Az-Zaitun Wellness

Az-Zaitun Wellness We import & distribute Oxygen Concentrator in Malaysia. and provide Muslimah confinement & wellness

*Az-Zaitun Confinement & Wellness Suite @ TENERA Hotel*
Az-Zaitun Pusat Berpantang untuk Ibu & Bayi @ Tenera Hotel

Kami menyediakan pusat berpantang dan pemulihan diri wanita di hotel 4 bintang. Lengkap dengan fasiliti hotel premium, tukang urut berpengalaman, jururawat terlatih dan program penjagaan ibu & bayi yang sistematik.

*Perkhidmatan Kami*
> Hotel Berpantang Ibu Bersalin & Bayi
> Pusat Istirehat & Berpantang untuk Wanita Keguguran
> Pusat Penjagaan Wanita Pasca IVF (Post IVF Procedure)

*Kenapa Pilih Kami*
> Bilik "Suite" bertaraf hotel 4 bintang
> Tukang Urut berpengalaman
> Jururawat Terlatih
> Makanan Berpantang disediakan oleh chef dan pakar pemakanan (nutritionist)
> Program Pemulihan Sistematik
> Pemantauan 24jam sehari
> Pengawal keselamatan 24/7
> Fasiliti Hotel 4 bintang
> Wifi Percuma
> Servis "Housekeeping"
> Pusat Gym
> Swimming Pool
> Parkir Kenderaan Percuma

SLEEP APNEA"Saya ada panic attack, tu saya nk ada dua2 barang. Saya rasa selamat kalau ada CPAP dan Mesin Oksigen sekali...
02/09/2021

SLEEP APNEA

"Saya ada panic attack, tu saya nk ada dua2 barang. Saya rasa selamat kalau ada CPAP dan Mesin Oksigen sekali" wasap puan S kepada saya.

Puan S ni ada sleep apnea. Bahasa mudahnya gangguan pernafasan ketika tidur.

Setelah mendapatkan rawatan, dia di sarankan untuk guna mesin CPAP (Continues Positive Pressure) di mana mesin ni dapat menghalang salur pernafasan dari tertutup sewaktu tidur.

Tapi sebabkan mesin CPAP ni memang gunakan pressure yang kuat, jadi akan berasa kurang selesa sikit. Sebab tu puan S decide untuk guna oksigen concentrator ni sebagai alternatif sebelah siang.

Katanya, siang hari pun kadang-kadang oksigen dia drop walaupun hanya nak baring je. Bila oksigen start low ni, dia cepat panik.
Itu yang dia nak stand by juga mesin ni 1 di rumahnya.

Semoga mesin ni bermanfaat untuk puan S menjalani kehidupan hariannya.

Baby tak jumpa lagi ibunya.Sejuk je hati bila tengok muka baby yang comel tu. Baru 3 hari dilahirkan, tup tup, ibunya ke...
01/09/2021

Baby tak jumpa lagi ibunya.

Sejuk je hati bila tengok muka baby yang comel tu. Baru 3 hari dilahirkan, tup tup, ibunya kena tahan wad semula. Berpantang di wad covid tanpa baby di sisi sangat mencabar emosi.

Maka, bermula la episod Mr. Mama buat si suami. Bukan sesuatu yang mudah ya nak menjaga new born ni. Tapi, ujian Allah untuk insan-insan hebat yang terpilih.

Dengan izin Allah, selepas 20 hari dalam wad, keadaan si ibu kembali stabil. Kuat semangat si ibu ni, nak balik tengok baby nya. Tapi, kadar oksigennya masih perlu di pantau.

"Alhamdulillah, dengan adanya program rental oksigen concentrator ni, sangat-sangat membantu isteri saya untuk kembali pulih" jawab suaminya.

Covid is real yer..attack tak kira umur. Macam ibu ni, masih muda lagi. Hakikatnya sekarang ni virus is every where. Kita kena adapt dengan wabak ni. Teruskan jaga SOP. Terutama untuk ibu-ibu mengandung, sangat berisiko. Kawalan kendiri sangat penting.

Kami doakan semoga ibu ini dapat menghabiskan pantangnya dengan baik & kembali sihat bebas dari virus ni.

MESIN OKSIGEN...Oxygen Concentrator...Household .. vs.. Medical Grade... apa beza nya? kenapa harga nya berbeza sangat y...
31/08/2021

MESIN OKSIGEN...Oxygen Concentrator...
Household .. vs.. Medical Grade... apa beza nya? kenapa harga nya berbeza sangat ye? Fungsi sama ke?..
kali ni admin nak share, apa beza Mesin Oksigen (Oxygen Concentrator) yang household, dan yang medical grade??

Fungsi dan sistem mesin secara umum sama, iaitu mesin ini mengeluarkan oksigen yang di sedut dari udara sekeliling dengan sistem pengasingan nitrogen dan oksigen dari udara sekeliling ni..

tetapi ada beberapa perbezaan utama. ..

1. HARGA (utk 1-5LPM, Liter seminit)

Liter seminit tu = jumlah udara yang di keluarkan. cuba rujuk gambar. ada tombol dan bola besi tu.. itu le dia..

Household = dlm RM900-2000
Medical = dlm RM4500-7000

ni soalan yang selalu orang tanya.. kenapa beza harga jauh sangat.. nak menjawab soalan ni, korang kena baca di bawah.. baru boleh faham....

2. OXYGEN PURITY

ini adalah jumlah sebenar oksigen dalam udara yang di keluarkan. korang tengok di bawah perbezaannya.

HOUSEHOLD (purata).
Oxygen Purity
1lpm = 90%
2lpm = 70%
3lpm = 60%
4lpm = 50%
5lpm = < 50%

MEDICAL (purata)
Oxygen Purity
1lpm = 90%+
2lpm = 90%
3lpm = 90%
4lpm = 90%
5lpm = 90%

maka, ini adalah antara faktor terpenting yang membezakan antara household dan medical, iaitu jumlah oksigen yang di keluarkan oleh mesin pada berbeza LPM (liters se minit)..

3. PENGGUNAAN 24/7

biasanya household punya boleh pakai 4-10 jam, kena rest beberapa jam sebelum pakai balik. tapi dengan kecanggihan sekarang, ada juga mesin yang boleh guna terus 24 jam cuma kena stop beberapa jam sebelum on balik.

kalau medical punya, ia di reka untuk digunakan dalam persekitaran hospital yang kritikal dan sibuk. maka, ia memang boleh digunakan tanpa henti 24 jam sehari untuk berminggu-minggu. ..

3. SAIZ

ni juga ada beza. biasanya yang household, saiz agak comel, kecil dan kiut.

yang medical grade biasanya agak gedabak, besar, berat. dan biasanya mesti ada roda kat bawah dia..

kenapa?

sebab perbezaan komponen di dalam (pam, compressor, filter, tabung zeolite, sistem pengudaraan). ..

MAKA,

secara umum,

yg household tu boleh je korang guna kalau doktor kata penggunaan diperlukan sekitar 1-2liter seminit je. biasanya untuk yang ada asma tak teruk (mild) dan masalah pernafasan yang tak berapa serius.

yg medical ni kena pakai jika doktor kata perlukan lebih 2LPM dan kena konsisten selalu ada bekalan oksigen tambahan.

wallahu alam.

moga info ini berguna pada korang semua..
insyaAllah.

KAMI IMPORT & SUPPLY
yang medical grade.
kalau nak info lanjut, boleh wasap kami di 017 686 5868 ye.

MESIN OKSIGEN vs TANGKI OKSIGENadmin nak share sedikit perbezaan nya..secara umum, kedua2 alat ini mempunyai objektif ya...
31/08/2021

MESIN OKSIGEN vs TANGKI OKSIGEN
admin nak share sedikit perbezaan nya..

secara umum, kedua2 alat ini mempunyai objektif yang sama, iaitu membekalkan oksigen kepada pengguna/pesakit yang memerlukannya secara klinikal.

so, apa beza nya

1. TANGKI OKSIGEN
Ini adalah cara paling konvensional, efektif dan agak jimat jika perlukan dalam 1-2 minggu sahaja. Tangki diisikan dengan oksigen pada kadar tekanan amat tinggi, sehingga ia menjadi cecair oksigen.

Oksigen di kawal melalui valve dan di salurkan dengan tiub. Oleh kerana tekanan yang amat tinggi, ia boleh memberi jumlah udara sehingga 15-20lpm (liter seminit).. biasanya pesakit biasa hanya perlukan sekitar 2-5lpm sahaja.

dan ia tidak perlukan elektrik untuk beroperasi. maka ia amat sesuai untuk pesakit yang dalam transit atau perlu bergerak dalam jangkamasa 6-12 jam.

cuma ia perlu di tambah/tukar silinder agak kerap. kalau yang tinggi 6kaki tu, dalam 2-3 hari habis (jika guna berterusan pada kadar 2-3lpm). kos setiap kali tambah dalam RM150-200 untuk silinder saiz 6" tu...

ini bermakna kalau seminggu, kos nya boleh jadi RM600
kalau sebulan.. ribu2 dah....

2. MESIN OKSIGEN

Mesin ini menghasilkan oksigen dengan menyerap udara sekeliling, dan mengasingkan 2 gas utama dalam udara, iaitu nitrogen dan oksigen.

Gas nitrogen di bebaskan kembali ke udara, manakala gas oksigen itu di salurkan kepada pesakit.

Kelebihannya ialah, ia tidak perlu di tambah/topup. hanya perlukan bekalan elektrik untuk ia beroperasi.

Filter udara nya perlu di bersihkan sebulan sekali, dan filter HEPA (High Efficiency Particulate Absorbing Air Filter) perlu di tukar setiap 5-6 bulan sekali, bergantung kepada kekerapan penggunaan.

Ia juga amat kos efektif untuk masa panjang. Walaupun harganya masa beli agak keras, jika penggunaan lebih 2 bulan, ia lebih berbaloi dan menjimatkan.

Purata harga (yang medical grade.. bukan household grade ye) untuk 5LPM (liter seminit) di pasaran Malaysia sekitar RM4500-7000 bergantung kepada jenama dan spesifikasi.

Biasanya ia boleh digunakan selama 3-4 tahun sebelum ia perlukan servis major yang perlu dibuat oleh mereka yang terlatih.

Cuma, oleh kerana saiz dan perlu elektrik, ia tidak se"mobile" menggunakan gas silinder.

wallahu alam.

moga perkongsian ini bermanfaat untuk ilmu semua. boleh share info mudah ini kepada rakan2 dan sedara mara. insyaAllah.

kejiranan yg prihatin"setiap 1 jam ada yg ketuk pintu" brader ni bercerita.mereka tanya ok ke, dah makan ke, hantar maka...
29/08/2021

kejiranan yg prihatin
"setiap 1 jam ada yg ketuk pintu" brader ni bercerita.

mereka tanya ok ke, dah makan ke, hantar makanan, pagi, tghri, mlm.. Allahu..

bagus betul kejiranan brader ni. alhamdulillah, itu juga rezeki dan nikmat2 yg Allah berikan. semasa dia di kuarantin di rumah, manakala isteri beliau di Hospital akibat asma & covid, kejiranan di rumahnya support dan bantu.. bagus begini.. kena di contohi.

mesin ini untuk isterinya yang dengan izin Allah, dah masuk kategori 5, dan di tidurkan, diberikan kesembuhan oleh Allah. Alhamdulillah.

sekarang isterinya dah boleh balik, cuma doktor nasihatkan kena ada mesin oksigen, kerana paru paru baru sekitar 50-60% yang elok. oleh itu, paru paru tidak dapat memproses udara dengan cukup untuk menjadikan oksigen yang diperlukan oleh badan.

mesin oksigen ini insyaAllah dapat membantu salurkan oksigen tambahan yang diperlukan.

kami doakan isteri beliau cepat sembuh dengan sepenuhnya, ameen.

Support Keluarga ye.. support dari ahli keluarga, sahabat dan jiran terdekat amat penting.brader ni usahakan untuk cari ...
28/08/2021

Support Keluarga
ye.. support dari ahli keluarga, sahabat dan jiran terdekat amat penting.

brader ni usahakan untuk cari dan gunakan mesin oksigen untuk makcik nya yang alhamdulillah berjaya menghadapi Stage5 serangan Covid19 di Johor. Malah, siap sewakan ambulans untuk bawa balik ke KL untuk berehat dan rawat di KL.

Alhamdulillah. sangat penting sistem sokongan dari keluarga terdekat dalam masa pandemik ni. moga makcik pengguna mesin ni sihat sepenuhnya dalam masa terdekat. ameen.

Mesin Oksigen ni hanya perlukan bekalan elektrik untuk berfungsi. Ia mengeluarkan oksigen pada ketulenan 90%+ pada setiap masa. Biasanya, pesakit pasca Covid19 yang perlu bantuan oksigen, dan boleh balik ke rumah, memerlukan sekitar 3-5LPM oksigen.

Mesin ini berfungsi dengan sistem
1. menyedut udara dari sekeliling
2. mengasingkan 2 komponen gas utama iaitu Nitrogen dan Oksigen
3. Nitrogen di bebaskan kembali ke udara
4. Oksigen di salurkan ke pengguna/pesakit

Keperluan oksigen tambahan ialah kerana sistem paru paru ada masalah dari penyakit/jangkitan. Paru paru tidak dapat memproses udara yang disedut, maka jumlah oksigen dalam darah menurun/rendah, yang amat membahayakan dan boleh menyebabkan kerosakan organ yang segera.

Wallahu'alam

Mesin Oksigen 5LPM (5 liter seminit) di hantar untuk pembelian pelanggan di Ampang. Pembelian oleh abang kembar kepada a...
26/08/2021

Mesin Oksigen 5LPM (5 liter seminit) di hantar untuk pembelian pelanggan di Ampang.

Pembelian oleh abang kembar kepada adik yang mengalami masalah jantung, yang perlu kepada bantuan oksigen secara berterusan, dan sewaktu tidur.

Jumlah oksigen diperlukan sekitar 1.5lpm - 2lpm sahaja. Maka, mesin 5LPM ni dah sangat mencukupi insyaAllah.

dan pengguna/pesakit tadi kata, selesa pakai mesin ni berbanding dengan guna tong silinder tu. mungkin flow rate yang lebih teratur dan sebab sistem filtration mesin yang baik, membantu rasa selesa untuk pengguna.

Beliau baru balik beberapa hari lepas dari hospital. Sebelum ini menggunakan tong oksigen yang perlu di topup setiap sehari dengan kos RM90 setiap kali topup.

lepas mereka kira-kira, pakai mesin oksigen ni lebih mudah dan jimat untuk jangkamasa panjang. sebab mesin ni tak perlu topup atau pakai apa2 silinder, hanya perlu ada bekalan elektrik.

doanya adik ini diberikan Allah kesembuhan sepenuhnya dengan segera. ameen.

OXYGEN Concentrator Machine Rental. (Khidmat SEWAAN MESIN OKSIGEN) ... Lembah Klang Sahaja.BOOKING & ENQUIRIESWhatsapp u...
25/08/2021

OXYGEN Concentrator Machine Rental. (Khidmat SEWAAN MESIN OKSIGEN) ... Lembah Klang Sahaja.

BOOKING & ENQUIRIES
Whatsapp us (wasap kami)
>> Fieza https://wa.me/60176865868?text=o2rental

Alhamdulillah. tadi dah serahkan 6 unit Oxygen concentrator 20lpm (10lpm + 10lpm) ke HCTM (dahulu di kenali HUKM).Mesin ...
18/08/2021

Alhamdulillah. tadi dah serahkan 6 unit Oxygen concentrator 20lpm (10lpm + 10lpm) ke HCTM (dahulu di kenali HUKM).

Mesin ini di bekalkan oleh pihak AzZaitun Wellness bagi pihak Alkis (alumni Kolej Islam Klang).

6 Mesin ini boleh digunakan oleh 12 pesakit pada satu masa, dengan kadar maksima 10lpm setiap pesakit pada kadar oksigen 93%.

Doanya ia menjadi asbab membantu pemulihan pesakit dengan segera. ameen

We Import, Supply & Service OXYGEN CONCENTRATOR machine  (Ready Stock) in Malaysia. Medical Grade. 5L, 10L and 20L avail...
18/08/2021

We Import, Supply & Service OXYGEN CONCENTRATOR machine (Ready Stock) in Malaysia. Medical Grade. 5L, 10L and 20L available. Oxygen purity 93%, +- 3% with 24/7 non stop operation capable. .

> 1 Year Warranty in Malaysia
> One to One Replacement
> On-Site Maintenance Package (optional).

BOOKING & ENQUIRIES
Whatsapp us
>> Zikri https://wa.me/60133485868?text=o2conc
>> Fieza https://wa.me/60176865868?text=o2conc

alhamdulillah.6 unit Dynmed 20lpm baru sampai. kesemua unit ni untuk HUKM cheras.unit ini agak istimewa kerana ia boleh ...
17/08/2021

alhamdulillah.
6 unit Dynmed 20lpm baru sampai. kesemua unit ni untuk HUKM cheras.

unit ini agak istimewa kerana ia boleh digunakan oleh 2 pesakit serentak, pada output maksima 10lpm setiap pesakit.
kadar oxygen purity adalah pada 90% pada semua setting lpm.

InsyaALlah hari ni akan buat testing dan setting. dan esok jangka akan serahkan kepada pihak HUKM.

unit ini telah di tempah khas oleh ALKIS (alumni Kolej Islam Klang) sebagai sumbangan kepada pihak HUKM.

We Import, Supply & Service OXYGEN CONCENTRATOR in Malaysia. Medical Grade. 5L, 10L and 20L available. Oxygen purity 93%...
12/08/2021

We Import, Supply & Service OXYGEN CONCENTRATOR in Malaysia. Medical Grade. 5L, 10L and 20L available. Oxygen purity 93%, +- 3% with 24/7 non stop operation capable. .

1 YEAR WARRANTY IN MALAYSIA
We cover warranty for 1 year for all manufacturing defects. .
ONE TO ONE REPLACEMENT
If the unit needed to be repaired or serviced due to manufacturing issues within the warranty period; for more than 24 hours, we will provide a complimentary unit during the period. .
1-3 YEARS ON-SITE MAINTENANCE PACKAGE (Optional)
Our team will go to your place (Peninsular Malaysia) to clean, service and change the unit HEPA filter (HEPA = high-efficiency particulate absorbing filter) 2 times a year (every 6 month)..
BOOKING & ENQUIRIES
Whatsapp us
>> Zikri https://wa.me/60133485868?text=o2conc
>> Fieza https://wa.me/60176865868?text=o2conc

Penat kerja sepanjang minggu?  Rileks dulu di Az-Zaitun Wellness @ 📍 Tenera Hotel, Bangi. Pakej Refleksologi dan Urutan ...
24/05/2021

Penat kerja sepanjang minggu? Rileks dulu di Az-Zaitun Wellness @ 📍 Tenera Hotel, Bangi. Pakej Refleksologi dan Urutan yang berpatutan, patuh SOP dan mesra Muslim!

🌹 Tukang urut berpengalaman dan profesional
🌹 Tukang urut lelaki dan wanita Muslim
🌹 Fasiliti hotel 4 bintang
🌹 Parkir PERCUMA & dikawal 24/7

Berminat nak tempah slot anda? Klik "Get Quote" SEKARANG:

Hotel Mesra Muslim

Keselesaan ibu dan anak berpantang merupakan keutamaan untuk semua. Mungkin kerana PKP, ibu tidak dapat pulang berpantan...
21/05/2021

Keselesaan ibu dan anak berpantang merupakan keutamaan untuk semua. Mungkin kerana PKP, ibu tidak dapat pulang berpantang di kampung — hadiahkan sesuatu yang isitimewa untuk ibu dengan berpantang di hotel dengan pakej lengkap untuk ibu dan anak.

Apa keistimewaan waktu pantang bersama kami:
🌻 In room Confinement Lady
🌻 24 hour Nursing Care untuk ibu & bayi
🌻 Makanan berpantang disediakan oleh Chef Eksekutif
🌻 Ahli keluarga boleh ziarah dan guna kemudahan hotel
🌻 Bilik seorang — dilengkapi katil, tandas, ruang tamu, ruang makan, tv dan dapur

Pakej dari 4 hari sehingga 40 hari, bermula RM2650. Berminat nak tempah slot anda? Klik "Get Quote" SEKARANG:

Hotel Mesra Muslim

Address

Persiaran Kemajuan
Kajang
43650

Telephone

+60176865868

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Az-Zaitun Wellness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Az-Zaitun Wellness:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram