Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana

Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana, Medical and health, Klinik Anda 24 Jam, B-G-35, Jalan Prima Saujana 2/1a, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang, Kajang.

πŸ₯ CAWANGAN KLINIK ANDA 24 JAM PRIMA SAUJANA (1373536-T)
🩺DR SITI HAJAR & DR HAZZEEM DAN RAKAN-RAKAN
πŸ“ž 03-8734 5334/ 012-3445334
πŸ‘©β€βš•οΈDOKTOR WANITAπŸ‘¨β€βš•οΈDOKTOR LELAKI

πŸ‘Ά Adakah bayi anda mengalami kuning? Jangan panik! Pemeriksaan kuning bayi kini tersedia setiap hari di Klinik Anda untu...
09/03/2026

πŸ‘Ά Adakah bayi anda mengalami kuning? Jangan panik! Pemeriksaan kuning bayi kini tersedia setiap hari di Klinik Anda untuk memastikan si manja dalam keadaan sihat.

πŸ’‘ Kenapa pemeriksaan ini penting?
Jaundis berlaku apabila terdapat lebihan bilirubin dalam darah. Jika tidak dipantau, ia boleh menyebabkan komplikasi serius seperti kerosakan saraf atau gangguan perkembangan. Pemeriksaan awal membantu menentukan rawatan yang diperlukan.

βœ… Kelebihan Pemeriksaan di Klinik Anda:
πŸ”Ή Keputusan Seawal 15 Minit – Tak perlu tunggu lama!
πŸ”Ή Dipantau Oleh Doktor & Jururawat Berpengalaman – Jaminan penilaian yang tepat.
πŸ”Ή Dibuka Setiap Hari – Mudah dan fleksibel untuk ibu bapa yang sibuk.

πŸ“ Jangan tunggu lama! Bawa si manja ke Klinik Anda Semenyih untuk pemeriksaan segera. Kesihatan bayi adalah keutamaan kita! πŸ’›

πŸ“ž Hubungi kami sekarang:
πŸ“ Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana
πŸ“ž 012-344 5334 | Hotline: 03-8734 5334

Kerana Kesihatan Anda Adalah Kekuatan Kami 🌸Setiap wanita adalah tunjang kepada keluarga dan masyarakat. Di sebalik kele...
08/03/2026

Kerana Kesihatan Anda Adalah Kekuatan Kami 🌸

Setiap wanita adalah tunjang kepada keluarga dan masyarakat. Di sebalik kelembutan, tersimpan kekuatan yang luar biasa. Namun, dalam kesibukan menjaga orang lain, jangan lupa untuk menjaga diri sendiri.

Di Klinik Anda 24 Jam, kami komited untuk memastikan kesihatan anda sentiasa di tahap terbaik. Kerana wanita yang sihat adalah wanita yang hebat!

Selamat Hari Wanita Antarabangsa buat semua wanita luar biasa di luar sana.

✨ Kesihatan Anda, Keutamaan Kami.

womenshealthmatters

Jantung Berdebar Tiba-tiba? Ini Punca Yang Anda Perlu Tahu! πŸ’“Pernah tak tengah duduk saja-saja, tiba-tiba rasa jantung b...
08/03/2026

Jantung Berdebar Tiba-tiba? Ini Punca Yang Anda Perlu Tahu! πŸ’“

Pernah tak tengah duduk saja-saja, tiba-tiba rasa jantung berdegup laju macam baru lepas lari maraton? Jangan abaikan isyarat badan anda! πŸ›‘

Banyak faktor yang boleh jadi punca, antaranya:
βœ… Gaya Hidup: Stress melampau, kafein berlebihan, atau kesan rokok & v**e.
βœ… Masalah Kesihatan: Gangguan tiroid, masalah jantung, atau perubahan hormon (terutamanya bagi ibu hamil & wanita menopause).

Info Penting:

Normal: 60-100 denyutan seminit.

Bahaya: Melebihi 100 denyutan seminit ketika berehat.

Jangan tunggu sampai melarat. Kalau rasa dada makin sesak, segera dapatkan pemeriksaan pakar!

02/03/2026

Terlewat sikit ikut trend ni, tapi kami pun tak nak ketinggalan! 🀭

Bila dah lapar sangat masa puasa ni nampak ubat pun macam nampak coklat kegemaran. Mata pun dah mula nampak lain macam kan? πŸ¬πŸ«πŸ’Š

Ada yang senasib dengan kami ke? Komen sikit apa lagi yang korang nampak macam makanan masa tengah puasa ni! πŸ™‹β€β™€οΈπŸ™‹β€β™‚οΈ

Nak dapatkan rawatan? Jemput datang ke Klinik Anda 24 Jam.

18/02/2026

Salam Ramadan ✨

🐎 Tahun Kuda, Kesihatan Kena "Gegar" Luar Biasa!Pejam celik, kita dah melangkah ke Tahun Baharu Cina 2026. Tahun ini ada...
17/02/2026

🐎 Tahun Kuda, Kesihatan Kena "Gegar" Luar Biasa!
Pejam celik, kita dah melangkah ke Tahun Baharu Cina 2026. Tahun ini adalah Tahun Kuda, simbol kekuatan, kepantasan, dan tenaga yang meluap-luap. Tapi ingat, nak bertenaga macam kuda, 'enjin' badan kena jaga!

Sambil kita seronok ziarah-menziarah dan makan besar, KAPS nak pesan sikit:

Larian Kuda, Gula Jangan Melompat: Air kotak, air berkarbonat, dan kuih bakul memang sedap. Tapi kawal pengambilan gula supaya tenaga tak crash tengah jalan.

Rehat: Jangan paksa diri memandu jauh atau berjaga malam tanpa rehat yang cukup. Kuda pun tahu bila nak berhenti makan rumput!

Kekal Hidrat: Cuaca sekarang tak menentu. Pastikan minum air kosong secukupnya untuk kekal segar sepanjang sambutan.

Klinik Anda 24 Jam sentiasa bersedia untuk anda. Jika ada kecemasan atau rasa kurang sihat di pagi raya, jangan tunggu lama-lama. Kami beroperasi seperti biasa di Sungai Besar, Prima Saujana, dan Semenyih.

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026! Semoga tahun ini membawa kemakmuran dan kesihatan yang paling 'tiptop' buat anda sekeluarga. 🧧✨

🍲 PERSAPAN BAZAR RAMADAN: JANGAN LUPA "PASPORT" PENTING INI!Bulan Ramadan dah nak dekat. Geng peniaga dah mula sibuk tem...
03/02/2026

🍲 PERSAPAN BAZAR RAMADAN: JANGAN LUPA "PASPORT" PENTING INI!
Bulan Ramadan dah nak dekat. Geng peniaga dah mula sibuk tempah tapak, cari pembekal, dan fikir menu leleis untuk pelanggan nanti. Ada yang nak jual Murtabak, Air Balang, nasi kerabu... kecur air liur dibuatnya! 🀀

Tapi sebelum sibuk bungkus makanan, ada satu perkara WAJIB yang peniaga selalu terlepas pandang. Bukan soal resepi, tapi soal Suntikan Vaksin Typhoid.

Kenapa penting sangat?

Penyakit Bawaan Makanan: Demam kepialu (Typhoid) boleh berjangkit melalui makanan dan minuman yang tercemar.

Syarat Utama: Ini adalah syarat wajib bagi semua pengendali makanan (Food Handlers) untuk berniaga secara sah dan selamat.

Perlindungan 3 Tahun: Suntikan ini biasanya bertahan selama 3 tahun. Cuba semak kad suntikan anda, dah tamat tempoh (expired) ke belum?

Jangan biarkan kuman "menumpang" dalam juadah berbuka pelanggan kita. Lindungi perniagaan anda, lindungi pelanggan anda.

✨ JOM AMALKAN "LENGKAP SUNTIKAN, BERSIH HIDANGAN"
Kalau anda peniaga di area Prima Saujana dan sekitarnya, jom singgah ke klinik kami untuk selesaikan urusan vaksinasi dengan cepat dan mudah!

πŸ“ Lokasi: Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana πŸ“ž Hubungi kami: 012-344 5334 ☎️ Hotline: 03-8734 5334

Suntik awal, tenang berniaga. Selamat membuat persiapan Bazar Ramadan semua! πŸŒ™πŸ₯˜

Lepas makan terus tersandar? Hati-hati, gula dalam darah tengah "pesta" tu! 😱Ramai ingat lepas makan kena rehat sebab pe...
28/01/2026

Lepas makan terus tersandar? Hati-hati, gula dalam darah tengah "pesta" tu! 😱

Ramai ingat lepas makan kena rehat sebab penat. Tapi sebenarnya, waktu ni la badan kita paling perlukan pergerakan.

Tak perlu lari maraton pun. Cukup 10 minit jalan santai pusing rumah atau pejabat:
βœ… Otot tolong serap gula (glukosa) terus dari darah.
βœ… Pankreas tak kerja keras sangat nak keluarkan insulin.
βœ… Tak ada lagi drama "food coma" atau mengantuk melampau lepas makan!

Sikit-sikit lama-lama jadi sihat. Jom ubah habit hari ni!

Tag kawan korang yang pantang nampak bantal lepas makan! πŸ‘‡

"Anak Ayah ke Anak Ibu?"Seringkali di bilik scan, ayahlah orang yang paling bersemangat nak tahu jantina. "Mesti ikut mu...
18/01/2026

"Anak Ayah ke Anak Ibu?"

Seringkali di bilik scan, ayahlah orang yang paling bersemangat nak tahu jantina. "Mesti ikut muka saya ni, doktor!"

Gelagat ibu bapa yang teruja melihat skrin ultrasound ini sentiasa menyentuh hati kami. Walau apa pun jantinanya, doa kita tetap samaβ€”biarlah dia lahir sihat dan cukup sifatnya.

Kenapa buat scan di Klinik Anda?

Suasana Selesa: Kami faham ini momen privasi keluarga anda.

Penerangan Jelas: Doktor kami akan bantu terangkan setiap inci perkembangan bayi anda.

Kenangan Indah: Simpan imej scan sebagai memori pertama si kecil.

πŸ”₯ JAWATAN KOSONG: CLINIC ASSISTANT (WANITA) πŸ”₯Kami mencari Clinic Assistant yang peramah, komunikasi baik & ada senyuman ...
17/01/2026

πŸ”₯ JAWATAN KOSONG: CLINIC ASSISTANT (WANITA) πŸ”₯

Kami mencari Clinic Assistant yang peramah, komunikasi baik & ada senyuman manis! πŸ’–

βœ”οΈ Minima SPM
βœ”οΈ Boleh bekerja shift
βœ”οΈ Sikap sopan & perwatakan menarik

πŸ“ Lokasi: Klinik Anda Prima Saujana
πŸ“© Hantar resume ke: klinikanda.primasaujana@gmail.com
πŸ“ž WhatsApp: 012-344 5334

Jom sertai team kami! πŸ’Όβœ¨

Address

Klinik Anda 24 Jam, B-G-35, Jalan Prima Saujana 2/1a, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, Kajang
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Anda 24 Jam Prima Saujana:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram