03/01/2021
𝘼𝙈𝘽𝙀 𝙅𝘼𝙒𝘼𝘽 𝘼𝙍𝙏𝙄𝙆𝙀𝙇....
𝘽𝙀𝙏𝙐𝙇 𝙆𝙀 𝙄𝙎𝙏𝙀𝙍𝙄 𝙏𝘼𝙆 𝘽𝙊𝙇𝙀𝙃 𝙆𝙀𝙇𝙐𝘼𝙍𝙆𝘼𝙉 𝙆𝙒𝙎𝙋?
Ambe harap yang menulis dan yang melapor, sila dapatkan maklumat yang jelas sebelum sesuatu artikel itu diviralkan. Tak salah mempromosi apa jua produk takaful, apatah lagi ada kebaikan yg banyak disebaliknya. Tapi biarlah kena dengan caranya. Pastikan info itu sahih. Jangan mengelirukan pembaca. Bukan semua pembaca macam ambe...haha😆
Ambe telah merujuk kepada sahabat ambe, pegawai KWSP bahagian pengeluaran.
Pengeluaran KWSP bagi isteri ada 2 peringkat:
1. Pengeluaran awal tidak melebihi RM25k dari seluruh jumlah simpanan. Hanya dengan menunjukkan bukti kematian dan perkahwinan, sebahagian duit KWSP boleh dikeluarkan.
2. Pengeluaran baki melalui Sijil Faraidh/Surat Kuasa/Perintah Pusaka. Menggunakan Sijil Faraidh lebih cepat dan menjimatkan kos. Hak anak2 bawah umur akan kekal dijaga oleh KWSP sehingga mereka cukup umur.
Walau bagaimanapun, duit yg dikeluarkan itu tetap tertakluk dengan hukum Faraidh. KWSP benarkan pengeluaran awal bagi membantu meringankan beban isteri, apatah lagi jika isteri tidak bekerja dan perlu menanggung anak-anak.
Ambe melihat cara promosi takaful menggunakan alasan "isteri tak boleh keluarkan KWSP" itu tak kena. Kalau dia boleh keluarkan semua pun, dia tetap terikat dengan hukum Faraidh. Hak isteri 1/8 jika suami ada anak.
Bagi ambe, sebaiknya takaful khasnya Hibah Takaful dipromosikan dengan mengaitkan bebanan isteri perlu menanggung perbelanjaan keluarga dan anak-anak. Jelaskan betul2 bahawa isteri tidak boleh guna hak faraidh anak2 sewenang2nya apatah lagi untuk kepentingan diri sendiri. Kadar faraidh 1/8 itu adalah hukum Allah yang tidak boleh dipertikaikan. Tapi apa salahnya, atas dasar kasih sayang, suami menyediakan satu perancangan untuk isteri dan anak-anak melalui Takaful.
Jadi, tak perlulah dikaitkan dengan fakta yang tak betul semata2 untuk menarik perhatian pembaca. Ambe dan Team Du'ah Faraidh Malaysia akan mainkan peranan membetulkan salah faham yang boleh mengelirukan masyarakat.
2. Penggunaan kalimah INSURANS dengan TAKAFUL masih lagi tak jelas. Sepatutnya mana2 ejen Takaful elakkan dari menggunakan kalimah insurans. Ambe lihat ramai lagi client mengguna pakai kalimah insurans sedang mereka menyertai takaful.
3. Betul. Penama adalah pemegang amanah. Apabila duit KWSP dia keluarkan, wajib atasnya mengagihkan duit tersebut kepada waris2 yang berhak mengikut Hukum Faraidh. Sepatutnya penama mesti dilantik dari kalangan waris yang cukup umur. Elakkan daripada letak penama bawah umur. Walau bagaimanapun ambe difahamkan KWSP telah membuat sedikit pindaan, mana2 penama yang tidak berurusan dengan KWSP dalam tempoh setahun kematian, penamaan terbatal automatik.
4. Ambe mungkin boleh bayangkan, jika kisah isteri tersebut adalah benar, boleh jadi dia tak boleh keluarkan duit KWSP tersebut walaupun pengeluaran awal, adalah mungkin kerana simati lantik penama orang lain. Mungkin mak dia, ayah dia, adik beradik dia, anak2 dia bawah umur atau entah2 ex-tunang dia yang tidak jadi berkahwin dengannya. Mana tahu kan?😁
5. Terakhir, buat sahabat dan adinda ejen2 takaful, ambe amat menyokong perancangan masa hidup melalui takaful (walaupun ambe percaya ada rakan2 ambe yang masih tidak boleh menerima kepentingan takaful, itu hak dia, ambe dok kesah). Tapi ambe nasihatkan, gunalah fakta yang betul dan cara promosi yang tidak mengelirukan. Ambe pernah jadi ejen takaful, dan ambe amat faham tentang strategi bisnes dalam takaful. Sekarang ambe tidak lagi, tapi ambe, isteri dan semua 5 orang anak mencarum dalam Takaful.
Sekian.
USTAZ MOHD KHUSAIRI BIN SALEH, DIF
Daie Ilmu Faraidh
DIF Training & Consultancy