01/09/2022
Penyakit-penyakit Yang Sering Dihidapi Lelaki
Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor seelok-eloknya dua kali setahun supaya dapat membuat pengesanan awal terhadap penyakit.
Saban tahun, laporan kematian di Malaysia telah mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Penyakit Jantung
Kanser (Barah)
Cara Pencegahan Penyakit bagi Lelaki
Selain dari penyakit jantung, terdapat banyak penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah kanser, buah pinggang, tyroid dan kencing manis.
Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor seelok-eloknya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor.
Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian.
Penyakit Jantung
Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut estrogen.
Hormon ini berfungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki.
Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.
Punca Penyakit
Kencing manis dan darah tinggi
Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan.
Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.
Tekanan darah tinggi p**a menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keturunan
Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.
Diet
Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.
Alkohol
Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (High density Lipoprotein) di dalam badan.
Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Low density Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.
Merokok
Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.
Tidak aktif
Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.
Tanda-tanda penyakit
Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah
Cara mencegahnya
Lakukan senaman dengan teratur
Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.
Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak.
Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.
Kanser (Barah)
Nisbah penyakit kanser yang dihidapi oleh lelaki termasuklah kanser paru-paru, kanser darah (leukemia) dan kanser tekak.
Punca Penyakit
Punca utama kanser paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.
Manakala punca bagi penyakit kanser darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit kanser tekak p**a cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan, cara pemakanan dan virus.
Tanda-tanda penyakit Kanser Paru-paru
Batuk yang tidak putus-putus
Batuk yang disertai darah
Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus
Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.