isetel.my

isetel.my iSetel.my merupakan sebuah agensi Insuran Am yang mewakili beberapa Syarikat Insuran Am di Malaysia

25/10/2025

“Cerita sama…” – Anak Dedah Kematian Bapa Di Gunung Tahan Seakan Sama Dengan Kematian Mustaqqeem

Kisah insiden pendaki yang meninggal dunia baru-baru ini, Mustaqqeem Mansor, nyata menyentuh hati ramai, termasuk seorang pengguna Threads, , yang pernah melalui pengalaman hampir sama tiga tahun lalu.

Dalam perkongsiannya, dia menceritakan bagaimana bapanya, Raja Azlan Shah, meninggal dunia ketika mendaki Gunung Tahan pada tahun 2022 selepas dikatakan ditinggalkan rakan-rakan pendaki ketika berada dalam keadaan lemah.

Ayah saya pergi mendaki bersama kawan-kawan, dan bila dia kata dia rasa tak sihat, mereka tinggalkan dia.

Keluarga pendaki lain diberitahu ada seseorang rebah, tapi ibu saya langsung tak dimaklumkan. Tiada siapa pun yang hubungi untuk minta bantuan.

Kami hanya tahu yang rebah itu ayah saya selepas dia meninggal dunia. Ibu saya sendiri yang terpaksa hubungi helikopter untuk bawa jenazahnya turun. Mereka pun tak datang ke kubur,” tulisnya.

Beberapa hari lalu, dia turut berkongsi foto arwah ayahnya ketika ekspedisi itu dari hari pertama pendakian hingga saat-saat akhir sebelum tragedi berlaku.

“Mereka beritahu saya, ‘keadaan dia okay.’ Ekspedisi itu sepatutnya 4 hari 3 malam, tapi dilanjutkan jadi 5 hari 4 malam sebab keadaan ayah saya.

Dia dah tak boleh makan sejak hari kedua, cirit-birit dan muntah, tapi perbincangan untuk minta bantuan cuma dibuat pada hari keempat dan tak ada siapa pun yang benar-benar hubungi bantuan,” tulisnya lagi.

Menurutnya, apabila melihat kejadian Mustaqqeem yang dikatakan turut ditinggalkan ketika dalam keadaan tidak sihat di Gunung Liang, ia seakan membuka luka lama yang belum sembuh.

“Bila tengok hal ini berlaku semula, di mana seorang isteri hanya tahu perkara sebenar bila semuanya sudah terlambat, saya rasa macam kisah lama ayah saya berulang balik.

Bezanya cuma dari sudut pandang lain. Gunung tu tak ke mana pun, kenapa tak bawa saja turun kepada keluarga?” luahnya.

Dalam pada itu, dia turut mempersoalkan peranan malim gunung (pemandu pendakian) yang sepatutnya berperanan sebagai penyelamat atau pengiring profesional ketika kecemasan.

Luahan itu mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang turut mempersoalkan protokol keselamatan semasa aktiviti pendakian.

Sumber: Threads

25/10/2025

PERBAHARUI INSURANS & ROADTAX KERETA ANDA HARI INI!

✔️ Perlindungan komprehensif
✔️ Semua syarikat insurans & takaful utama
✔️ Roadtax dihantar terus ke pintu rumah
✔️ Harga berpatutan, proses pantas

📞 Semak harga PERCUMA sekarang!
GNW SOLUTIONS — dapatkan polisi dalam masa 5 minit sahaja!

Klik 👉 www.wasap.my/60173213442

🔈 𝙅𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙊𝙎𝙊𝙉𝙂 𝙆𝘼𝙅𝘼𝙉𝙂𝙏𝙀𝙇𝙀𝙈𝘼𝙍𝙆𝙀𝙏𝙄𝙉𝙂- Full Time- Wanita sahaja- Kemasukkan Segera𝙏𝙀𝙍𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙆𝙀𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙒𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼, 𝙏𝙀𝙍𝙐𝙏𝘼𝙈𝘼...
24/10/2025

🔈 𝙅𝘼𝙒𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙆𝙊𝙎𝙊𝙉𝙂 𝙆𝘼𝙅𝘼𝙉𝙂

𝙏𝙀𝙇𝙀𝙈𝘼𝙍𝙆𝙀𝙏𝙄𝙉𝙂

- Full Time
- Wanita sahaja
- Kemasukkan Segera

𝙏𝙀𝙍𝘽𝙐𝙆𝘼 𝙆𝙀𝙋𝘼𝘿𝘼 𝙒𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙈𝘼𝙇𝘼𝙔𝙎𝙄𝘼, 𝙏𝙀𝙍𝙐𝙏𝘼𝙈𝘼 𝙔𝘼𝙉𝙂 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝘼𝙇 𝘽𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙆𝙄𝙏𝘼𝙍 𝙆𝘼𝙅𝘼𝙉𝙂, 𝙎𝙀𝙈𝙀𝙉𝙔𝙄𝙃, 𝘽𝘼𝙉𝙂𝙄 𝘿𝘼𝙉 𝘾𝙃𝙀𝙍𝘼𝙎

Boleh terus wassap kami :

👉 www.wasap.my/60176326469/telemarketing
👉 www.wasap.my/60129543442/telemarketing
👉 www.wasap.my/60129543442/admin

👉 atau join group 𝙆𝙀𝙍𝙅𝘼 𝙆𝙊𝙎𝙊𝙉𝙂 kami :
https://chat.whatsapp.com/GQMzzKziruM86nXtKh3Ec2




“Shawarma selepas 8 bulan” – Penduduk Gaza Gembira, Dapat Nikmati Makanan Enak Setelah Sekian LamaMeskipun suasana konfl...
24/10/2025

“Shawarma selepas 8 bulan” – Penduduk Gaza Gembira, Dapat Nikmati Makanan Enak Setelah Sekian Lama

Meskipun suasana konflik Israel-Palestin masih lagi berlarutan sehingga kini, penduduk di Gaza baru-baru ini berkongsi satu kegembiraan kecil apabila dapat menikmati hidangan ayam dan makanan seperti shawarma setelah sekian lama berdepan dengan kebuluran.

Perkongsian daripada warga Gaza, Mahmoud Massri di X, telah mengundang rasa senang di hati netizen apabila melihat kegembiraan yang terpancar di wajahnya ketika sedang memasak masakan ayam buat keluarga dan penduduk di sana.

Hari ini merupakan hari istimewa buat kami di Gaza. Keluarga saya dan lima lagi keluarga lain yang saya lindungi akhirnya dapat menikmati ayam setelah sekian lama.

“Ia mungkin perkara kecil buat sesetengah orang, namun bagi kami, ia merupakan satu impian jadi kenyataan selepas bertahun-tahun berhadapan dengan kesusahan.

“Hari ini, kami merasakan kegembiraan yang luar biasa. Keseronokan menikmati makanan dengan rasa kesyukuran dan harapan. Terima kasih kepada semua yang membuat senyuman ini terukir,” tulisnya.

Selain itu, tular juga perkongsian seorang wartawan Gaza, Tala Darwish yang memuat naik pengalamannya dapat menikmati shawarma setelah lapan bulan dalam keadaan kebuluran.

Menurutnya, pengalaman tersebut adalah sesuatu yang tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata.

Perkongsian berkenaan telah menerima pelbagai respon daripada netizen yang tersentuh dengan kesungguhan rakyat Gaza yang masih meneruskan hidup walaupun ditimpa kesusahan dan ancaman.

Jatuh air mata tengok. Sebuah gambar yang sederhana tapi turut membawa makna kesakitan Gaza yang bertahun-tahun dan menunjukkan kesabaran mereka yang masih bertahan walaupun sudah banyak perkara berlaku,” komen salah seorang netizen.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza masih berkuat kuasa, meskipun insiden keganasan terbaharu mencetuskan kebimbangan tentang kelangsungannya.

Sumber: Kosmo, X (1) (2)

PERBAHARUI INSURANS & ROADTAX KERETA ANDA HARI INI✔️ Perlindungan komprehensif✔️ Renew untuk semua syarikat insurans uta...
24/10/2025

PERBAHARUI INSURANS & ROADTAX KERETA ANDA HARI INI

✔️ Perlindungan komprehensif
✔️ Renew untuk semua syarikat insurans utama (Takaful pun ada)
✔️ Penghantaran roadtax terus ke pintu rumah
✔️ Harga dijamin berbaloi

📞 Hubungi kami untuk semakan percuma sekarang!

GNW SOLUTIONS memberikan pilihan perlindungan yang terbaik - Renew Roadtax & Insurans bersama kami dan terima polisi insurans dalam masa 5 minit sahaja.

Klik 👉 http://www.wasap.my/60173213442
untuk dapatkan sebut harga secara percuma.

Enjoy coverage and protection benefits.




Ramai rakyat Malaysia masih melancong tanpa insurans perjalanan, walaupun industri menegaskan risikonya semakin tinggi. ...
23/10/2025

Ramai rakyat Malaysia masih melancong tanpa insurans perjalanan, walaupun industri menegaskan risikonya semakin tinggi. Tanpa insurans, pelancong menanggung sendiri kos perubatan luar negara, pembatalan penerbangan, kehilangan bagasi, dan kesan cuaca ekstrem yang kini makin kerap. PIAM dan pakar insurans menyarankan insurans perjalanan kerana ia beri perlindungan kewangan terhadap kejadian tak dijangka semasa melancong.

Sekarang semua orang mood vacation on kan 🤭 Jika anda sedang merancang untuk bercuti, jangan lupa sertakan sekali kos insurans perjalanan.

Pastikan insurans yang dipilih memenuhi keperluan perlindungan sepanjang percutian anda.

Anda juga boleh hubungi kami untuk nasihat dalam memilih insurans perjalanan yang sesuai dengan keperluan anda.

✨ MIN DOAKAN SEMOGA ✨💸 KITA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI💪 DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK🌿 DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN  💫  |
23/10/2025

✨ MIN DOAKAN SEMOGA ✨

💸 KITA SEMUA DIMURAHKAN REZEKI
💪 DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK
🌿 DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

💫 |

‘Sweeper’ Tak Berniat Berpisah Dengan Mustaqqeem, Akui Terlalu Penat & Alami Kecederaan Jari KakiSeperti ramai yang sedi...
23/10/2025

‘Sweeper’ Tak Berniat Berpisah Dengan Mustaqqeem, Akui Terlalu Penat & Alami Kecederaan Jari Kaki

Seperti ramai yang sedia maklum, tragedi yang menimpa Allahyarham Mustaqqeem Mansor, 34, yang ditemui meninggal dunia pada 16 Oktober lalu di puncak Gunung Liang Barat, Muallim, Perak selepas dilaporkan hilang selama dua hari telah menerima pelbagai reaksi.

Antaranya, ada yang menyalahkan malim gunung dan ‘sweeper’ yang terlibat dalam aktiviti pendakian itu tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku ke atas mangsa.

Pun begitu, seorang Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang dikenali sebagai Rahimi, 50, yang dikatakan menemani arwah telah menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut Rahimi, sepanjang perjalanan pada hari ketiga, arwah menyatakan yang dia di dalam ketakutan namun tidak menyatakan apa yang ditakutkannya itu.

Sepanjang perjalanan pada hari ketiga, arwah beberapa kali menyatakan dia dalam ketakutan, bagaimanapun tidak dinyatakan apa yang dia ditakutkan.

“Saya mengiringi arwah sejak hari pertama pendakian hingga hari ketiga, walaupun arwah mengalami kekejangan otot namun dia masih boleh berjalan secara perlahan menyebabkan kami jauh ketinggalan dengan kump**an pertama dan kedua.

Ekspedisi Trans Temangkok mendaki Gunung Liang dilakukan secara ‘compress’ mengambil masa hanya tiga hari, kebiasaan ekspedisi mengambil masa antara empat hingga lima hari. Faktor terlalu mengejar masa mungkin menyebabkan arwah tertekan dan kepenatan.

“Saya bersama arwah di puncak Gunung Liang pada hari ketiga, selepas makan dan minum, kami memutuskan untuk turun kira-kira jam 10.30 malam. Keadaan arwah ketika itu agak lemah tapi masih mampu berjalan dengan perlahan,” katanya.

Tragedi Mercun Melet*p Di Kulim Hingga 22 Cedera, Polis Tahan 2 LelakiSatu tragedi telah berlaku pada malam Deepavali le...
22/10/2025

Tragedi Mercun Melet*p Di Kulim Hingga 22 Cedera, Polis Tahan 2 Lelaki

Satu tragedi telah berlaku pada malam Deepavali lepas apabila sebanyak 22 orang awam cedera termasuk seorang lelaki yang mengalami kecederaan serius pada dahi akibat insiden letupan mercun di Jalan Paya Besar, Kulim.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Kulim Supt Zulkifli Azizan berkata, kejadian ini berlaku pada jam 12.45 malam (20 Oktober) dan disedari anggota yang membuat rondaan pencegahan jenayah yang melihat kesesakan lalu lintas dengan kehadiran orang ramai di tepi jalan Paya Besar.

Susulan kejadian berkenaan, dua lelaki telah ditahan semalam bagi membantu siasatan yang menyebabkan 22 orang awam cedera.

Mereka dilaporkan ditahan secara berasingan di Taman Senangin dan Paya Besar. Menurut Zulkifli, lelaki pertama berusia 34 tahun yang beralamat di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, manakala suspek kedua berusia 23 tahun bekerja sebagai pembantu kedai dan beralamat di Jalan Paya Besar, Lunas.

Kedua-duanya adalah sahabat lama dan semakan mendapati mereka masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing negatif dadah,” katanya.

Mercun dibakar tidak naik, meletup di bawah

Hasil siasatan juga mendapati kejadian berlaku ketika mereka sedang melepak bersama beberapa rakan di kawasan berkenaan.

Katanya, suspek pertama yang dalam keadaan mabuk telah mengambil mercun jenis kelapa yang dijual di khemah berhampiran pada harga RM200 dan memasukkannya ke dalam silinder yang tersedia di tepi jalan.

Suspek kedua kemudian membakar mercun itu tetapi ia tidak naik, sebaliknya meletup di bawah, disyaki akibat dipasang secara terbalik oleh suspek pertama.

Akibat letupan itu, 22 orang yang berada di kawasan itu mengalami kecederaan termasuk seorang mangsa parah di kepala dan retak tengkorak.

“Mangsa dirujuk ke Hospital Pulau Pinang serta masih tidak sedarkan diri,” katanya.

Setakat ini seramai 10 orang mangsa diambil keterangan untuk membantu siasatan, manakala penjual mercun p**a sudah dikenali pasti.

Permohonan reman kedua-dua suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video mengenai insiden ini juga tular di media sosial memaparkan beberapa mangsa mengalami kecederaan pada kepala dan kaki akibat daripada letupan mercun yang kuat itu.

Sumber: Harian Metro, Astro AWANI

Address

18-2, Jalan Ttdi Grove 1/1, Taman Ttdi Grove
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 01:30

Telephone

+60173213442

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when isetel.my posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to isetel.my:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram