPM/STAM/STPM✨Ada a...
01/12/2023

Tawaran masih dibuka. Join sekarang!

✨Tajaan belajar percuma dengan jaminan pekerjaan untuk lepasan SPM/STAM/STPM✨

Ada anak-anak atau saudara terdekat yang sudah lepasan SPM/STAM/STPM?

Masih tak tau nak sambung bidang apa? Berminat nak jadi cikgu tapi peluang terhad?

Haaa siapa tau mungkin rezeki ini berpihak pada anak anda. Apatah lagi peluang belajar dibuka secara percuma dengan ditanggung sepenuhnya kos pengajian.

Jadi, YM menawarkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada yang berminat menjadi guru di rangkaian sekolah Yayasan Maghfirah.

KRITERIA CALON YANG KAMI CARI?
🔺 Warganegara Malaysia
🔺 Lelaki berusia maksima 21 tahun
🔺 Lepasan SPM, STPM atau STAM
🔺 Kelayakan akademik yang baik
🔺 Boleh membaca Al-Quran dengan baik
🔺 Mempunyai asas bahasa Arab atau Inggeris
🔺 Berjiwa pendidik
🔺 Sihat tubuh badan

APA KEISTIMEWAAN YANG ADA?
🔺 Tajaan penuh bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
🔺 Mengikuti 5 tahun pengajian di Sekolah Tinggi Ilmu
Pendidikan Islam (STIPI) Maghfirah di Bogor, Indonesia
🔺 Jaminan kerja sebagai guru di rangkaian Sekolah Yayasan Maghfirah
🔺 Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Maghfirah
🔺 Elaun bulanan & elaun pengangkutan turut disediakan oleh Yayasan Maghfirah
🔺 Calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga secara bersemuka

Ayuh SEBARKAN tawaran ini kepada rakan/kenalan rapat selagi permohonan dibuka.

Siapa tahu mungkin disinilah bermula masa depan dan nafas baharu tercipta buat anak-anak kita. Insya Allah.. Semoga mereka menjadi pendidik yang berjaya buat ummah.

✨ PERMOHONAN boleh dibuat di sini:
https://yayasanmaghfirah.org/permohonanstipi/

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pn Hadirah di talian:
📲https://wa.me/60196059396?text=STIPI

NOTA KHUTBAH  | SABAR IKHTIAR TAWAKAL 1. Kehidupan di dunia ini tidak terlepas dari ujian dan cubaan dari Allah SWT, sam...
01/12/2023

NOTA KHUTBAH | SABAR IKHTIAR TAWAKAL

1. Kehidupan di dunia ini tidak terlepas dari ujian dan cubaan dari Allah SWT, sama ada berbentuk kesenangan mahupun bentuk kesusahan. Ia merupakan sunnatullah yang mesti dilalui oleh setiap hamba Allah SWT.

2. Allah SWT menjadikan musibah dan cubaan sebagai ubat pembersih untuk mengeluarkan semua kotoran dan penyakit hati yang ada pada hamba-Nya. Jika seandainya kotoran dan penyakit tersebut tidak dibersihkan maka dia akan binasa (kerana dosa-dosanya), atau setidak-tidaknya berkurang pahala dan darjatnya di sisi Allah SWT.

3. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa segala yang berlaku merupakan atas kehendak dan izin Allah SWT juga.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

Surah al-Taghabun ayat 11

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah





MASIH INGAT KENANGAN KITA DI KARNIVAL KOMUNITI YM?Alhamdulillah, sejujurnya terlampau banyak kenangan indah yang kami in...
29/11/2023

MASIH INGAT KENANGAN KITA DI KARNIVAL KOMUNITI YM?

Alhamdulillah, sejujurnya terlampau banyak kenangan indah yang kami ingin abadikan dalam video ini. Sampai sekarang masih lagi terasa kegembiraan bila kita sama-sama dapat berkumpul melakukan aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah dapat menyatukan kita sebagai sebuah masyarakat yang harmoni.

Jom lepaskan rindu pada Karnival Komuniti YM, klik video ni sekarang! Oh ye, jangan lupa kongsikan jugak pada jiran-jiran komuniti kita yang lain ye. Semoga dapat bertemu lagi.

Video Penuh Klik:
https://youtu.be/h1DiNpd4odQ?si=lB2RE3y4jIfqQ_Mi

"Wadah Dakwah Anda"








Address

Kampung Dengkil

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maghfirah Medical Care - MMC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share